Skip to content
ActPending

Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa)

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1997
Sections
94
Languages
MS · EN

Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) is Malaysia Act, cited as Act 571 1997, currently marked pending and first recorded in 1997.

Front matterCover and publication detailsOpen

Tarikh Persetujuan Diraja 7 Julai 1997

Tarikh diterbitkan dalam

Warta ... ... ... 24 Julai 1997

Akta 571

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kepada dan bagi peletakhakan harta, hak dan liabiliti Bank Simpanan Nasional pada suatu syarikat dengan nama Bank Simpanan Nasional Berhad dan bagi pengawalseliaannya; dan untuk membuat peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berhubungan dengannya. [ MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

Bahagian I

PERMULAAN

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"anak" termasuklah anak tiri dan seseorang yang diangkat sebagai anak di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, atau di bawah mana-mana adat yang diiktiraf oleh mana-mana kelas atau kategori orang di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia;

"anggota", berhubungan dengan Bank, ertinya seseorang pemegang syer Bank;

"Bank" ertinya suatu syarikat di bawah nama Bank Simpanan Nasional Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 menurut seksyen 3 dan termasuklah pejabatnya;

Akta 519. "Bank Negara" ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 1958;

"Bank Simpanan Nasional" ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Bank Simpanan Nasional 1974;

"berhubungan", berhubungan dengan sesuatu perbadan an, ertinya berhubungan mengikut pengertian seksyen 6 Akta Syarikat 1965;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

"dokumen" termasuklah—

(a)

apa-apa huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, inskripsi, tulisan, tanda, karikatur, gambar, lukisan atau gambaran lain dalam apa-apa bentuk; dan

(b)

apa-apa rakaman tampak (sama ada berbentuk imej pegun atau bergerak), apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel;

“dokumen konstituen”, berhubungan dengan Bank, ertinya memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil, perjanjian perkongsian, atau suratcara lain, yang di bawahnya atau melaluinya Bank ditubuhkan dan struktur pengelolaan dan pentadbirannya dan skop fungsinya, urusan, kuasa dan kewajipannya dinyatakan, sama ada terkandung dalam satu dokumen atau lebih;

"harta" ertinya apa-apa harta alih atau tak alih dan termasuklah—

(a)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletakhak atau kontingen, berhubungan dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

(b)

apa-apa pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan, melantik, menyerahkan, atau selainnya memindahmilik atau melupuskan harta tak alih daripadanya orang yang menyempurnakan pemindahhakan itu ialah tuan punya atau pemilik atau di mana orang itu berhak mendapat hak kontingen, sama ada bagi keseluruhan kepentingan atau apa-apa kepentingan yang kurang daripada itu;

(c)

apa-apa sekuriti, termasuk apa-apa saham, syer, debentur dan kumpulan wang;

(d)

apa-apa suratcara boleh niaga, termasuk apa-apa nota bank, nota pembawa, bil Perbendaharaan, waran dividen, bil pertukaran, nota janji hutang, cek dan sijil deposit boleh niaga;

(e)

apa-apa gadai-janji atau gadaian, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, gerenti, lien atau sandaran, sama ada sebenar atau konstruktif, surat hipotekasi atau resit amanah, indemniti, akujanji atau cara lain menjaminkan pembayaran atau penunaian sesuatu hutang atau liabiliti, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletakhak atau kontingen; dan

(f)

apa-apa harta ketara atau tak ketara lain;

“iklan”ertinya penyebaran atau penyampaian maklumat, pelawaan atau pensolisitan dengan apa-apa cara atau mengikut apa-apa bentuk, termasuk melalui cara—

(a)

penyiaran dalam akhbar, majalah, jurnal atau terbitan berkala lain;

(c)

pekeliling, surat sebaran, brosur, risalah, buku atau dokumen lain;

(d)

surat yang dialamatkan kepada individu-individu atau badan-badan;

(f)

penyiaran bunyi, televisyen atau media elektronik yang lain;

"institusi berlesen" ertinya mana-mana institusi yang dilesenkan di bawah subseksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;

"juruaudit syarikat yang diluluskan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;

“kemudahan kredit” ertinya—

(a)

pemberian apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan lain dalam apa jua bentuk atau tidak kira dengan apa jua namanya disebut yang menurutnya orang yang diberi pendahuluan, pinjaman atau kemudahan itu mempunyai akses, secara langsung atau secara tak langsung, pada wang orang yang memberinya;

(b)

pemberian suatu gerenti berhubungan dengan obligasi mana-mana orang; atau

(c)

apa-apa urusniaga atau transaksi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri;

"kepentingan dalam suatu syer" hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen $ 6{\mathrm{A}}(2) $ hingga $ 6{\mathrm{A}}(10) $ termasuk kedua-duanya, dalam Akta Syarikat 1965;

"ketua eksekutif", berhubungan dengan Bank, ertinya seseorang, tidak kira dengan apa jua namanya disebut, yang, sama ada secara individu atau bersesama dengan seorang atau beberapa orang lain, adalah bertanggung-jawab, tertakluk kepada kuasa pengarah, bagi penjalanan urusan dan pentadbiran Bank;

"Lembaga" ertinya lembaga pengarah Bank;

"liabiliti" termasuklah hutang, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap jenis, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletakhak atau kontingen;

“menentukan”ertinya menentukan dari semasa ke semasa secara bertulis;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

"orang" termasuklah mana-mana individu, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan;

"orang yang bertanggungjawab bagi Bank" ertinya manamana orang yang menjadi pengarah atau pegawai Bank atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan halehwal Bank, atau telah membantu dalam pengurusan tersebut;

"pegawai", berhubungan dengan Bank, termasuklah mana-mana pekerja dan ketua eksekutif Bank;

"pejabat", berhubungan dengan Bank, termasuklah tempat utama perniagaan, suatu cawangan, agensi, tempat perniagaan bergerak, tempat perniagaan yang diadakan dan disenggarakan hanya bagi suatu tempoh terhad sahaja, terminal elektronik dan mana-mana tempat perniagaan yang lain;

"pengarah" termasuklah mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah, tidak kira dengan apa jua pun namanya disebut dan, khususnya, tanpa menjejaskan peruntukan terdahulu, dalam hal—

(a)

suatu perbadanan, mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;

(b)

suatu koperasi, ertinya seorang anggota lembaga, atau badan pengelola lain, tidak kira dengan apa jua pun namanya disebut, bagi koperasi itu;

(c)

suatu badan berkanun, ertinya seorang anggota lembaga, jawatankuasa, majlis atau badan pengelola lain, tidak kira dengan apa jua pun namanya disebut, bagi badan berkanun itu;

(e)

suatu ketuanpunyaan tunggal, ertinya tuan punya tunggal; dan

(f)

mana-mana badan, persatuan atau kumpulan orang lain, sama ada diperbadankan atau tak diperbadankan, ertinya mana-mana orang yang mengarah dan mengawal pengurusan hal-ehwal atau perniagaannya;

"pengawal", berhubungan dengan Bank, ertinya seseorang yang—

(a)

mempunyai kepentingan lebih daripada lima puluh peratus daripada syer Bank;

(b)

mempunyai kuasa melantik atau menyebabkan dilantik sebilangan besar pengarah Bank; atau

(c)

mempunyai kuasa membuat atau menyebabkan dibuat, keputusan-keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran Bank, dan melaksanakan keputusan-keputusan itu atau menyebabkan keputusan-keputusan itu dilaksanakan, dan perkataan "kawalan" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

"pengurus", berhubungan dengan Bank, ertinya seorang pegawai Bank, tidak kira dengan apa jua pun namanya disebut, yang bertanggungjawab bagi suatu pejabat Bank, atau bagi suatu jabatan atau bahagian Bank atau bagi suatu jabatan atau bahagian pejabatnya;

"Perbadanan" ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan oleh Akta Menteri Kewangan Akta 375. (Pemerbadanan) 1957;

"perbadanan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;

“perbadanan sekutu” ertinya suatu perbadanan di mana tidak kurang daripada dua puluh peratus tetapi tidak lebih daripada lima puluh peratus daripada syer-syer perbadanan itu dipegang oleh suatu perbadanan lain, dengan perbadanan yang pertama disebut itu menjadi perbadanan sekutu bagi perbadanan yang lain itu;

"perjanjian"ertinya sesuatu perjanjian, sama ada formal atau tak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;

“perkhidmatan giro”ertinya suatu perkhidmatan akaun semasa yang membenarkan pemegang akaun mengeluarkan arahan pembayaran kepada Bank bagi pembayaran kepada mana-mana pihak atau yang membenarkan Bank menerima pembayaran ke dalam akaun seseorang pemegang akaun daripada mana-mana pihak;

“perkiraan”ertinya sesuatu perkiraan, sama ada formal atau tak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;

“saudara-mara”,berhubungan dengan seseorang, ertinya—

(b)

abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan orang itu;

(c)

abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan kepada suami atau isteri orang itu;

(d)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu;

(e)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan suami atau isteri orang itu;

(f)

suami atau isteri kepada mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (b), (c), (d) atau (e);

(g)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (b), (c) atau (f);

(h)

mana-mana bapa saudara, emak saudara atau sepupu kepada orang itu, atau kepada suami atau isteri orang itu; atau

(i)

mana-mana suami atau isteri, atau mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah, dengan orang yang disebut dalam perenggan (h);

"sekuriti" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(1) Akta Perindustrian Sekuriti 1983;

“sekutu perniagaan” seseorang termasuklah—

(a)

mana-mana jurubank, akauntan, juruaudit, peguambela, penama atau orang lain yang diambil kerja atau dilantik oleh orang itu pada bila-bila masa sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan;

(b)

mana-mana institusi yang orang itu adalah seorang pengarah, dan mana-mana pengarah lain institusi;

(i)

mana-mana pengarah perbadanan itu;

(ii)

mana-mana perbadanan sekutu atau berhubungan bagi perbadanan itu; dan

(iii)

mana-mana sekutu perniagaan bagi perbadanan sekutu atau berhubungan sebagaimana yang disebut dalam subperenggan (ii);

(d)

mana-mana orang yang memiliki apa-apa harta kepunyaan orang itu;

(f)

mana-mana orang yang mempunyai apa-apa pengetahuan atau maklumat yang berhubungan dengan perniagaan, urusniaga, hal-ehwal atau harta orang itu; dan

(g)

mana-mana orang yang bertindak bersama-sama dengan orang itu;

“sijil simpanan premium” ertinya suatu sijil simpanan bernombor yang boleh ditebus sama ada atas tuntutan atau selainnya yang dikeluarkan oleh Bank bagi akaun deposit yang dividennya boleh atau tidak boleh dibayar dan yang boleh atau tidak boleh turut serta dalam cabutan berkala yang diadakan oleh Bank bagi award bayaran bonus dengan cara tunai atau selainnya kepada pemegangnya;

"subsidiari" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 5 Akta Syarikat 1965;

"suratcara terbitan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 2 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;

"syarikat" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;

"syarikat awam" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965;

"syarikat pegangan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 5 Akta Syarikat 1965;

"syer", berhubungan dengan sesuatu perbadanan, ertinya syer terbitan perbadanan itu dan termasuklah saham kecuali jika perbezaan antara saham dan syer adalah dinyatakan atau disiratkan;

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh bila segala harta, hak dan liabiliti Bank Simpanan Nasional dipindahkan kepada dan terletakhak pada Bank sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1);

“tarikh yang ditetapkan”ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 1;

"wang modal" ertinya modal berbayar dan rizab, dan termasuklah, apa-apa sumber modal lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Bagi maksud takrif "saudara-mara" dalam subseksyen (1)—

(a)

pengangkatan mana-mana orang oleh seorang lain di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia, atau di bawah mana-mana adat yang diiktiraf oleh mana-mana kelas orang di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar-Malaysia, hendaklah dikira sebagai mewujudkan di antara pengangkat dengan orang angkat itu pertalian semula jadi yang sama seperti pertalian pengangkatan, dan pertalian lain yang berhubungan dengannya itu hendaklah diputuskan dengan sewajarnya; dan

(b)

sebutan-sebutan dalamnya mengenai sesuatu pertalian termasuklah, jika relevan, pertalian seibu atau sebapa.

