Skip to content
In forceUpdated to 8 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan

54. Kewajipan pemaju berhubung dengan akaun

(1)

Semasa tempoh pengurusan permulaan, pemaju hendaklah, berkenaan dengan akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas—

(a)

menyebabkan apa-apa akaun dan rekod akaun disediakan yang akan menjelaskan transaksi akaun dengan secukupnya dan membolehkan kunci kira-kira, penyata pendapatan dan perbelanjaan dan penyata untung rugi yang benar dan adil disediakan bagi tempoh yang bermula dari permulaan tempoh pengurusan permulaan;

(b)

melantik seorang juruaudit syarikat yang diluluskan untuk menjalankan audit ke atas akaun pada setiap tahun dan akaun itu hendaklah diaudit—

(i)

dalam hal jika kawalan bagi semua baki wang dalam akaun penyenggaraan dan dalam akaun kumpulan wang penjelas dipindahkan di bawah perenggan 55(1)(a), sehingga tarikh pemindahan kawalan yang sebenar; atau

(ii)

dalam hal jika akaun dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan, sehingga tarikh yang tidak lebih awal daripada tiga bulan sebelum mesyuarat itu;

Pengurusan Strata 75

(c)

memfailkan dengan Pesuruhjaya suatu salinan akaun teraudit yang diperakui benar bersama dengan laporan juruaudit dalam masa empat belas hari daripada pengauditan akaun itu; dan

(d)

membenarkan Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya akses yang penuh dan bebas kepada akaun dan rekod akaun dan untuk membuat salinan atau cabutan bagi akaun dan rekod akaun itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah mempunyai, pada bila-bila masa, hak untuk melantik seorang juruaudit syarikat yang diluluskan untuk menyiasat akaun dan rekod akaun yang dinyatakan dalam subseksyen (1), dan pemaju hendaklah membayar semua perbelanjaan yang dilakukan bagi maksud itu.

(3)

Pemaju hendaklah memberi Pesuruhjaya atau mana-mana pihak berkuasa awam apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangan akaun masing-masing, sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Pesuruhjaya dari semasa ke semasa.

(4)

Penyata, laporan, akaun dan maklumat yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah dalam apa-apa bentuk yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya dari semasa ke semasa.

(5)

Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1),

(2)

, (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bab 6

Bahagian VI

Ejen Pengurusan

Bahagian VII

Deposit untuk Membaiki Kecacatan

Bahagian VIII

Insurans

Bahagian IX

Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata

Bahagian

Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai

Schedules