Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan
27. Perakuan dan dokumen
Feedback & supportTiada perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis supaya ditandatangani oleh seorang pengamal perubatan yang berkelulusan dengan sewajarnya yang diberikan selepas Akta ini mula berkuat kuasa boleh menjadi sah melainkan jika ditandatangani oleh seorang pengamal perubatan berdaftar penuh.