(3)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

"orang yang bertindak bersama-sama" ertinya orang yang telah membuat perjanjian atau perkiraan untuk—

(i)

memperolehi secara bersesama atau berasingan kepentingan dalam syer suatu perbadanan bagi maksud mendapatkan atau menyatukan kawalan ke atas perbadanan itu; atau

(ii)

bertindak secara bersesama bagi maksud menjalankan kawalan ke atas perbadanan dengan cara kepentingan dalam syer perbadanan itu yang telahpun dipegang oleh mereka secara bersesama atau berasingan; dan

(b)

tanpa menjejaskan keluasan perenggan (a), orang yang berikut hendaklah dianggap sebagai orang yang bertindak bersama-sama, melainkan jika yang sebaliknya dibuktikan:

(i)

suatu perbadanan dan perbadanan perbadanan berhubungan dan sekutunya;

(ii)

suatu perbadanan dan mana-mana pengarahnya, atau ibu atau bapa, anak, abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan mana-mana pengarahnya, atau suami atau isteri kepada mana-mana pengarah atau mana-mana saudara-mara yang sedemikian, atau mana-mana amanah berkaitan;

(iii)

suatu perbadanan dan apa-apa kumpulan wang pencen yang ditubuhkan olehnya;

(iv)

seseorang dan mana-mana syarikat pelaburan, amanah saham atau kumpulan wang lain yang pelaburannya diuruskan oleh orang itu berdasarkan budi bicara; atau

(v)

seseorang penasihat kewangan dan kliennya yang adalah suatu perbadanan, di mana penasihat kewangan itu menguruskan wang klien berdasarkan budi bicara dan mempunyai sepuluh peratus kepentingan atau lebih dalam syer klien itu.

(4)

Jika di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, kuasa diberikan kepada Menteri untuk menghendaki mana-mana orang, atau jika mana-mana orang dikehendaki di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, untuk mengemukakan, mengadakan atau menyediakan kepada Menteri apa-apa maklumat, pernyataan, statistik, penyata atau dokumen—

(a)

Menteri boleh menentukan bahawa maklumat, pernyataan, statistik, penyata atau dokumen itu hendaklah dikemukakan, diadakan atau disediakan dalam apa-apa tempoh, pada apa-apa lat tempoh, mengikut apa-apa cara, dalam apa-apa bentuk, dan secara bertulis atau dengan cara apa-apa rakaman tampak (sama ada berbentuk imej pegun atau bergerak) atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau rakaman lain, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel, sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam penentuan itu; dan

(b)

orang itu tidaklah boleh mengemukakan, mengadakan atau menyediakan apa-apa maklumat, pernyataan, statistik, penyata atau dokumen yang dia tahu, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan.

Bahagian II

PEMBENTUKAN DAN PEMUNYAAN BANK DAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PELETAKHAKAN

Maka hendaklah ada suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 di bawah nama "Bank Simpanan Nasional Berhad".

Peruntukan peletakhakan.

(1)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu, segala harta, hak dan liabiliti Bank Simpanan Nasional hendaklah menurut kuasa Akta ini dipindahmilikkan kepada dan terletakhak pada Bank tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan.

(2)

Tiap-tiap harta yang terletakhak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah terletakhak sedemikian pada Bank dengan hakmilik, estet atau kepentingan dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletakhak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletakhak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) boleh, selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Bank atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Bank atau Bank Simpanan Nasional memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletakhak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Bank atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Bank atau Bank Simpanan Nasional memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Bank Simpanan Nasional yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletakhak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap Bank.

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletakhak pada Bank pada tarikh peletakhakan, Bank boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian terhadap hak dan liabiliti itu dengan Kerajaan atau mana-mana pihak ketiga.

(7)

Jika menurut kuasa subseksyen (1), mana-mana harta dipindahmilikkan kepada dan terletakhak pada Bank, peruntukan-peruntukan dalam Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara hendaklah, bagi maksud membuat pendaftaran peletakhakan itu, memohon kepada Bank seolah-olah ia adalah suatu pihak berkuasa awam.

(8)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletakhak pada Bank di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Bank Simpanan Nasional adalah suatu pihak sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Bank Simpanan Nasional, hendaklah mempunyai kesan seolah-olah Bank telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

(1)

Berbangkit daripada peletakhakan harta, hak, dan liabiliti pada Bank di bawah seksyen 4, Bank hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti Bank sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, dari semasa ke semasa, kepada Perbadanan.

(2)

Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah—

(a)

diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, mengenai untukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri;

(b)

daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan

(c)

diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayar disebabkan oleh pembayaran kepada Bank nilai nominalnya.

(3)

Menteri boleh melupuskan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau mana-mana hak terhadap sekuriti yang diuntukkan permulaannya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya yang berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(1)

Menteri boleh, melalui Perbadanan, pada bilabila masa memperolehi—

(a)

sekuriti Bank atau mana-mana subsidiari Bank; atau

(b)

hak untuk memohon beli apa-apa sekuriti sedemikian.

(2)

Menteri boleh melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi oleh Perbadanan di bawah seksyen ini.

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan berbangkit daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Prosedur Kewangan 1957.

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya yang berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperolehi di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(5)

Duti setem tidaklah boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal Bank—

(a)

yang diakibatkan oleh penerbitan syer yang diuntukkan pada masa Bank dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan; dan

(b)

yang diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah diakibatkan oleh penerbitan syer yang dimohon beli oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a).

(1)

Menteri boleh melantik mana-mana orang yang difikirkannya layak untuk bertindak sebagai penamanya bagi maksud seksyen 5 atau 6 dan—

(a)

sekuriti Bank boleh diserahhak di bawah seksyen 5 kepada mana-mana penama Menteri yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti itu berikutan dengan untukan permulaannya kepada mana-mana penama sedemikian; dan

(b)

mana-mana penama itu yang dilantik bagi maksud seksyen 6 boleh memperolehi sekuriti atau hak mengikut seksyen itu.

(2)

Mana-mana orang yang memegang mana-mana sekuriti atau hak sebagai penama Menteri menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah memegang dan menguruskannya atas apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Bahagian III

PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN

(1)

Bank hendaklah menerima sebagai pekerjanya pada tarikh yang ditetapkan tiap-tiap orang yang sebelum sahaja tarikh itu ialah anggota kakitangan Bank Simpanan Nasional dan yang telah diberikan pilihan oleh Bank Simpanan Nasional dan telah membuat pilihan untuk berkhidmat sebagai pekerja Bank.

(2)

Tiap-tiap orang yang memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Bank hendaklah diambil kerja oleh Bank atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan.

Bahagian IV

TUJUAN DAN KUASA BANK

(1)

Tanpa menjejaskan kuasa-kuasanya di bawah Akta Syarikat 1965, tujuan dan kuasa Bank hendaklah termasuk—

(a)

menggalakkan dan menggembleng simpanan daripada orang awam, khususnya penyimpan kecil, dan memupuk pengurusan kewangan yang kukuh daripada sumber mereka supaya dapat memperbaiki dan meningkatkan kemajuan ekonomi mereka;

(b)

mengadakan cara, kemudahan dan infrastruktur bagi mencapai objektif Bank dan menggalakkan penggunaan berkesannya oleh pelanggan bagi faedah mereka; dan

(c)

menjalankan perniagaan am suatu institusi perkhidmatan kewangan yang moden dan progresif yang memenuhi keperluan kewangan menyeluruh bagi pelanggannya.

(2)

Bagi maksud menjalankan tujuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Bank boleh—

(a)

mengadakan semua jenis akaun deposit termasuk akaun simpanan, akaun deposit tetap dan akaun lain yang serupa;

(b)

menerima daripada dan membayar balik deposit kepada pelanggannya;

(c)

mengendalikan skim-skim bagi mengeluarkan dan menganjurkan sijil simpanan premium dan, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, mengadakan, menganjur, mengatur dan mentadbir cabutan berkenaan dengan sijil simpanan premium itu;

(d)

memberikan semua jenis kemudahan pendahuluan, pinjaman dan kredit kepada pelanggannya;

(f)

menerbitkan, membeli, menjual dan menebus sekuriti atas namanya sendiri atau bagi pihak Kerajaan; dan penerbitan, pemegangan dan penjualan sekuriti itu hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa penerbitan sekuriti itu;

(g)

menguruskan saham, kumpulan wang, syer, debentur, stok debentur, bon, kewajipan, sekuriti dan semua jenis pelaburan;

(i)

membayar bunga atas deposit oleh pelanggan dan menentukan kadar atau kadar-kadar bagi bunga itu;

(j)

mengenakan bunga atas pinjaman dan pendahuluan yang dibuat oleh pelanggan dan menentukan kadar atau kadar-kadar bagi bunga itu;

(k)

mengenakan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan olehnya;

(l)

memungutcek yang ditunaikan atau dibayar oleh pelanggan;

(m)

mengadakan semua jenis perkhidmatan pembayaran dan pungutan, termasuk perkhidmatan giro, mesin juruwang automatik, kad debit, kad kredit dan kad yang dibayar terlebih dahulu;

(n)

mengeluarkan atau membayar draf tempatan,cek kembara dan melaksanakan pemindahan wang di dalam Malaysia;

(o)

menerima sekuriti-sekuriti dan barang berharga lain daripada pelanggan untuk disimpan dengan selamat;

(p)

memberi apa-apa gerenti bagi pembayaran wang atau pelaksanaan apa-apa kewajipan atau akujanji;

(q)

mengadakan perkhidmatan kewangan yang berasaskan prinsip-prinsip Islam;

(r)

menyenggara akaun dengan bank dan institusi kewangan lain;

(s)

membuka cawangan dan melantik ejen atau koresponden di dalam atau di luar Malaysia;

(t)

bertindak sebagai ejen bagi Kerajaan atau manamana Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa lain dan bagi badan awam atau badan persendirian atau orang persendirian;

(u)

menaja pembentukan suatu syarikat atau mengambil bahagian dalam penajaan syarikat itu atau memperolehi suatu pengusahaan atau sebahagian daripadanya;

(v)

memperolehi atau memegang harta bagi atau berkaitan dengan penjalanan kuasa-kuasanya, dan memajukan harta itu;

(w)

melupuskan atau memajakkan atau dengan cara lain membuat apa-apa urusan mengenai kesemua atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan atau hartanya;

(x)

tertakluk kepada kelulusan Menteri, atas syor Bank Negara—

(i)

mengadakan akaun semasa;

(ii)

menjalankan operasi perbendaharaan termasuk operasi pasaran wang dan berniaga matawang asing;

(iii)

mengeluarkan atau membayar draf asing dan melaksanakan pemindahan wang di luar Malaysia;

(iv)

mengadakan perkhidmatan pelaburan, nasihat dan pengunderaitan kepada pelanggan;

(y)

menjalankan apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dan melakukan apa-apa perkara lain yang bersampingan dengan atau berfaedah kepada pencapaian tujuannya.

Bahagian V

SUBSIDIARI DAN PEJABAT BANK

(1)

Bank tidaklah boleh menubuhkan atau memperolehi mana-mana subsidiari di dalam atau di luar Malaysia tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Menteri.

(2)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit.

(3)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(1)

Bank tidaklah boleh membuka mana-mana pejabatnya di luar Malaysia tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Menteri.

(2)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Bahagian VI

KEHENDAK KEWANGAN DAN TUGAS BANK

(1)

Bank hendaklah—

(b)

sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen daripada untung bersihnya bagi setiap tahun

(selepas peruntukan yang wajar telah dibuat untuk cukai), memindahkan kepada kumpulan wang rizabnya daripada untung bersih bagi setiap tahun—

(i)

sejumlah wang yang sama banyak dengan tidak kurang daripada empat puluh peratus daripada untung bersih bagi tahun itu, asalkan amaun kumpulan wang rizab itu adalah kurang daripada lima puluh peratus daripada modal berbayarnya; atau

(ii)

sejumlah wang yang sama banyak dengan tidak kurang daripada dua puluh peratus daripada untung bersih bagi tahun itu, asalkan amaun kumpulan wang rizab itu adalah lima puluh peratus tetapi kurang daripada seratus peratus daripada modal berbayarnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh menentukan suatu bahagian berlainan daripada untung bersih bagi setiap tahun, iaitu sama ada kurang atau lebih daripada bahagian yang ditentukan dalam subseksyen (1), dipindahkan kepada kumpulan wang rizab Bank bagi maksud memastikan bahawa amaun kumpulan wang rizab bagi Bank adalah mencukupi bagi maksud perniagaannya dan memadai berhubungan dengan liabilitinya.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), kumpulan wang rizab boleh, dengan kelulusan Menteri dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Menteri, digunakan untuk membayar syer tak diterbitkan yang akan diterbitkan kepada anggota sebagai syer bonus berbayar penuh.

(4)

Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh memberikuasa kepada Bank untuk membayar dividen daripada kumpulan wang rizab itu.

(5)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Menteri boleh menghendaki Bank menyenggarakan, pada setiap masa, wang modal yang tak tercacat oleh kerugian, pada apa-apa nisbah kepada segala atau apa-apa aset atau kepada segala atau apa-apa liabiliti, atau kepada kedua-dua aset atau liabiliti itu, Bank dan kesemua pejabatnya di dalam dan di luar Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(2)

Amaun minimum aset cair, atau amaun purata minimum aset cair, yang ditentukan di bawah subseksyen (1) hendaklah dinyatakan sebagai peratusan bagi segala atau sekian banyak daripada liabilitinya yang ditanggung oleh pejabat-pejabatnya di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam penentuan itu.

