15. Pelantikan dan fungsi pegawai penguat kuasa
Feedback & supportMenteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik seorang Ketua Pegawai Penguat Kuasa bagi Negeri, apa-apa bilangan pegawai penguat kuasa dan penolong pegawai penguat kuasa dan pegawai lain bagi maksud Akta ini.
Seseorang pegawai penguat kuasa dan mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan dan melaksanakan fungsi-fungsi yang berikut bagi maksud Akta ini:
masuk dan pada bila-bila masa yang munasabah mempunyai akses bebas ke mana-mana tanah dalam Negeri itu, dan membuat siasatan dan untuk melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan semua benda yang perlu dan untuk menyiasat kes ketidakpatuhan terhadap Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 14
mendakwa pesalah di bawah Akta ini;
mempunyai akses kepada semua rekod dalam mana-mana
Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftaran Tanah atau rekod
Pendaftar; dan
menjalankan segala kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Akta ini dan segala kuasa yang bersampingan atau berkaitan dengannya sebagaimana yang semunasabahnya perlu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa hendaklah—
bertanggungjawab kepada Menteri bagi penguatkuasaan dan pentadbiran wajar Akta ini di dalam Negeri itu; dan
tertakluk kepada arahan Menteri, menjalankan kawalan dan penyeliaan am ke atas pegawai penguat kuasa, penolong pegawai penguat kuasa dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1).
Tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah menjalankan dan menguatkuasakan apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa atau Tribunal di bawah Akta ini.
Tiap-tiap Penghulu atau pegawai polis hendaklah mempunyai segala kuasa pegawai penguat kuasa dan pada menjalankan kuasa itu dia hendaklah tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan atau apa-apa sekatan yang dikenakan oleh Menteri.