Skip to content

Seksyen 26F

Melak benda yang disita

of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

ActIn forceProvision 37 of 52
Seksyen 26F
(1)

Jika apa-apa filem, kelengkapan filem, buku, dokumen atau lain-lain benda yang disita oleh pegawai berkuasa atau pegawai polis dalam menjalankan kuasa di bawah Akta ini adalah, disebabkan jenis, saiz atau amaunnya, tidak praktik untuk dipindahkan dari mana ia dijumpai, dia boleh dengan apa-apa cara melak filem, kelengkapan filem, buku, dokumen atau benda lain itu dalam premis atau bekas di mana ia dijumpai dan adalah menjadi suatu kesalahan bagi

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 31

mana-mana orang yang tidak mempunyai kuasa yang sah untuk memecah, mengubah atau merosakkan lak itu atau memindahkan filem, kelengkapan filem, buku, dokumen atau benda lain itu atau untuk mencuba berbuat demikian.

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.