(3)

Dalam suatu penentuan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh menentukan—

(a)

amaun minimum aset cair, atau amaun purata minimum aset cair;

(b)

jenis aset yang hendak dikelaskan sebagai aset cair; atau

(c)

jenis liabiliti sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (2) yang hendak dikelaskan sebagai liabiliti Bank.

(4)

Dalam suatu penentuan di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah menentukan tempoh, iaitu dalam apaapa jua hal tidak kurang daripada tujuh hari, yang dalam tempohnya Bank hendaklah mematuhi penentuan itu.

(5)

Menteri boleh melarang Bank daripada memberikan apa-apa kemudahan kredit kepada mana-mana orang dalam tempoh yang ia telah tidak mematuhi mana-mana kehendak penentuan di bawah seksyen ini.

(6)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1) atau (5), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu peratus daripada jangka kekurangan bagi satu hari atau setiap hari yang dimaksudkan dengan pertuduhan itu.

(1)

Menteri boleh menentukan bahawa Bank hendaklah memegang di Malaysia pada setiap masa apaapa amaun minimum aset sebagaimana yang dinyatakan dalam penentuan itu.

(2)

Amaun minimum aset yang hendak dipegang di Malaysia yang ditentukan di bawah subseksyen (1) hendaklah dinyatakan sebagai peratusan bagi segala atau sekian banyak liabiliti Bank di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam penentuan itu.

(3)

Dalam suatu penentuan di bawah subseksyen (1), Menteri boleh menentukan—

(a)

suatu amaun minimum aset yang hendak dipegang di Malaysia oleh Bank;

(b)

jenis aset yang hendak dikelaskan sebagai aset yang hendak dipegang di Malaysia oleh Bank; atau

(c)

jenis liabiliti yang hendak dikelaskan sebagai liabiliti Bank.

(4)

Peruntukan subseksyen 14(4) hendaklah terpakai mutatis mutandis berhubungan dengan suatu penentuan di bawah subseksyen (1).

(5)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu peratus daripada jangka kekurangan bagi satu hari atau setiap hari yang dimaksudkan dengan pertuduhan itu.

(1)

Tertakluk kepada arahan atau garis panduan yang ditentukan oleh Menteri, Bank hendaklah, setakat yang praktik dan kecuali bagi jumlah wang diberi untuk disimpan dalam tangan bagi maksud am Bank, melaburkan dalam—

(b)

pelaburan lain yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta Pemegang Amanah 1949;

(c)

pinjaman dan pendahuluan kepada pelanggan bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Lembaga; dan

(d)

sekuriti dan pelaburan lain sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga, dari semasa ke semasa.

(2)

Bank boleh, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Menteri, melabur di luar Malaysia.

(1)

Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, Bank hendaklah melantik seorang juruaudit yang diluluskan oleh Menteri setiap tahun sebelum suatu tarikh yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Jika Bank tidak melantik seorang juruaudit di bawah subseksyen (1) sebelum tarikh yang ditentukan di bawahnya, Menteri boleh melantik seorang juruaudit bagi Bank dan menentukan saraan dan perbelanjaannya, dan ia hendaklah dibayar kepada juruaudit itu oleh Bank.

(3)

Jika Menteri pada bila-bila masa, difikirkannya wajar yang seorang lagi juruaudit patut bertindak bersama dengan juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) atau (2), dia boleh melantik seorang lagi juruaudit dan menentukan saraan dan perbelanjaannya, dan ia hendaklah dibayar kepada juruaudit itu oleh Bank.

(4)

Bank tidaklah boleh dengan disedarinya melantik sebagai juruauditnya mana-mana orang, dan tiada seorang pun dengan disedarinya boleh menyetujui supaya dilantik sebagai seorang juruaudit bagi Bank oleh Bank atau oleh Menteri, jika orang itu—

(a)

bukan seorang juruaudit syarikat yang diluluskan;

(b)

mempunyai apa-apa kepentingan dalam apa-apa bentuk atau daripada apa-apa perihalan dalam Bank, termasuk suatu kepentingan dalam syer Bank;

(d)

berhutang dengan Bank atau dengan mana-mana perbadanan berhubungan Bank;

(e)

seorang pekongsi, majikan atau pekerja kepada pengarah, pengawal, atau pegawai, Bank;

(f)

seorang pekongsi atau pekerja dengan seorang pekerja kepada pengarah, pengawal, atau pegawai, Bank;

(g)

seorang pemegang syer, atau suami atau isterinya adalah seorang pemegang syer, bagi suatu perbadanan yang pekerjanya adalah seorang pegawai Bank;

(h)

bertanggungjawab, atau ialah pekongsi, majikan, atau pekerja kepada seseorang yang bertanggungjawab, bagi penyimpanan daftar anggota-anggota atau daftar pemegang-pemegang debentur Bank; atau

(i)

telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965, atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang melibatkan fraud atau kecurangan:

Dengan syarat bahawa Menteri boleh membatalkan kehilangan kelayakan yang manamana juruaudit adalah tertakluk kepadanya di bawah perenggan ini jika Menteri berpuas hati bahawa ia tidak akan berlawanan dengan kepentingan awam untuk berbuat demikian.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), seseorang hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Bank—

(a)

jika dia seorang pegawai suatu perbadanan berhubungan Bank; atau

(b)

kecuali jika Menteri, mengikut hal keadaan kes itu, mengarahkan selainnya, jika dia telah, menjadi seorang pegawai atau penaja Bank atau perbadanan berhubungan itu pada bila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan yang terdahulu.

(6)

Suatu firma tidaklah boleh dengan disedarinya menyetujui supaya dilantik, dan tidaklah boleh dengan disedarinya bertindak, sebagai juruaudit bagi Bank dan tidaklah boleh menyediakan, untuk atau bagi pihak Bank, apa-apa laporan yang dikehendaki oleh Akta ini supaya disediakan oleh seorang juruaudit melainkan jika—

(a)

kesemua pekongsi firma yang bermastautin di Malaysia adalah juruaudit syarikat yang diluluskan dan, jika firma itu tidak didaftarkan sebagai suatu firma di bawah mana-mana undangundang yang sedang berkuatkuasa, suatu penyata yang menunjukkan nama dan alamat penuh kesemua pekongsi firma itu telah diserahsimpan dengan Bank Negara; dan

(b)

tiada pekongsi kehilangan kelayakan di bawah perenggan (4)(b) hingga (4)(i), termasuk keduaduanya, daripada bertindak sebagai juruaudit Bank.

(7)

Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai juruaudit di bawah seksyen ini melainkan jika sebelum pelantikannya dia telah bersetuju secara bertulis untuk bertindak sebagai juruaudit sedemikian, dan tiada firma boleh dilantik sebagai juruaudit di bawah seksyen ini melainkan jika sebelum pelantikan itu, firma itu telah bersetuju secara bertulis di bawah tandatangan sekurang-kurangnya seorang pekongsi firma itu untuk bertindak sebagai juruaudit sedemikian.

(8)

Pelantikan suatu firma atas nama firma itu sebagai juruaudit di bawah seksyen ini hendaklah berkesan dan berkuatkuasa sebagai suatu pelantikan orang yang adalah anggota firma itu pada masa pelantikan itu sebagai juruaudit Bank.

(9)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang tidaklah boleh disifatkan sebagai seorang pegawai Bank atau perbadanan berhubungannya semata-mata oleh sebab dia telah dilantik sebagai seorang juruaudit Bank atau perbadanan berhubungannya.

(10)

Mana-mana orang atau firma yang dilantik sebagai juruaudit bagi Bank yang, pada bila-bila masa selepas pelantikan itu, menjadi tertakluk kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang disebutkan dalam seksyen ini atau dalam seksyen 9 Akta Syarikat 1965, hendaklah dengan serta-merta sesudah itu berhenti menjadi juruaudit Bank dan tidaklah boleh selepas itu bertindak sebagai juruauditnya atau dikehendaki atau dibenarkan oleh Bank untuk bertindak sebagai sedemikian.

(11)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (3), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(12)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (11), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(13)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (4) atau (6) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(14)

Mana-mana orang atau firma yang tidak mematuhi subseksyen (7) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(15)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (10) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(a)

untuk menjalankan audit ke atas akaun-akaun Bank; dan

(1)

Tugas-tugas juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen 17(1) atau 17(2) ialah—

(b)

tertakluk kepada subseksyen 19(4), untuk mengemukakan laporan mengenai audit itu kepada anggota Bank.

(2)

Laporan juruaudit yang disebut di bawah perenggan (1)(b) hendaklah dibuat mengikut seksyen 174 Akta Syarikat 1965.

(3)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, menghendaki seorang juruaudit yang dilantik di bawah seksyen 17 supaya—

(a)

mengemukakan apa-apa maklumat tambahan berhubungan dengan auditnya sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

(b)

memperluas atau melanjutkan skop auditnya mengenai perniagaan dan hal-ehwal Bank mengikut apa-apa cara atau pada apa-apa takat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

(c)

menjalankan apa-apa pemeriksaan khusus atau mengadakan apa-apa prosedur dalam mana-mana hal tertentu; atau

(d)

mengemukakan suatu laporan mengenai apaapa perkara yang disebut dalam perenggan (a),

(b)

dan (c), dan Menteri boleh menentukan masa yang dalam tempohnya mana-mana kehendak hendaklah dipatuhi oleh juruaudit itu dan menentukan saraan yang hendaklah dibayar kepada juruaudit oleh Bank berkenaan dengannya.

(4)

Juruaudit hendaklah mematuhi apa-apa kehendak Menteri di bawah subseksyen (3) dan Bank hendaklah membayar kepada juruaudit itu saraan juruaudit yang disebut dalamnya.

(5)

Jika seorang juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini, semasa menjalankan tugas-tugasnya sebagai juruaudit Bank, berpuas hati bahawa—

(a)

telah berlaku suatu pelanggaran terhadap manamana peruntukan Akta ini atau bahawa apa-apa kesalahan yang berhubungan dengan kecurangan atau fraud di bawah mana-mana undang-undang lain telah dilakukan oleh Bank atau oleh manamana orang lain;

(b)

kerugian telah dialami oleh Bank yang mengurangkan wang modalnya ke suatu takat yang Bank tidak lagi boleh mematuhi kehendak Menteri di bawah subseksyen 13(1);

(c)

apa-apa luar aturan yang memudaratkan kepentingan pendeposit atau pemiutang Bank, atau apa-apa luar aturan serius yang lain, telah berlaku; atau

(d)

dia tidak dapat mengesahkan bahawa tuntutan pendeposit atau pemiutang diliputi oleh aset Bank, dia hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu kepada Menteri.

(6)

Bank, dan mana-mana pengarah, pengawal, atau pegawai Bank, hendaklah—

(a)

memberi kepada juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini—

(i)

segala maklumat dalam pengetahuannya atau yang boleh didapatkan olehnya; atau

(ii)

apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh juruaudit, untuk membolehkannya menjalankan tugastugasnya; dan

(b)

memastikan segala maklumat yang diberikan kepada juruaudit itu, termasuk maklumat yang diberikan di bawah perenggan (a), tidak palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material.

(7)

Menteri boleh pada bila-bila masa memeriksa buku, dokumen lain, akaun dan transaksi mana-mana orang yang pernah pada bila-bila masa menjadi, atau adalah, seorang juruaudit Bank dan bagi maksud pemeriksaan itu, Menteri hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa yang dipunyainya atau yang boleh dijalankannya berhubungan dengan pemeriksaan ke atas Bank di bawah Akta ini.

(8)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (4), (5) atau (6) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Dalam masa tiga bulan selepas penutupan setiap tahun kewangan Bank, atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, Bank hendaklah mengemukakan kepada Menteri berkenaan dengan keseluruhan operasinya di Malaysia dua salinan bagi setiap satu dokumen yang berikut:

(a)

kunci kira-kira tahunan, akaun untung rugi tahunan dan penyata tahunannya yang sudah diaudit terakhir sekali yang menyatakan sumbersumber wangnya, dan maksud yang baginya, dan cara bagaimana, wang itu telah digunakan; dan

(i)

juruaudit di bawah perenggan 18(1)(b); dan

(ii)

pengarah di bawah subseksyen 169(5) Akta Akta 125. Syarikat 1965.

(2)

Dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Bank hendaklah, sebagai tambahan kepada kehendakkehendak di bawah subseksyen (1), mengemukakan kepada Menteri jika Bank mempunyai pejabat atau subsidiari di luar Malaysia, segala dokumen yang disebut di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan—

(a)

operasinya di setiap negara di luar Malaysia; dan

(b)

keseluruhan operasinya baik di dalam mahupun di luar Malaysia atas dasar disatukan.

