Skip to content

Seksyen 26A

Pemberian kuasa kepada pegawai untuk menjalankan kuasa di bawah Bahagian ini

of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

ActIn forceProvision 32 of 52
Seksyen 26A
(1)

Menteri boleh memberi kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai Perbadanan untuk menjalankan kuasa-kuasa di bawah Bahagian ini.

(2)

Mana-mana pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

(3)

Pada menjalankan apa-apa kuasa di bawah Bahagian ini, seseorang pegawai hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia mengambil tindakan di bawah

Akta ini, surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.