Skip to content

Seksyen 26B

Kuasa untuk menangkap

of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

ActIn forceProvision 33 of 52
Seksyen 26B
(1)

Seseorang pegawai berkuasa atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran seseorang yang melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan atau yang semunasabahnya disyaki sedang mengambil bahagian dalam melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya jika orang itu enggan atau tidak memberi nama dan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 29

alamat atau jika ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah memberi suatu nama atau alamat yang palsu atau bahawa dia mungkin melarikan diri.

(2)

Apabila seseorang telah ditangkap di bawah subseksyen (1), dia hendaklah selepas itu diuruskan sebagaimana diperuntukkan oleh

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].