Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan
24A. Memasukkan semula nama ke dalam Daftar
Feedback & supportJika nama seseorang pengamal perubatan telah dikeluarkan daripada Daftar menurut seksyen 24, dia boleh memohon kepada
Majlis supaya namanya dimasukkan semula ke dalam Daftar.
Majlis boleh, menurut budi bicaranya, atas permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), memerintahkan supaya nama pemohon itu dimasukkan semula ke dalam Daftar atau menolak kemasukan semula nama itu dengan memberikan alasan baginya.
Mana-mana orang yang telah terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta ini di bawah perenggan 24(2)(b) tidak boleh dimasukkan semula namanya melainkan jika dia telah diakui layak oleh
Jawatankuasa Kelayakan Mengamal.
42
Undang-Undang Malaysia
Majlis boleh mengenakan apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut untuk kemasukan semula nama itu.
Mana-mana orang yang permohonannya ditolak di bawah subseksyen (2) boleh merayu kepada Menteri dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu.
Keputusan Menteri adalah muktamad.