13. Kuasa Jawatankuasa dalam hal tanaman tidak menjadi
Feedback & supportJika mana-mana penyewa menanggung kerugian yang disebabkan oleh tanamannya yang tidak menjadi di dalam suatu kawasan yang tidak diwartakan di bawah seksyen 12, penyewa boleh memohon kepada Jawatankuasa untuk mengurangkan sewanya walaupun sewanya sudah genap masanya dibayar.
Jawatankuasa boleh, jika ia berpuas hati bahawa tanaman itu tidak menjadi kerana sesuatu sebab yang di luar kawalan penyewa, mengurangkan sewa yang kena dibayar oleh penyewa setakat amaun yang didapatinya munasabah dalam hal keadaan itu atau, jika sewa digantikan dengan bayaran wang tunai, mengurangkan amaun sewa itu atau melanjutkan masa untuk pembayaran sewa itu, atau mengurangkan amaun sewa dan melanjutkan masa untuk pembayaran kedua-duanya.
Mana-mana tuan tanah, yang tanah padinya telah diisytiharkan sebagai kawasan tanaman tidak menjadi di bawah seksyen 12, dan yang tidak berpuas hati dengan perisytiharan atau pengurangan sewa yang diperuntukkan dalam perisytiharan itu boleh membuat permohonan kepada Jawatankuasa untuk pertimbangan semula dan jika Jawatankuasa berpuas hati bahawa tanah itu tidak terjejas oleh tanaman tidak menjadi itu, Jawatankuasa boleh mempertimbangkan semula amaun sewa yang sepatutnya kena dibayar kepada tuan tanah.
Penanam Padi (Pengawalan Sewa dan Jaminan Pemegangan)