Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian III · Pendaftaran Pengamal Perubatan
16. Perakuan amalan sementara
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam Akta ini,
Majlis boleh, atas permohonan bertulis, mengeluarkan kepada
34
Undang-Undang Malaysia seseorang yang berdaftar sebagai pengamal perubatan di luar Malaysia suatu perakuan pengamalan sementara, tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dalam perakuan itu.
Majlis boleh menolak permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Perakuan pengamalan sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah sah selama tempoh yang tidak melebihi tiga bulan dari tarikh perakuan itu dikeluarkan.
Suatu perakuan pengamalan sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh dibaharui atas permohonan yang dibuat dalam bentuk dan cara dan apabila dibayar fi yang ditentukan oleh
Majlis.
Orang yang kepadanya telah dikeluarkan perakuan pengamalan sementara di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai seorang pengamal perubatan berdaftar.
Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana perakuan pengamalan sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) jika orang yang berdaftar itu didapati telah melanggar apa-apa syarat atau sekatan pendaftarannya.
Majlis hendaklah menyenggara suatu rekod mengenai semua perakuan pengamalan sementara yang dikeluarkan.
Mana-mana orang yang menjalankan amalan tanpa perakuan pengamalan sementara di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan
berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Perubatan 35
Dalam hal kesalahan yang berterusan, orang itu boleh dikenakan penalti selanjutnya sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan sebagai tambahan kepada penalti di bawah masing-masing perenggan 5(a) dan (b).