(3)

Menteri boleh, sama ada sebelum atau selepas Bank mematuhi kehendak subseksyen (1) atau (2), menghendaki Bank supaya mengemukakan maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan cara penghuraian, penjelasan atau selainnya mengenai mana-mana dokumen yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, atau supaya meminda atau mengubahsuaikan dokumen itu tentang bentuk atau kandungan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Menteri.

(4)

Melainkan jika dan sehingga Menteri telah memberitahu Bank secara bertulis bahawa—

(a)

Menteri berpuas hati yang Bank telah mematuhi peruntukan subseksyen (1) dan (3); dan

(b)

dokumen dan maklumat yang dibekalkan di bawahnya adalah mengikut bentuk dan mengandungi maklumat yang boleh diterima oleh Menteri,

Bank tidaklah boleh—

(aa) membentangkan akaunnya di dalam mesyuarat agungnya;

(bb) menyiarkan akaun itu di bawah seksyen 20; atau

(cc)

mengambil apa-apa tindakan lain berhubungan dengannya sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, kecuali jika diluluskan selainnya oleh Menteri secara bertulis, dan apa-apa kelulusan sedemikian bolehlah dijadikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalamnya.

(5)

Tertakluk kepada subseksyen (4), Bank hendaklah dalam masa enam bulan selepas penutupan tahun kewangannya atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, mengemukakan kepada Menteri empat salinan setiap satu dokumen yang disebutkan dalam subseksyen (1) berserta dengan kelulusan atau keputusan lain mesyuarat agung tahunan Bank berkenaan dengannya.

(6)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3) atau (5), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(7)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (4), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

(1)

Bank hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembentangan akaun-akaunnya di mesyuarat agung tahunannya, atau dalam apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, menyiarkan dalam tidak kurang daripada dua akhbar harian yang diterbitkan di Malaysia dan diluluskan oleh Menteri, satu dalam bahasa kebangsaan dan satu lagi dalam bahasa Inggeris, dan mempamerkan selepas itu di sepanjang tahun di suatu tempat yang mudah dilihat di tiap-tiap pejabat Bank di Malaysia, suatu salinan setiap satu kunci kira-kiranya dan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan Menteri boleh menentukan secara lain berkenaan dengan dokumen-dokumen yang hendak disiarkan dalam akhbar dan dokumen-dokumen yang hendak dipamerkan.

(2)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Bank hendaklah mengemukakan kepada Menteri—

(a)

suatu pernyataan yang menunjukkan aset dan liabiliti Bank di Malaysia; dan

(b)

apa-apa maklumat, dokumen, statistik atau penyata lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Jika Bank mengendalikan mana-mana pejabat di luar Malaysia, Bank hendaklah mengemukakan kepada Menteri apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengendalian mana-mana pejabat itu sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(3)

Apa-apa maklumat yang diterima daripada Bank di bawah seksyen ini hendaklah dianggap sebagai rahsia.

(4)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Bahagian VII

PEMUNYAAN, PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BANK

(1)

Tanpa menjejaskan seksyen 24, dan tertakluk kepada seksyen 23, tiada seorang pun boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan untuk memperolehi atau melupuskan apa-apa kepentingan dalam syer Bank yang menurutnya, jika perjanjian atau perkiraan itu dilaksanakan, dia akan—

(a)

memperolehi, berserta dengan apa-apa kepentingan dalam syer Bank yang telah pun ketika itu dipegang olehnya, atau olehnya dan oleh orang-orang yang bertindak bersama-sama dengannya; atau

(b)

melupuskan, berserta dengan kepentingan-kepentingan dalam syer yang dahulunya dilupuskan olehnya kepada mana-mana orang seorang atau mana-mana orang yang bertindak bersama-sama, kepada orang seorang itu atau orang-orang itu yang bertindak bersama-sama, suatu kepentingan dalam syer yang agregatnya tidak kurang daripada lima peratus daripada syer-syer Bank tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Menteri untuk membuat perjanjian atau perkiraan:

Dengan syarat bahawa tiada kelulusan sedemikian boleh diberikan berkenaan dengan apa-apa pemerolehan atau pelupusan yang akan mengakibatkan pelanggaran terhadap seksyen 24.

(2)

Suatu permohonan untuk kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh orang yang bercadang hendak memperolehi atau melupuskan apa-apa kepentingan dalam syer yang disebut dalamnya dan hendaklah dikemukakan kepada Menteri.

(3)

Tiada seorang pun yang telah mendapat kelulusan Menteri di bawah subseksyen (1) bagi membuat perjanjian atau perkiraan—

(a)

bagi pemerolehan apa-apa kepentingan dalam syer Bank, boleh membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan kemudiannya untuk memperolehi apa-apa kepentingan dalam syer Bank; atau

(b)

bagi pelupusan apa-apa kepentingan dalam syer Bank kepada orang seorang atau kepada orang-orang yang bertindak bersama-sama, hendaklah membuat apa-apa perjanjian atau perkiraan kemudiannya dengan orang seorang itu atau dengan seorang atau lebih daripada orang-orang itu yang bertindak bersama-sama, untuk melupuskan kepadanya atau kepada mereka, apa-apa kepentingan dalam syer Bank, tidak kira peratus syer Bank yang diwakili oleh kepentingan dalam syer itu, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Menteri untuk membuat perjanjian atau perkiraan terkemudian itu, dan peruntukan subseksyen (2) hendaklah terpakai bagi permohonan untuk kelulusan di bawah subseksyen ini.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(1)

Tiada seorang pun boleh memegang lebih daripada peratusan yang berikut bagi kepentingan dalam syer Bank:

(a)

dalam hal seseorang individu, sepuluh peratus; dan

(b)

dalam hal seseorang selain daripada seorang individu, dua puluh peratus, kecuali jika Menteri, setelah berpuas hati bahawa ia tidak akan—

(aa) memudaratkan penggalakan struktur kewangan yang kukuh di Malaysia; dan

(bb) berlawanan dengan kepentingan awam untuk berbuat demikian, meluluskan sebaliknya.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(a), jika orang yang memegang kepentingan dalam syer Bank adalah suatu perbadanan yang di dalamnya—

(c)

anak individu itu, memegang, atau mana-mana dua orang atau lebih daripada orang yang disebutkan dalam perenggan (a), (b) dan (c) memegang, secara berasingan atau bersesama, kepentingankepentingan dalam syer yang tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus syer perbadanan itu, perbadanan itu hendaklah disifatkan sebagai seorang individu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, dalam menghitung pegangan seseorang, yang berikut hendaklah disifatkan sebagai pegangan orang itu dan ditambah kepada pegangannya sendiri:

(a)

jika seseorang ialah seorang individu, pegangan suami atau isterinya, anaknya atau perbadanan keluarganya;

(b)

jika seseorang ialah suatu perbadanan, pegangan perbadanan-perbadanan berhubungan atau sekutunya;

(c)

jika seseorang ialah suatu koperasi, pegangan subsidiari-subsidiarinya sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1993 dan pegangan perbadanan-perbadanan berhubungan atau sekutu bagi subsidiari-subsidiari itu; dan

(d)

pegangan orang-orang yang bertindak bersama sama dengan orang itu.

(4)

Bagi maksud perenggan (3)(a), suatu "perbadanan keluarga" ertinya suatu perbadanan yang di dalamnya—

(c)

anak individu itu, memegang, atau mana-mana dua orang atau lebih daripada orang yang disebutkan dalam perenggan (a), (b) dan (c) memegang, secara berasingan atau bersesama, kepentingan dalam syer yang lebih daripada lima puluh peratus syer perbadanan itu.

(5)

Mana-mana individu yang memegang sepuluh peratus atau lebih daripada sepuluh peratus kepentingan dalam syer Bank, atau mana-mana orang selain daripada seorang individu yang memegang dua puluh peratus atau lebih daripada dua puluh peratus kepentingan dalam syer Bank, hendaklah, sebelum melupuskan apa-apa kepentingan dalam syer Bank, memberitahu Menteri secara bertulis tentang pelupusan yang dicadangkan itu dan hendaklah terus memberitahu Menteri tentang apa-apa pelupusan yang dicadangkan selanjutnya selagi individu atau orang lain itu memegang tidak kurang daripada lima peratus kepentingan dalam syer Bank.

(6)

Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan—

(a)

apa-apa maklumat atau butir mengenai apa-apa kepentingan dalam syer Bank yang diperolehi atau dipegang secara langsung atau tak langsung sama ada bagi faedahnya sendiri atau bagi faedah mana-mana orang lain; atau

(b)

pernyataan mengenai pegangan kepentingan semasanya dalam syer Bank.

(7)

Mana-mana orang yang telah disampaikan kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (6) hendaklah, dalam masa tujuh hari dari penerimaan notis itu atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri dalam apa-apa hal tertentu, mengemukakan kepada Menteri segala maklumat atau butir atau pernyataan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dan ditentusahkan dengan sewajarnya melalui akuan berkanun.

(8)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Tiada seorang pun boleh membuat perjanjian atau perkiraan—

(a)

yang akan mengakibatkan perubahan tentang kawalan Bank atau syarikat pegangannya;

(b)

bagi penjualan, pelupusan, atau pemindahan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan Bank;

(c)

bagi penyatuan atau pencantuman Bank dengan mana-mana orang lain; atau

(i)

perjanjian atau perkiraan yang dicadangkan itu adalah secara bertulis; dan

(ii)

kesemua pihak kepadanya telah mula-mula sekali membuat suatu permohonan secara bertulis kepada Menteri untuk mendapatkan kelulusannya mengenai perjanjian atau perkiraan itu dan telah mendapat kelulusan Menteri berkenaan dengannya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, "perniagaan" ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi maksud mendapatkan laba atau keuntungan dan termasuklah segala harta yang diperolehi daripada, atau yang digunakan pada atau bagi maksud, menjalankan apa-apa aktiviti dan segala hak dan liabiliti yang terbit daripada aktiviti itu.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(1)

Jika sampai kepada pengetahuan Bank bahawa apa-apa perjanjian atau perkiraan seperti yang disebut dalam seksyen 22 telah dilaksanakan atau hampir akan dilaksanakan berkenaan dengannya sendiri, Bank hendaklah dengan serta-merta sesudah itu melaporkannya kepada Menteri dengan menerangkan dalam laporannya segala butir dan butir terperinci yang relevan yang ada dalam pengetahuannya pada masa itu.

(2)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit dan dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(3)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Jika mana-mana orang bercadang untuk memberikan apa-apa kemudahan kredit kepada mana-mana orang bercagarkan apa-apa harta Bank, maka dia hendaklah, sebelum memberi kemudahan kredit itu, mengemukakan suatu laporan mengenai kemudahan kredit yang dicadangkan itu kepada Menteri jika harta yang hendak diadakan sebagai cagaran bagi maksud kemudahan kredit yang dicadangkan itu, dengan sendirinya atau bersamasama dengan apa-apa harta lain Bank yang telah pun dipegang sebagai cagaran bagi apa-apa kemudahan kredit lain yang diberi olehnya, akan merupakan lima peratus atau lebih daripada harta Bank.

(2)

Jika Bank bercadang untuk mengadakan hartanya sebagai cagaran berkenaan dengan sesuatu kemudahan kredit yang akan diberikan oleh mana-mana orang kepada Bank atau kepada mana-mana orang lain, ia hendaklah, sebelum berbuat demikian, mengemukakan suatu laporan mengenai perkara itu kepada Menteri.

(3)

Laporan yang dikehendaki dikemukakan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah mengandungi segala butir terperinci dan butir yang relevan mengenai transaksi itu dan hendaklah, dalam apa jua hal, termasuk yang berikut:

(i)

nama dan alamat orang yang kepadanya kemudahan kredit dicadang hendak diberikan;

(ii)

butir-butir terperinci mengenai harta yang diadakan sebagai cagaran bagi kemudahan kredit yang dicadangkan itu; dan

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Adalah menjadi suatu pembelaan bagi pertuduhan atas sesuatu kesalahan yang berhubungan dengan pelanggaran terhadap seksyen 22, 23, 24 atau 26 bagi tertuduh membuktikan bahawa dia tiada pengetahuan mengenai tindakan, peninggalan, hakikat atau hal keadaan yang merupakan pelanggaran itu, dengan syarat bahawa dia telah melaporkan pelanggaran itu kepada Menteri dalam masa tujuh hari dari tarikh dia menyedari tentang tindakan, peninggalan, hakikat atau hal keadaan yang merupakan pelanggaran itu.

