Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2013Read it in English

Bahagian V · Pengeluaran, Pengedaran dan Pemameran Filem-Filem

25. Kesalahan kerana melanggar mana-mana daripada peruntukan Bahagian ini

Feedback & support
(1)

Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan

Bahagian ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu dan selain dari itu ia boleh, mengenai kesalahan yang berterusan, dikenakan denda harian tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.

(2)

Jika seseorang yang telah dikeluarkan lesen kepadanya di bawah seksyen 22 adalah bersalah atas suatu kesalahan, lesen itu boleh dibatalkan oleh Perbadanan dan peruntukan subseksyen 22(3)

hendaklah dipakai berkenaan dengan apa jua keputusan Perbadanan untuk membatalkan lesen itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules