Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan
22. Pertukaran alamat tetap dan penyampaian notis, dsb
Feedback & support(1)
Tiap-tiap orang berdaftar hendaklah memberitahu apa-apa pertukaran tentang alamat tetap kediaman atau amalannya kepada
Pendaftar dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada bidang kuasa tatatertib Majlis.
(3)
Jika apa-apa notis atau surat menyurat hendak disampaikan atau dihantar kepada seseorang pengamal perubatan berdaftar, ia hendaklah disifatkan telah disampaikan atau dihantar kepadanya jika notis atau surat menyurat itu disampaikan atau dihantar melalui pos kepada alamat terakhirnya yang diketahui.