Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan
19. Sekatan ke atas pendaftaran
Feedback & supportJika mana-mana orang yang memohon untuk didaftarkan telah—
didapati bersalah pada bila-bila masa atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau atas sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda); atau
selepas siasatan yang sewajarnya oleh Lembaga Disiplin, didapati bersalah kerana salah laku profesional; atau
selepas siasatan oleh Jawatankuasa Kelayakan Mengamal, yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tiga orang pengamal perubatan yang dilantik oleh Majlis, didapati tidak berupaya untuk menjalankan tugas profesionalnya oleh sebab keadaan mental atau fizikal atau apa-apa keadaan perubatan yang lain,
Majlis boleh mengarahkan Pendaftar supaya tidak memasukkan nama orang itu dalam Daftar.
Pendaftar hendaklah segera memberitahu secara bertulis orang yang berkenaan itu mengenai arahan Majlis tidak membenarkan nama orang itu dimasukkan dalam Daftar.
Apabila apa-apa penyiasatan dijalankan di bawah perenggan (1)(b), pemohon berhak hadir di hadapan Majlis dan didengar sendiri atau melalui peguam bela dan peguam cara.
Perubatan 37
Perakuan amalan tahunan