Skip to content

Seksyen 23

of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

ActIn forceProvision 26 of 52

Seksyen 23

(1)

Tiada sesuatu perkongsian yang dilesenkan di bawah seksyen 22 di mana seseorang menjadi pekongsi, dan tiada sesuatu syarikat yang di dalamnya orang itu mempunyai kepentingan untuk menguasai, secara langsung atau secara tidak langsung, boleh mengambil bahagian dalam mana-mana daripada aktiviti mengeluar, mengedar atau mempamer filem:

Dengan syarat bahawa jika orang itu mengambil bahagian hanya dalam salah satu daripada aktiviti mengeluar, mengedar atau mempamer filem perkongsian atau syarikat itu boleh mengambil bahagian hanya dalam gabungan aktiviti yang satu lagi yang tersebut dalam subseksyen 21(1).

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “kepentingan secara tidak langsung”

adalah termasuk mempunyai atau memperoleh apa-apa kepentingan dalam sesuatu pekongsian atau syarikat oleh suami isteri atau anak atau anak angkat (di bawah umur dua puluh satu tahun) seseorang itu dan, jika orang itu ialah suatu syarikat, oleh salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat itu atau suami isteri atau anak atau anak angkat (di bawah umur dua puluh satu tahun) ahli itu.

Orang yang diberi lesen untuk menentukan bahawa filem itu berada dalam milik, jagaan atau kawalannya dengan sah