Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh pada bila-bila masa memungut apa-apa Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas, daripada mana-mana pemilik bagi penyenggaraan dan pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama melainkan jika—
suatu akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas telah dibuka atas nama perbadanan pengurusan; dan
Undang-Undang Malaysia 74
milikan kosong bagi petak telah diserahkan kepada pemilik.
Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana pemaju sesuatu kawasan pemajuan yang telah disiapkan pada atau sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan telah, sebaik sebelum tarikh itu, memungut wang daripada pemilik bagi penyenggaraan dan pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan itu, boleh terus berbuat demikian sehingga habis tempoh pengurusan permulaan, dengan syarat bahawa semua wang hendaklah dipungut dan diuruskan oleh pemaju mengikut Akta ini.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit.
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian
Bahagian X
Bahagian XI