(1)

Jika Menteri berpuas hati bahawa mana-mana orang telah melanggar peruntukan-peruntukan seksyen 22, 23, 24 atau 26 (dalam seksyen ini disebut "orang ingkar"), dia boleh membuat suatu perintah permulaan secara bertulis yang mengenakan satu larangan atau lebih yang berikut sebagaimana yang terpakai atau sesuai dalam hal keadaan pelanggaran itu:

(a)

berkenaan dengan apa-apa syer yang menjadi subjek pelanggaran, suatu larangan mengenai—

(i)

pemindahan, atau pelaksanaan perjanjian untuk memindahkan, syer-syer itu, atau dalam hal syer-syer tak terbit, pemindahan, atau pelaksanaan perjanjian memindahkan, hak untuk diterbitkan syer kepada orang itu;

(ii)

penggunaan apa-apa hak mengundi berkenaan dengan syer-syer itu;

(iii)

penerbitan apa-apa syer tambahan sebagai hak daripada syer-syer itu atau menurut apa-apa tawaran yang dibuat kepada pemegangnya; atau

(iv)

kecuali dalam hal likuidasi, pembayaran apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh Bank ke atas syer-syer itu, sama ada berkenaan dengan modal atau selainnya; atau

(b)

berkenaan dengan pelanggaran terhadap seksyen 26, suatu larangan mengenai penggunaan apa-apa hak di bawah apa-apa cagaran, atau hak memindahkan apa-apa harta yang merupakan cagaran itu.

(2)

Sesuatu perintah permulaan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada orang ingkar dengan seberapa segera yang praktik, dan boleh diumumkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Menteri, jika, pada pendapat Menteri, ia perlu diumumkan.

(3)

Sesuatu perintah permulaan hendaklah mengikat orang ingkar, mana-mana orang yang sedang memegang apa-apa syer yang baginya perintah itu terpakai, dan manamana orang lain yang ditentukan dalam perintah itu atau yang kepadanya perintah itu ditujukan.

(4)

Mana-mana orang yang memegang apa-apa syer yang baginya suatu perintah permulaan terpakai hendaklah dalam masa tujuh hari selepas perintah itu disampaikan kepada orang ingkar, atau dalam apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, menyerahkan balik syer-syer itu kepada Menteri.

(5)

Tiada seorang pun boleh diberi peluang untuk didengar sebelum Menteri membuat suatu perintah permulaan di bawah subseksyen (1) terhadapnya atau yang menyentuhnya dengan apa-apa cara.

(6)

Mana-mana orang ingkar yang terhadapnya suatu perintah permulaan telah dibuat, atau mana-mana orang lain yang terjejas dengan perintah itu, boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu disampaikan kepada orang ingkar, membuat representasi-representasi secara bertulis kepada Menteri yang memohon bagi membatalkan perintah itu atas alasan bahawa dia tidak melanggar peruntukan-peruntukan yang berhubungan dengannya perintah itu telah dibuat, atau bagi suatu pengubahsuaian perintah itu atas alasan bahawa adalah adil dan patut untuk mengubahsuainya atas sebab-sebab yang akan dinyatakan dalam representasi itu.

(7)

Menteri boleh, selepas menimbangkan representasi yang dibuat di bawah subseksyen (6), sama ada mengesahkan perintah permulaan itu, atau membatalkannya, atau mengubahnya mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

(8)

Jika Menteri mengesahkan sesuatu perintah permulaan, dia boleh melupuskan syer-syer yang diserahkan balik kepadanya di bawah subseksyen (4) kepada manamana orang dan pada apa-apa takat yang hendaklah konsisten dengan syer-syer yang dipegang dengan sahnya oleh pembeli di bawah Akta ini.

(9)

Hasil pelupusan syer di bawah subseksyen (8) hendaklah dibayar kepada Mahkamah Tinggi, dan manamana orang yang menuntut sebagai berhak secara benefisial kepada kesemua atau mana-mana bahagian hasil itu boleh, dalam masa tiga puluh hari dari pembayaran itu kepada Mahkamah Tinggi, memohon kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kamar supaya pembayaran daripada hasil itu dibuat kepadanya.

(10)

Menteri boleh memberi apa-apa petunjuk atau arahan kepada pengarah atau pegawai Bank sebagaimana yang perlu atau dikehendaki untuk menguatkuasakan manamana perintah Menteri di bawah seksyen ini, atau sebagaimana yang bersampingan, berdampingan dengan atau yang berbangkit daripada perintah itu.

(11)

Apa-apa transaksi, termasuk apa-apa perjanjian atau perkiraan berhubungan dengan apa-apa syer, atau kepentingan dalam syer, atau cagaran, yang melanggar mana-mana perintah permulaan, atau apa-apa perintah yang disahkan di bawah subseksyen (7), atau apa-apa petunjuk atau arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen (10), hendaklah terbatal dan tidak mempunyai kuatkuasa.

(12)

Hal puas hati Menteri di bawah subseksyen (1) bahawa mana-mana peruntukan Akta ini yang disebut dalamnya telah dilanggar oleh mana-mana orang boleh dicapai tidak kira sama ada apa-apa pendakwaan diambil ataupun tidak terhadap mana-mana orang bagi pelanggaran itu.

(13)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(14)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (5) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(15)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (10) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Tiap-tiap orang yang menjadi, atau akan menjadi, seorang pengarah, pengawal atau pengurus Bank hendaklah seorang yang layak dan sesuai untuk memegang jawatan tertentu, yang dipegangnya atau akan dipegangnya.

(2)

Dalam menentukan sama ada seseorang adalah seorang yang layak dan sesuai untuk memegang apa-apa jawatan tertentu, Bank hendaklah memberikan perhatian kepada kejujurannya, kekompetenannya dan kewarasan pertimbangannya untuk menunaikan tanggungjawab jawatan itu, kepada usaha yang dengannya dia sedang menunaikan atau berkemungkinan menunaikan tanggungjawab itu dan tentang sama ada kepentingan pendposit atau bakal pendposit Bank, jika ada, adalah atau berkemungkinan menjadi, dengan apa-apa jua cara terancam disebabkan dia memegang jawatan itu.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), Bank boleh memberikan perhatian kepada kelakuan dan aktiviti dahulu orang yang berkenaan dalam perkara-perkara perniagaan atau kewangan dan, khususnya, kepada apaapa keterangan bahawa—

(a)

dia telah melakukan suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan lain, atau keganasan;

(b)

dia telah melanggar mana-mana peruntukan yang dibuat oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang ternyata kepada Menteri adalah dimaksudkan bagi melindungi orang awam daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kecurangan, ketakkompetenan atau amalan salah oleh orang-orang yang bersangkut-paut dalam mengadakan perkhidmatan urusan bank, insurans, pelaburan atau perkhidmatan kewangan yang lain atau pengurusan syarikat atau daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh kelakuan bankrap yang dilepaskan atau belum dilepaskan;

(c)

dia telah terlibat dalam apa-apa amalan perniagaan yang ternyata kepada Menteri adalah memperdayakan atau menindas atau selainnya tak wajar (sama ada menyalahi undang-undang atau tidak) atau yang selainnya menggambarkan keaiban tentang cara dia menjalankan perniagaan; atau

(d)

dia telah terlibat dalam atau telah dikaitkan dengan apa-apa amalan perniagaan lain atau selainnya berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga menyebabkan keraguan ke atas kekompetenan dan kewarasan pertimbangannya.

(1)

Tiada seorang pun boleh menyetujuterima pelantikan atau pemilihan sebagai pengarah Bank melainkan jika dia telah, sebelum penyetujuterimaan itu, mendapat keizinan bertulis Menteri untuk menyetujuterima pelantikan atau pemilihan itu.

(2)

Jika Menteri enggan memberikan keizinannya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(1)

Tiada seorang pun boleh dilantik atau dipilih, atau menyetujuterima pelantikan atau pemilihan, sebagai seorang pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai lain yang bersangkut-paut dalam pengurusan, Bank—

(a)

jika dia seorang bankrap, telah menggantung pembayaran, atau telah menyelesaikan pembayaran dengan pemiutangnya, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b)

tanpa menjejaskan perenggan (c), jika suatu pertuduhan atas kesalahan jenayah yang berhubungan dengan kecurangan, fraud atau keganasan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang boleh dihukum penjara selama satu tahun atau lebih, sama ada hukuman penjara sahaja, atau sebagai ganti, atau sebagai tambahan kepada, denda, telah dibuktikan terhadapnya di mana-mana mahkamah di dalam atau di luar Malaysia;

(c)

jika suatu pertuduhan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dibuktikan terhadapnya;

(d)

jika terhadapnya telah dibuat apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika ke atasnya telah dikenakan apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, atau dengan tahanan pencegahan bagi pencegahan jenayah atau pengedaran dadah, atau dengan kediaman terhad atau buang negeri atau imigresen; atau

(e)

jika dia telah menjadi seorang pengarah, atau secara langsung bersangkut-paut dalam pengurusan, mana-mana perbadanan yang sedang atau telah digulungkan oleh mahkamah atau pihak berkuasa lain yang kompeten untuk berbuat demikian di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana institusi berlesen, yang lesennya telah dibatalkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

(2)

Jika seseorang adalah tertakluk kepada kehilangan kelayakan di bawah perenggan (1)(e), dia boleh—

(a)

dilantik atau dipilih, atau menyetujuterima pelantikan atau pemilihan; atau

(b)

walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (4), terus memegang jawatannya, sebagai pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai lain yang bersangkut-paut dalam pengurusan Bank jika Menteri berpuas hati, bahawa kriteria yang dinyatakan dalam seksyen 29 telah dipenuhi berkenaan dengannya.

(3)

Jika seseorang yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai yang bersangkut-paut dalam pengurusan Bank, menjadi tertakluk kepada apa-apa kehilangan kelayakan yang disebutkan dalam subseksyen (1), dia hendaklah dengan serta-merta sesudah itu terhenti memegang jawatan dan bertindak sebagai yang sedemikian, dan Bank hendaklah dengan serta-merta sesudah itu menamatkan pelantikannya atas sifat yang sedemikian.

(4)

Semasa belum selesainya apa-apa prosiding jenayah dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1)(b) atau (1)(c) terhadap mana-mana orang yang menjadi seorang pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai lain yang bersangkut-paut dalam pengurusan Bank, orang itu tidaklah boleh bertindak atas sifat sedemikian, atau memegang apa-apa jawatan lain, atau bertindak atas apa-apa sifat lain, dalam Bank, atau dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, bersangkut-paut dengan, atau mengambil bahagian atau terlibat dalam, apa-apa aktiviti, hal-ehwal atau perniagaan bagi atau berhubungan dengan Bank, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Menteri.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), prosiding jenayah yang disebut dalamnya hendaklah disifatkan belum selesai dari tarikh orang dituduh mula-mulanya dipertuduhkan dalam mahkamah bagi kesalahan itu sehinggalah tarikh keputusan muktamad akan prosiding itu, sama ada dalam mahkamah berbidang kuasa asal atau, sekiranya ada apaapa rayuan oleh mana-mana pihak, dalam mahkamah berbidang kuasa rayuan yang akhir.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(7)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (3) atau (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Bank hendaklah melantik seorang ketua eksekutif Bank yang hendaklah—

(b)

bermastautin di Malaysia di sepanjang tempoh pelantikannya.

(2)

Tanpa menjejaskan apa-apa pelantikan yang dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan, Bank hendaklah, sebelum melantik seorang ketua eksekutif menurut subseksyen (1), meminta dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada Menteri bagi pelantikan yang dicadangkan itu.

(3)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

(4)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan—

(a)

di bawah subseksyen (1), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;

(b)

di bawah subseksyen (2), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

Bahagian VIII

SEKATAN MENGENAI PERNIAGAAN BANK

(1)

Bank tidaklah boleh membayar apa-apa dividen atas syer-syernya sehingga semua perbelanjaan dipermodalkannya (termasuk belanja permulaan, belanja penyusunan, komisen menjual syer, brokeraj, amaun kerugian yang ditanggung, dan apa-apa butiran perbelanjaan lain yang tidak berupa aset-aset ketara) telah sama sekali dihapuskira.

(2)

Sebelum Bank mengisytiharkan apa-apa dividen, ia hendaklah memohon secara bertulis bagi kelulusan Menteri berkenaan dengan amaun yang dicadang hendak diisytiharkan, dan Menteri boleh meluluskan amaun itu, atau suatu amaun yang terkurang, atau melarang pembayaran apa-apa dividen, memandangkan keadaan kewangan Bank.

(3)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

(4)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (3), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(1)

Bank tidaklah boleh memberi apa-apa kemudahan kredit, atau membuat apa-apa transaksi lain, bersandarkan cagaran atas syer-syernya sendiri atau syer-syer syarikat pegangannya.

(2)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

(3)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(1)

Tertakluk kepada kelulusan bertulis terlebih dahulu oleh Menteri, Bank tidaklah boleh memberi kepada manamana orang apa-apa kemudahan kredit tak bercagar yang, berserta dengan apa-apa kemudahan kredit lain yang diberikan terdahulu kepadanya, melebihi suatu amaun agregat yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi apa-apa kemudahan kredit yang diberikan—

(b)

kepada mana-mana orang lain yang terlibat dalam penyediaan pembiayaan yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri.

