Skip to content

Seksyen 24

of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

ActIn forceProvision 27 of 52

Seksyen 24

(1)

Seseorang yang diberi lesen di bawah seksyen 22 tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana satu daripada aktiviti atau gabungan aktiviti yang tersebut dalam seksyen 21 tanpa menentukan terlebih dahulu bahawa mana-mana filem yang menjadi hal perkara aktiviti atau gabungan aktivitinya berada dalam milik, jagaan atau kawalannya sendiri, pekhidmat atau agennya dengan sah.

(2)

Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, adalah dianggap bahawa filem itu berada dalam

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 27

milik, jagaan atau kawalan orang itu, pekhidmat atau agennya dengan menyalahi undang-undang melainkan jika orang itu dapat membuktikan bahawa filem yang berada dalam milik, jagaan atau kawalannya itu adalah tanpa diketahui, dipersetujui atau dibiarkan olehnya atau oleh pekhidmat atau agennya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah filem itu daripada berada dalam milik, jagaan atau kawalannya.