Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pada masa yang sama apabila pemaju dikehendaki untuk membuka dan menyenggarakan akaun penyenggaraan di bawah subseksyen 50(1), pemaju hendaklah membuka dan menyenggarakan suatu akaun kumpulan wang penjelas atas nama perbadanan pengurusan, dengan suatu bank atau institusi kewangan, yang ke dalamnya hendaklah didepositkan caruman kepada kumpulan wang penjelas yang dibayar oleh pemilik.
Akaun kumpulan wang penjelas hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud membayar perbelanjaan modal yang sebenar atau yang dijangkakan yang perlu berkenaan dengan perkara yang berikut:
pengecatan atau pengecatan semula mana-mana bahagian harta bersama yang merupakan suatu bangunan atau struktur lain;
pemerolehan apa-apa harta alih bagi kegunaan berhubung dengan harta bersama;
Undang-Undang Malaysia 72
pembaharuan atau penggantian apa-apa lekapan atau lengkapan yang terdapat di dalam mana-mana harta bersama dan mana-mana harta alih yang terletak hak pada perbadanan pengurusan;
menaik taraf dan mengelokkan harta bersama; dan
apa-apa perbelanjaan modal lain sebagaimana yang disifatkan perlu oleh perbadanan pengurusan.
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian
Bahagian X
Bahagian XI