(3)

Suatu cagaran berkenaan dengan kemudahan kredit yang diberikan kepada mana-mana orang oleh Bank hendaklah terdiri daripada harta yang bernilai tidak kurang daripada amaun kemudahan kredit yang diberikan kepada orang itu.

(4)

Jika suatu cagaran yang diadakan berkenaan dengan kemudahan kredit yang diberikan oleh Bank, di sepanjang tempoh berjalannya kemudahan kredit itu, dengan persetujuan di antara Bank dengan orang yang mengadakan cagaran itu, digantikan dengan suatu cagaran yang berlainan, Bank hendaklah memastikan bahawa cagaran baru itu hendaklah yang bernilai tidak kurang daripada amaun kemudahan kredit yang belum dibayar pada masa penggantian tersebut.

(5)

Jika pada bila-bila masa di sepanjang tempoh berjalannya sesuatu kemudahan kredit, apa-apa cagaran yang diadakan di bawah subseksyen (3) atau yang digantikan di bawah subseksyen (4) berkenaan dengan kemudahan kredit itu tersusut nilainya kepada nilai yang kurang daripada amaun kemudahan kredit yang belum dibayar ketika itu, maka Bank hendaklah meminta orang yang kepadanya kemudahan kredit itu diberikan supaya mengadakan cagaran tambahan untuk meningkatkan nilai cagaran itu kepada amaun yang tidak kurang daripada amaun kemudahan kredit yang belum dibayar ketika itu dalam suatu tempoh yang tidak melebihi empat belas hari, dan jika cagaran tambahan itu tidak diadakan dalam tempoh tersebut, orang yang bertanggungan bagi kemudahan kredit itu hendaklah dengan serta-merta sesudah itu disifatkan melanggar terma-terma kontrak yang berhubungan dengan kemudahan kredit itu, dan Bank hendaklah berhak untuk menguatkuasakan hak-haknya di bawah kontrak berkenaan dengan pelanggaran mengenainya.

(6)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak pihak-pihak dalam kontrak yang berhubungan dengan kemudahan kredit daripada memasukkan dalam kontrak itu pada masa ia dibuat, atau pada bila-bila masa selepas itu, apa-apa peruntukan yang berhubungan dengan cagaran yang akan diadakan bagi kemudahan kredit yang bermaksud untuk memastikan kecukupan cagaran itu di sepanjang tempoh berjalannya kemudahan kredit itu.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, nilai apa-apa harta yang diadakan sebagai cagaran hendaklah—

(b)

jika kerana apa-apa sebab nilai pasaran harta itu tidak mungkin dapat diputuskan, nilai yang diluluskan oleh Menteri atas permohonan oleh Bank yang hendaklah menerangkan nilai yang dicapai oleh Bank dan asas baginya.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, Menteri boleh menetapkan—

(a)

apa-apa batasan, sekatan dan syarat yang tertakluk kepadanya apa-apa harta tertentu, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan harta, boleh diadakan atau disetujuterima sebagai cagaran; atau

(b)

apa-apa harta tertentu, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan harta, dilarang daripada diadakan atau disetujuterima sebagai cagaran.

(9)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), (4), (5) atau (8), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit.

(10)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (9), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(1)

Bank tidaklah boleh memberi kepada mana-mana orang seorang apa-apa kemudahan kredit, atau menanggung apa-apa liabiliti bagi pihak mana-mana orang seorang, yang, berserta dengan apa-apa kemudahan kredit yang diberikan terdahulu kepada orang seorang itu, dan apa-apa liabiliti yang ditanggung terdahulu bagi pihaknya, oleh Bank, melebihi apa-apa peratusan yang ditetapkan bagi Bank oleh Menteri berhubungan dengan wang modal Bank, yang tak tercacat oleh kerugian atau selainnya.

(2)

Peruntukan subseksyen (1) tidaklah terpakai—

(a)

jika orang seorang yang disebut dalamnya adalah suatu institusi berlesen atau mana-mana orang yang ditentukan oleh Menteri yang terlibat dalam penyediaan pembiayaan;

(b)

bagi apa-apa kemudahan kredit yang diberikan kepada, atau liabiliti yang ditanggung bagi pihak, mana-mana orang oleh Bank berkenaan dengan import ke dalam atau eksport dari Malaysia atau perdagangan di Malaysia bersandarkan surat-surat kredit atau bil-bil pertukaran; atau

(c)

bagi apa-apa transaksi yang ditentukan oleh Menteri yang dibuat dengan mana-mana orang tertentu, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan orang, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, dalam menghitung amaun apa-apa kemudahan kredit yang diberikan kepada orang seorang, atau apa-apa liabiliti yang ditanggung bagi pihak orang seorang, apa-apa kemudahan kredit yang diberikan kepada, atau apa-apa liabiliti yang ditanggung bagi pihak, orang-orang yang berikut, hendaklah disifatkan sebagai suatu kemudahan kredit yang diberikan kepada, atau suatu liabiliti yang ditanggung bagi pihak, orang seorang itu:

(a)

jika orang seorang itu ialah seorang individu, suami atau isterinya, anaknya atau perbadanan keluarganya;

(b)

jika orang seorang itu ialah suatu perbadanan, perbadanan berhubungan atau sekutunya;

(c)

jika orang seorang itu ialah suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993, subsidiari-subsidiarinya sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta itu, dan perbadanan-perbadanan berhubungan atau sekutu bagi subsidiari-subsidiari itu; atau

(d)

orang-orang yang bertindak bersama-sama dengan orang seorang itu:

Dengan syarat bahawa Menteri boleh menentukan bahawa kesemua atau mana-mana orang, atau mana-mana orang tertentu, atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang, yang disebutkan dalam perenggan (a) hingga (d) hendaklah dikecualikan daripada pemakaian subseksyen ini berhubungan dengan mana-mana orang seorang tertentu, atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang seorang, yang kepadanya kemudahan kredit diberikan, dan serentak dengan itu menentukan kriteria atau asas yang berasaskannya orang atau orang-orang tersebut hendak dikecualikan sedemikian.

(4)

Bagi maksud perenggan (3)(a), "perbadanan keluarga" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 23(4).

(5)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit.

(6)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (5), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(1)

Melainkan jika dikecualikan oleh Menteri secara bertulis dengan atau tanpa syarat, atau kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2) atau (3), Bank tidaklah boleh memberi apa-apa kemudahan kredit kepada—

(a)

mana-mana pengarah atau pegawai Bank atau mana-mana orang lain yang menerima saraan daripadanya (selain daripada mana-mana akauntan, peguambela dan peguamcara, arkitek, ejen harta tanah, doktor dan mana-mana orang lain yang menerima saraan daripadanya berkenaan dengan perkhidmatan profesionalnya);

(b)

mana-mana badan yang diperbadankan atau tak diperbadankan, atau mana-mana ketuanpunyaan tunggal, yang mana-mana pengarah atau pegawai Bank ialah seorang pengarah atau pengurus, atau yang baginya mana-mana pengarah atau pegawainya adalah seorang penjamin atau ejen;

(2)

Bank bolehlah memberi kepada mana-mana pegawainya atau pengarah eksekutifnya—

(c)

mana-mana perbadanan yang mana-mana pengarah atau pegawai Bank mempunyai apa-apa kepentingan dalam syer perbadanan itu; dan

(a)

apa-apa kemudahan kredit yang diperuntukkan di bawah skim perkhidmatannya; atau

(d)

mana-mana orang yang baginya mana-mana pengarah atau pegawai Bank telah memberikan apa-apa jaminan atau apa-apa akujanji lain yang melibatkan liabiliti kewangan.

(b)

jika tiada peruntukan sedemikian dan Bank berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas atau belas kasihan, pinjaman tidak melebihi pada sesuatu masa—

(i)

enam bulan saraan pegawai atau pengarah eksekutif itu; atau

(ii)

saraannya bagi apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

(3)

Peruntukan-peruntukan—

(a)

perenggan (1)(a) tidaklah terpakai bagi pemberian apa-apa kemudahan kredit kepada suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa seseorang pegawai, termasuk seseorang pengarah eksekutif Bank, untuk membeli rumah; dan

(b)

perenggan (1)(c) tidaklah terpakai bagi pemberian apa-apa kemudahan kredit oleh Bank kepada suatu perbadanan yang dalamnya tiada seorang pun pengarah atau pegawai Bank mempunyai apa-apa kepentingan material dalam syer perbadanan itu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

"pengarah" atau "pegawai" termasuklah suami atau isteri, anak atau ibu atau bapa pengarah atau pegawai; dan

(b)

Menteri hendaklah dari semasa ke semasa menentukan perkara yang menjadi kepentingan material dalam syer suatu perbadanan.

(5)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit.

(6)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (5), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(1)

Bank tidaklah boleh memberi apa-apa kemudahan kredit di bawah apa-apa pengecualian oleh Menteri yang disebut dalam subseksyen 37(1) atau memberi apa-apa kemudahan kredit di bawah subseksyen 37(3) melainkan jika syarat-syarat yang berikut ditunaikan:

(a)

orang yang kepadanya kemudahan kredit diberikan mempunyai kelayakan kredit yang tidak kurang daripada kemudahan kredit yang biasanya dikehendaki oleh Bank daripada orang-orang lain yang kepadanya kemudahan-kemudahan kredit diberikan;

(b)

terma-terma kemudahan kredit kepada Bank adalah tidak kurang baiknya daripada terma-terma yang biasanya ditawarkan kepada orang-orang lain;

(c)

pemberian kemudahan kredit itu adalah bagi kepentingan Bank; dan

(d)

kemudahan kredit itu diluluskan oleh semua pengarah lain Bank di suatu mesyuarat pengarah-pengarah yang dianggotai dengan sempurnanya di mana tidak kurang daripada tiga suku daripada semua pengarah Bank hadir dan kelulusan itu dicatatkan dalam minit-minit mesyuarat itu.

(2)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit.

(3)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggung-jawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(1)

Tiap-tiap pengarah Bank yang mempunyai dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, apa-apa kepentingan dalam sesuatu kemudahan kredit yang dicadangkan untuk diberikan kepada manamana orang oleh Bank hendaklah dengan seberapa segera yang praktik mengisytiharkan secara bertulis jenis kepentingannya, kepada mesyuarat pengarah yang dianggotai dengan sempurnanya, dan setiausaha Bank, atau pegawai lain yang dilantik oleh Bank bagi maksud itu, hendaklah menyebabkan suatu salinan perisytiharan itu diedarkan dengan serta-merta kepada tiap-tiap pengarah Bank tidak kira sama ada dia telah hadir atau pun tidak dalam mesyuarat itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), suatu notis am secara bertulis yang disampaikan kepada setiap seorang pengarah Bank yang disebut dalam subseksyen itu oleh seseorang pengarah yang bermaksud bahawa dia adalah seorang pengarah, pegawai atau anggota pertubuhan perbadanan atau tak diperbadankan, atau seorang pengarah atau pegawai ketuanpunyaan tunggal, yang kepadanya kemudahan kredit dicadang diberikan hendaklah disifatkan sebagai perisytiharan kepentingan yang memadai berhubungan dengan kemudahan kredit yang dicadangkan itu jika peruntukan subseksyen (3) juga dipatuhi.

(3)

Sesuatu notis di bawah subseksyen (2) hendaklah—

(a)

menentukan jenis dan takat kepentingan pengarah dalam badan atau ketuanpunyaan tunggal yang disebut dalam subseksyen itu; dan

(b)

dikemukakan dan dibaca di mesyuarat pengarah-pengarah Bank di mana notis itu disampaikan atau, jika ia tidak disampaikan di mesyuarat pengarah-pengarah, di mesyuarat pengarah-pengarah yang berikutnya selepas ia disampaikan kepada setiap seorang pengarah itu.

(4)

Tiap-tiap pengarah Bank yang memegang apa-apa jawatan, atau memiliki apa-apa harta, dengan mana, secara langsung atau secara tak langsung, kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan bercanggahan dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai pengarah Bank hendaklah mengisytiharkan di mesyuarat pengarah-pengarah Bank hakikat tentang pemegangan jawatan itu atau pemilikan harta itu olehnya dan jenis, sifat dan takat percanggahan itu.

(5)

Perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (4) hendaklah dibuat di mesyuarat pengarah-pengarah yang pertama diadakan—

(b)

jika telah pun menjadi pengarah, selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Setiausaha Bank atau pegawainya yang lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah merekodkan apaapa perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini di dalam minit-minit mesyuarat di mana perisytiharan itu dibuat atau di mana ia dikemukakan dan dibaca.

(7)

Mana-mana pengarah yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (4), adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(8)

Mana-mana pengarah yang tidak mematuhi subseksyen (3) atau (5), adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(9)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (6) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(1)

Seseorang pengarah atau pegawai Bank tidaklah boleh memberi apa-apa kemudahan kredit yang melebihi had, atau di luar bidang apa-apa terma dan syarat, yang dikenakan kepadanya oleh Bank, atau yang berlanggaran dengan apa-apa arahan yang diberikan kepadanya, atau apa-apa perjanjian yang dibuat dengannya, oleh Bank.

