Seksyen 26K
Mengkompaun
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
Seseorang pegawai berkuasa boleh menurut budi bicaranya mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini
(kecuali seksyen 22) atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan di bawah seksyen 34 sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan cara memungut daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau, jika denda maksimum yang ditetapkan oleh Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya bagi kesalahan itu kurang daripada satu ribu ringgit, sejumlah wang tidak lebih daripada denda maksimum itu.
(2)
Walau apa pun seksyen 26L, setelah membayar amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan, jika berada dalam jagaan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 33
hendaklah dilepaskan, dan apa-apa benda yang disita hendaklah dilepaskan tanpa apa-apa prosiding selanjutnya.