Seksyen 22
Aktiviti atau rangkaian aktiviti hendaklah dilesen
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
Tiada seseorang boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti mengeluar, mengedar atau mempamer filem atau mana-mana gabungan aktiviti yang dinyatakan dalam subseksyen 21(1) melainkan jika suatu lesen dikeluarkan yang memberi kuasa kepadanya untuk berbuat demikian.
(2)
Sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan, kepada Perbadanan, dan lesen itu akan dikeluarkan apabila dibayar fi yang ditetapkan bagi tempoh yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa had dan syarat yang akan dikenakan di dalamnya.
(3)
Perbadanan boleh enggan mengeluarkan lesen tanpa memberi apa-apa sebab baginya atau ia boleh mengeluarkan suatu lesen tertakluk kepada had dan syarat tertentu dan keputusannya dalam apa-apa hal adalah muktamad, dan tidak boleh dipersoal, dibuat rayuan, dikaji semula, dibatalkan atau dicabar dalam mana-mana mahkamah.