(2)

Menteri boleh melalui notis bertulis mengarahkan Bank supaya—

(a)

mengemukakan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan polisi dan prosedurnya mengenai pemberian apa-apa kemudahan kredit;

(b)

mengemukakan suatu laporan mengenai had atau terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan, arahan-arahan yang diberikan, dan perjanjian-perjanjian yang dibuat, berhubungan dengan kuasa tiap-tiap pengarah atau pegawai Bank yang dibenarkan memberi kemudahan-kemudahan kredit atau menjalankan apa-apa kuasa berkenaan dengannya itu; atau

(c)

membuat apa-apa pindaan kepada polisi atau prosedur yang disebut dalam perenggan (a), atau supaya membuat apa-apa pengubahan mengenai perkara-perkara yang disebutkan dalam perenggan (b), sebagaimana yang difikirkan patut dan sesuai oleh Menteri, sama ada secara am, atau berhubungan dengan apa-apa kelas pengarah atau pegawai, atau berhubungan dengan mana-mana pengarah atau pegawai tertentu, dan pindaan-pindaan serta pengubahan-pengubahan itu hendaklah mengikat Bank dan pengarah-pengarah serta pegawai-pegawainya.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (2), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(5)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (4), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Kecuali sebagaimana yang dibenarkan selainnya oleh seksyen 16, Bank tidaklah boleh memperolehi atau memegang—

(a)

apa-apa syer, atau selainnya mempunyai suatu kepentingan dalam syer mengenai, mana-mana perbadanan; atau

(b)

apa-apa harta tak alih atau apa-apa hak atau kepentingan dalam harta itu, kecuali apa-apa yang semunasabahnya perlu bagi maksud menjalankan perniagaannya, atau mengadakan kemudahan perumahan atau kemudahan lain bagi kakitangannya, dan sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dalam mana-mana satu hal itu.

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai berkenaan dengan—

(a)

apa-apa syer atau kepentingan dalam syer, atau apa-apa harta tak alih atau apa-apa hak atau kepentingan dalam harta tak alih, yang diperolehi oleh Bank—

(i)

sebagai cagaran kerana memberi apa-apa kemudahan kredit kepada mana-mana orang atau kerana menanggung apa-apa liabiliti bagi pihak mana-mana orang;

(ii)

semasa merealisasikan apa-apa cagaran yang diberikan kepada atau dipegang oleh Bank; atau

(iii)

sebelum tarikh yang ditetapkan, jika pemerolehannya adalah menurut undangundang sebelum sahaja tarikh itu;

(b)

apa-apa syer yang diperolehi atau dipegang oleh Bank akibat daripada penubuhannya atau pemerolehan sesuatu subsidiari dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Menteri di bawah seksyen 10; atau

(c)

apa-apa syer atau kepentingan dalam syer yang diperolehi atau dipegang oleh Bank berhubungan dengan perniagaannya sebagai peniaga terkecuali di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983.

(3)

Apa-apa harta tak alih atau syer, atau apa-apa hak atau kepentingan dalamnya, yang diperolehi menurut subperenggan (2)(a)(ii) atau perenggan (2)(c) oleh Bank hendaklah dilupuskan dengan seberapa segera yang praktik tetapi tidak lewat daripada dua belas bulan, atau suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri dalam apa-apa hal tertentu, yang bermula pada tarikh ia telah diperolehi.

(4)

Apa-apa pemerolehan, pegangan atau pelupusan syer atau kepentingan dalam syer bagi maksud atau dalam hal keadaan yang disebut dalam perenggan (2)(a), (2)(b) atau (2)(c) atau dalam subseksyen (3) tidak boleh dikira sebagai "berniaga sekuriti" bagi maksud Akta Perindustrian Sekuriti 1983.

(5)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1) atau (3), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Menteri boleh menentukan batasan, terma dan syarat berkenaan dengan pemberian apa-apa kelas, kategori atau perihalan kemudahan kredit yang akan diberikan oleh Bank, termasuklah pemberian apa-apa kemudahan kredit kepada mana-mana orang—

(i)

pembelian sekuriti atau pembuatan apa-apa pembayaran yang mungkin kena dibayar atas sekuriti yang telah dibeli;

(iii)

pembelian atau pegangan apa-apa kepentingan dalam syer mana-mana perbadanan;

(iv)

pembelian atau pegangan apa-apa suratcara terbitan; atau

(v)

pembelian atau pegangan apa-apa harta lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; atau

(b)

atas cagaran apa-apa sekuriti, harta tak alih, kepentingan dalam syer, suratcara terbitan atau apa-apa harta lain.

(2)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit.

(3)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(1)

Bank hendaklah, jika pada bila-bila masa diminta secara bertulis oleh Menteri untuk berbuat demikian, mengemukakan kepada Menteri segala keterangan dan mengadakan segala maklumat yang mungkin ada pada Bank berhubungan dengan pematuhannya akan manamana peruntukan Bahagian ini, sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri secara am, atau berhubungan dengan apa-apa hal tertentu.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah tanpa menjejaskan, dan tidaklah boleh dengan apa-apa jua cara mengurangkan, apa-apa kuasa lain yang diberikan kepada Menteri atau seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini.

(3)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(4)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (3), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Bahagian IX

KUASA-KUASA PENGAWASAN DAN PENGAWALAN KE ATAS BANK

Bank di bawah pengawasan Menteri.

Bank hendaklah berada di bawah pengawasan am Menteri dan, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi arahan-arahan am yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini mengenai pelaksanaan fungsi atau tugas dan penjalanan kuasa-kuasa Bank.

Pemeriksaan ke atas Bank.

Menteri bolehlah, dari semasa ke semasa, memeriksa, tanpa apa-apa notis terlebih dahulu, buku atau dokumen lain, akaun dan transaksi Bank dan pejabatnya di dalam dan di luar Malaysia.

Kuasa Menteri untuk mengarahkan supaya pemeriksaan dibuat.

Menteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan manamana orang membuat sesuatu pemeriksaan mengenai buku atau dokumen lain, akaun dan transaksi Bank dan pejabatnya di dalam dan di luar Malaysia jika dia mengesyaki bahawa Bank sedang menjalankan perniagaannya dengan cara yang memudaratkan, atau yang mungkin memudaratkan, kepentingan pendeposit atau pemiutangnya, atau mempunyai aset yang tak cukup untuk meliputi liabilitinya kepada orang awam, atau sedang melanggari mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

Pengemukaan buku-buku Bank, dsb.

(1)

Bagi maksud sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen 45 atau 46, Bank dan pengarah-pengarah serta pegawai-pegawainya hendaklah membenarkan mana-mana orang yang menjalankan pemeriksaan itu akses kepada segala bukunya atau dokumen lain dan akaunnya, termasuk dokumen-dokumen hakmilik kepada aset-asetnya, semua cagaran yang dipegang olehnya berkenaan dengan transaksi pelanggan-pelanggannya, segala wang tunainya, dan kepada segala dokumen, maklumat dan kemudahan sebagaimana yang dikehendaki oleh orang itu bagi maksud pemeriksaan itu, dan hendaklah mengemukakan kepada orang itu segala buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, cagaran atau wang tunai dan memberi segala maklumat, sebagaimana yang dikehendakinya:

Dengan syarat bahawa, setakat yang konsisten dengan penjalanan pemeriksaan itu, buku atau dokumen, akaun, hakmilik, cagaran dan wang tunai itu tidaklah dikehendaki dikemukakan pada masa atau di tempat yang mungkin mengganggu penjalanan yang patut akan perniagaan harian biasa Bank.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1), mana-mana orang yang diberikuasa oleh Menteri secara bertulis bagi maksud ini boleh mengambil milik apa-apa buku atau dokumen lain, akaun, hakmilik, cagaran atau wang tunai yang dia mempunyai akses kepadanya di bawah subseksyen (1) jika pada pendapat orang itu—

(a)

pemeriksaannya, penyalinannya, atau pembuatan cabutan daripadanya, tidak dapat diusahakan dengan munasabahnya tanpa mengambil miliknya;

(b)

ia mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau

(c)

ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding undang-undang, sama ada civil atau jenayah, yang mungkin dimulakan di bawah atau berkaitan dengan Akta ini, atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(3)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(4)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (3), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(2)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Sekiranya Bank tak solven, atau mungkin akan menjadi tak berupaya untuk melaksanakan semua atau manamana daripada obligasinya, atau, bahawa ia hampir hendak menggantung pembayaran kepada apa-apa takat, hendaklah dengan serta-merta memberitahu kepada Menteri tentang hakikat itu.

(3)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Jika—

(i)

bahawa ia tak solven;

(ii)

bahawa ia mungkin akan menjadi tak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya; atau

(iii)

bahawa ia hampir hendak menggantung pembayaran kepada apa-apa takat; atau

(b)

sama ada selepas suatu pemeriksaan dibuat di bawah seksyen 45 atau 46, atau selainnya, Menteri berpuas hati bahawa Bank—

(i)

sedang menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan pendepositnya, atau pemiutangnya, atau orang awam secara amnya;

(ii)

adalah tak solven, atau telah menjadi atau mungkin akan menjadi tak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya, atau hampir hendak menggantung pembayaran kepada apa-apa takat; atau

(iii)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, tidak kira tiada pendakwaan jenayah berkenaan dengannya, maka Menteri boleh, melalui perintah secara bertulis, menjalankan mana-mana satu kuasa atau lebih yang berikut, sebagaimana yang difikirkannya perlu:

(aa) menghendaki Bank supaya mengambil apa-apa langkah, atau apa-apa tindakan, atau melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau perkara, berhubungan dengan Bank, atau perniagaannya, atau pengarah-pengarahnya atau pegawai-pegawainya, yang difikirkan perlu oleh Menteri dan yang dinyatakan dalam perintah, dalam tempoh masa yang dinyatakan dalamnya;

(bb) melarang Bank daripada memberi apa-apa kemudahan kredit selanjutnya bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu, dan menjadikan larangan itu tertakluk kepada apa-apa kecualian, dan mengenakan apa-apa syarat berhubungan dengan kecualian itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu dan, dari semasa ke semasa, melalui perintah selanjutnya yang dibuat mengikut cara yang sama, melanjutkan tempoh yang disebut terdahulu;

(cc)

walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa batasan yang terkandung dalam dokumen konstituen Bank, kerana sebab-sebab yang akan direkodkannya secara bertulis, memecat daripada jawatan, mulai dari suatu tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, mana-mana pegawai Bank;

(dd)

walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa batasan yang terkandung dalam dokumen konstituen Bank, dan, khususnya, walau apa pun apa-apa batasan dalamnya tentang bilangan minimum atau maksimum pengarah, kerana sebab-sebab yang akan direkodkan olehnya secara bertulis—

(i)

memecat daripada jawatan, mulai dari suatu tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, mana-mana pengarah Bank; atau

(ii)

melantik mana-mana orang sebagai pengarah atau pengarah-pengarah Bank, dan mengadakan peruntukan dalam perintah itu supaya orang atau orang-orang yang dilantik sedemikian dibayar oleh Bank, apa-apa saraan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; atau

(ee) melantik seseorang untuk menasihati Bank berhubungan dengan penjalanan perniagaannya dengan sepatutnya, dan mengadakan peruntukan dalam perintah itu supaya orang yang dilantik sedemikian dibayar oleh Bank, apa-apa saraan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) dan (1)(b) wujud berkenaan dengan Bank, maka Menteri boleh, sama ada atau tidak dia telah menjalankan mana-mana kuasanya di bawah perenggan (1)(aa), (1)(bb), (1)(cc), (1)(dd) atau (1)(ee)—

(a)

mengambil alih kawalan kesemua harta, perniagaan dan hal-ehwal Bank, atau mengambil alih kawalan apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal-ehwalnya, atau melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihaknya;

(b)

melantik mana-mana orang untuk menjalankan kesemua atau mana-mana bahagian perniagaan dan hal-ehwal Bank yang baginya kawalan telah diambil alih oleh Menteri;

(c)

memohon, atau memberikuasa kepada mana-mana orang melalui perintah yang disiarkan dalam Warta untuk memohon, kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik seorang penerima atau pengurus untuk menguruskan kesemua perniagaan, hal-ehwal dan harta Bank, atau apa-apa bahagian perniagaan, hal-ehwal dan harta itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan bagi segala perintah atau arahan Mahkamah Tinggi yang bersampingan, berdampingan atau yang berbangkit berhubungan dengan pelantikan itu sebagaimana yang, pada pendapat Menteri, perlu atau suaimanfaat; atau

(d)

mengemukakan, atau memberikuasa kepada manamana orang melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengemukakan, suatu petisyen kepada Mahkamah Tinggi bagi penggulungan Bank.

