Seksyen 26C
Mengeledah dengan waran
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
Apabila didapati oleh seseorang Majistret dari maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam sesuatu rumah kediaman, kedai, bangunan lain atau tempat ada sedang dilakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan kecil yang dibuat dibawanya, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran membenarkan mana-mana pegawai berkuasa atau seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang dinamakan dalam waran itu, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki rumah kediaman, kedai, bangunan lain atau tempat itu dan di situ mengeledah dan menyita dan mengeluarkan darinya apa-apa filem, kelengkapan filem, buku, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai akan memberi keterangan tentang perlakuan kesalahan itu.
(2)
Mana-mana pegawai itu boleh, jika perlu berbuat demikian –
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam rumah kediaman, kedai, atau bangunan lain atau tempat itu, dan memasukinya;
(b)
dengan cara kekerasan, memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
(c)
membuang dengan kekerasan apa-apa halangan untuk memasuki, menggeladah, menyita dan memindahkan sebagaimana yang diberi kuasa untuk melakukannya; dan 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 244
(d)
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu telah digeladah.