Skip to content

Seksyen 26G

Kuasa untuk menyiasat

of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

ActIn forceProvision 38 of 52
Seksyen 26G
(1)

Mana-mana pegawai berkuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor adalah mempunyai kuasa untuk menyiasat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

(2)

Mana-mana pegawai berkuasa atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubungan dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis yang diberi oleh Kanun Tatacara Jenayah dalam apa-apa kes boleh tangkap.