Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pemaju hendaklah, semasa tempoh pengurusan permulaan dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini, bertanggungjawab untuk menyenggarakan dan menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dipecah bahagi, dan harta bersama.
Pemaju hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan dari masa perbadanan pengurusan itu mula wujud sehingga habis tempoh pengurusan permulaan.
Undang-Undang Malaysia 68
Semasa tempoh pengurusan permulaan, pemaju hendaklah memastikan bahawa suatu kawasan yang berasingan dan berlainan dikhaskan daripada harta bersama bagi kawasan pemajuan itu bagi maksud semata-mata sebagai pejabat pentadbiran bagi menjalankan kewajipan pemaju di bawah Akta ini.
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)
atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian
Bahagian X
Bahagian XI