(3)

Kos dan perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengan pengambilalihan kawalan di bawah perenggan (2)(a) atau saraan orang yang dilantik di bawah perenggan itu atau perenggan (2)(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah kena dibayar daripada wang dan harta Bank sebagai gadaian pertama ke atasnya.

(4)

Sesuatu perintah Menteri di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh, dari semasa ke semasa, diubahsuaikan, dipinda, diubahpinda, diubah atau digantikan sama ada secara prospektif, atau jika ia bukannya tak praktik atau tak patut untuk berbuat demikian, secara retrospektif, melalui suatu perintah selanjutnya di bawah subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Tiada perintah di bawah subseksyen (1) atau (2), atau menurut kuasa subseksyen (4), boleh dibuat melainkan jika Bank, dan dalam hal sesuatu perintah di bawah perenggan (1)(cc) atau subperenggan (1)(dd)(i), juga pegawai atau pengarah yang hendak dipecat daripada jawatan, telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi-representasi terhadap, atau selainnya berkenaan dengan, perintah yang dicadangkan itu:

Dengan syarat bahawa jika pada pendapat Menteri, dalam hal sesuatu perintah yang hendak dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (1) atau (2), atau menurut kuasa subseksyen (4), apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan Bank, atau pendeposit-pendeposit atau pemiutang-pemiutangnya, atau orang awam secara am, perintah itu boleh dibuat terdahulu dan peluang untuk membuat representasi-representasi terhadap atau selainnya berhubungan dengan perintah itu hendaklah, dalam hal yang sedemikian, diberikan selepas sahaja perintah itu telah dibuat, dan perintah itu boleh, berbangkit daripada representasi-representasi itu sama ada disahkan, atau diubahsuaikan, dipinda, diubahpinda, diubah atau digantikan di bawah subseksyen (4), atau dibatalkan di bawah subseksyen (6), tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Menteri.

(6)

Sesuatu perintah Menteri yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau menurut kuasa subseksyen (4) boleh pada bila-bila masa dibatalkan melalui suatu perintah yang dibuat mengikut cara yang sama oleh Menteri dan apa-apa perintah itu boleh mengandungi perintah, arahan atau peruntukan yang bersifat bersampingan, berdampingan atau berbangkit, sebagaimana yang difikirkan perlu atau suaimanfaat oleh Menteri.

(7)

Jika Bank tidak mematuhi—

(a)

perenggan (1)(aa) atau (1)(bb), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan;

(b)

subperenggan (1)(dd)(ii) atau perenggan (1)(ee), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(8)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan (1)(aa) atau (1)(bb), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(9)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) atau (6) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Seseorang yang dilantik oleh Menteri di bawah subperenggan 49(1)(dd)(ii), perenggan 49(1)(ee), atau perenggan 49(2)(a) atau perenggan 49(2)(b) hendaklah dilantik bagi apa-apa tempoh yang diputuskan oleh Menteri, yang tidak melebihi, dalam apa-apa jua hal, dua tahun, tetapi boleh dilantik semula bagi tiga tempoh lagi yang berturut-turut tidak melebihi satu tahun setiap satunya, dan hendaklah, di sepanjang tempoh pelantikan atau pelantikan semula itu, memegang jawatannya mengikut kehendak Menteri.

(2)

Terma dan syarat sesuatu pelantikan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada perintah yang di bawahnya pelantikan itu dibuat, dan kepada subseksyen (1), diputuskan oleh Menteri dan hendaklah mengikat Bank.

(3)

Pelantikan pengarah atau pengarah-pengarah di bawah subperenggan 49(1)(dd)(ii) tidaklah menjejaskan mana-mana peruntukan dokumen konstituen yang membolehkan Bank mempunyai pengarah-pengarah tambahan jika bilangan maksimum pengarah yang dibenarkan di bawah dokumen konstituen belum lagi mencapai atau melebihi bilangan pelantikan atau pelantikan-pelantikan di bawah subperenggan 49(1)(dd)(ii).

(4)

Seseorang yang memegang apa-apa jawatan yang disebut dalam subseksyen (1) tidaklah boleh menanggung apa-apa obligasi atau liabiliti semata-mata oleh sebab dia memegang jawatan itu.

(5)

Jika seseorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan Bank oleh Mahkamah Tinggi di bawah perenggan $ 4 9 ( 2 ) ( c ) $ , maka segala kos, caj dan perbelanjaan yang patut, termasuk saraan, penerima atau pengurus itu hendaklah kena dibayar daripada aset-aset Bank dengan diberi kedahuluan daripada segala tuntutan lain.

(6)

Jika Bank tidak mematuhi subperenggan 49(1)(dd)(ii) atau perenggan 49(1)(ee), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Mana-mana pegawai atau pengarah yang dipecat daripada jawatan dalam Bank di bawah perenggan 49(1)(cc) atau subperenggan 49(1)(dd)(i) hendaklah terhenti memegang jawatan yang dia dipecat daripadanya mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, dan tidaklah boleh selepas itu memegang apa-apa jawatan lain dalam Bank atau, dengan apa-apa jua cara, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, bersangkut-paut dengan, atau mengambil bahagian atau terlibat dalam, apa-apa aktiviti, hal-ehwal atau perniagaan bagi atau berhubungan dengan Bank.

(2)

Pemecatan seseorang pegawai atau pengarah di bawah perenggan 49(1)(cc) atau subperenggan 49(1)(dd)(i) adalah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak perkhidmatan atau kontrak atau perjanjian yang lain, sama ada nyata atau tersirat, sama ada secara individu atau kolektif, dan sama ada dibuat atau diperuntukkan ataupun tidak di bawah manamana undang-undang bertulis, dan seseorang yang dipecat sedemikian daripada jawatan tidaklah berhak untuk menuntut apa-apa pampasan kerana kehilangan atau penamatan jawatan itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

(2)

Jika kawalan Bank telah diambil alih oleh Menteri atau oleh orang dilantik melalui perintah yang dibuat di bawah perenggan 49(2)(a)—

(a)

Menteri hendaklah terus mengawal harta, perniagaan dan hal-ehwal Bank, dan mana-mana orang yang dilantik olehnya di bawah perenggan 49(2)(b) hendaklah menjalankan perniagaan dan hal ehwal itu atas nama dan bagi pihak Bank sehingga suatu masa apabila pelantikan itu dibatalkan;

(b)

orang dilantik hendaklah terus mengawal harta, perniagaan dan hal-ehwal Bank, dan hendaklah menjalankan perniagaan dan hal-ehwal Bank atas nama dan bagi pihak Bank sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah yang melantiknya sehingga suatu masa apabila perintah itu dibatalkan di bawah subseksyen 49(6).

(3)

Di sepanjang tempoh kawalan Bank di bawah perenggan 49(2)(a), maka hendaklah terletakhak pada Menteri, atau pada orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, segala kuasa Bank, dan pengarahnya, di bawah dokumen konstituen Bank, atau yang boleh dijalankan oleh Bank atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau selainnya, tidak kira sama ada kuasa itu boleh dijalankan melalui resolusi, resolusi khas, atau mengikut apa-apa cara lain, dan apa-apa kesulitan yang berbangkit berhubungan dengannya bolehlah diselesaikan oleh Menteri melalui arahan secara bertulis.

(4)

Selama tempoh kawalan oleh Menteri atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 49(2)(a), tiada pengarah Bank boleh, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, terlibat dalam apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan Bank, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Menteri, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan daripada apa-apa jua jenis boleh terakru atau kena dibayar kepada mana-mana pengarah Bank, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki seperti yang disebutkan dahulu oleh Menteri, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa suatu pengambilalihankawalan di bawah perenggan 49(2)(a) tidaklah mempunyai kesan sebagai memberi kepada, atau meletakhakkan pada, Menteri, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa hakmilik kepada, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, apa-apa harta Bank yang dimaksudkan oleh perintah itu.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen konstituen Bank, jika Menteri, atau orang dilantik, telah, di bawah perenggan $ 4 9 ( 2 ) ( a ) $ mengambil alih kawalan Bank dan modal berbayar Bank telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset-aset yang ada, Menteri atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah bagi mengurangkan modal syer Bank dengan mengkensel apa-apa bahagian modal berbayarnya yang telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset-aset yang ada.

(2)

Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) untuk mengurangkan modal syer Bank, maka Mahkamah boleh—

(a)

atas permohonan Menteri, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

jika, apabila habisnya tempoh tiga puluh hari dari tarikh apa-apa panggilan yang dibuat oleh Bank kepada anggota-anggotanya supaya membayar syer mereka masing-masing, pembayaran bagi apa-apa syer tersebut belum lagi dibuat, juga memerintahkan supaya syer-syer itu yang pembayarannya belum lagi dibuat dikenselkan dengan sewajarnya.

(3)

Jika modal syer Bank dikurangkan menurut subseksyen (1), atau mana-mana syernya telah dikenselkan menurut subseksyen (2), maka Menteri, atau orang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyebabkan dokumen konstituen itu diubahpinda dengan sewajarnya.

(4)

Kuasa-kuasa yang diberikan kepada Menteri dan orang dilantik di bawah subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 64(1) Akta Syarikat 1965, dan jika sesuatu permohonan dibuat kepada Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)—

(a)

Mahkamah Tinggi boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 64 Akta Syarikat 1965 berhubungan dengan sesuatu permohonan bagi pengesahan yang disebut di dalamnya; dan

(b)

subseksyen 64(9) dan 64(10) Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai berhubungan dengannya.

(1)

Jika Menteri fikirkan bahawa Bank—

(a)

berkemungkinan tak berupaya menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya; atau

Menteri boleh—

(aa) memberi pinjaman kepada Bank bersandarkan cagaran syer Bank sendiri, atau mana-mana syer lain, atau apa-apa cagaran lain yang memadai;

(b)

hampir hendak menggantung pembayaran kepada apa-apa takat,

(bb) membeli apa-apa syer Bank bagi maksud mengawal perniagaan Bank ; atau

(cc)

memberi pinjaman kepada suatu institusi berlesen untuk membeli apa-apa syer, atau kesemua atau apa-apa bahagian harta dan liabiliti Bank.

(2)

Menteri, atau institusi berlesen yang kepadanya Menteri telah memberi pinjaman di bawah perenggan (1)(cc), hendaklah melupuskan apa-apa syer yang dibeli olehnya menurut subseksyen (1) pada masa apabila Menteri berpuas hati bahawa sebab-sebabnya yang syer-syer itu dibeli tidak wujud lagi.

Apa-apa sebutan dalam Bahagian ini mengenai Bank hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai—

(b)

seseorang yang dikawal oleh seorang pengarah atau pengarah-pengarah Bank, atau oleh orang yang bertindak bersama-sama dengan seorang pengarah atau pengarah-pengarah Bank.

(1)

Menteri boleh, jika difikirkannya berfaedah kepada kepentingan pendeposit Bank, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

melarang Bank daripada menjalankan kesemua perniagaannya, atau mana-mana bahagian daripada perniagaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

(b)

melarang Bank daripada melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan atau fungsi yang berkaitan dengan kesemua perniagaannya atau mana-mana bahagian daripada perniagaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

(c)

membenarkan mana-mana orang memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah menangguhkan selama tempoh tidak melebihi enam bulan permulaan atau penerusan kesemua, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan, tindakan dan prosiding yang bersifat civil oleh atau terhadap Bank mengenai kesemua perniagaan, atau apa-apa kelas, kategori atau perihalan perniagaan, Bank; atau

(d)

mengadakan peruntukan bagi segala perkara itu yang bersifat bersampingan, berdampingan atau berbangkit, atau yang baginya mungkin selainnya perlu atau suaimanfaat diadakan peruntukan, untuk melaksanakan perkara-perkara di bawah perenggan (a), (b) dan (c) termasuk peruntukan-peruntukan bagi mengambil harta, buku-buku, dokumen-dokumen atau barang-barang kegunaan Bank ke dalam jagaan atau kawalan Menteri.

(2)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh, dari semasa ke semasa, diubahsuaikan, dipinda, diubahpinda, diubah atau digantikan sama ada secara prospektif, atau jika ia bukannya tak praktik atau tak patut untuk berbuat demikian, secara retrospektif, melalui suatu perintah selanjutnya. di bawah subseksyen (1).

(3)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) tidaklah boleh dibuat melainkan jika Bank telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi-representasi terhadap, atau berhubungan dengan, perintah yang dicadangkan, dengan syarat bahawa jika apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan pendeposit, perintah itu boleh dibuat terlebih dahulu, dan peluang untuk membuat representasi hendaklah diberikan selepas sahaja perintah itu dibuat, dan berbangkit daripada representasi itu, perintah itu boleh, sama ada disahkan, atau diubahsuaikan, dipinda, diubah, diubahpinda, atau digantikan di bawah subseksyen (2), atau dibatalkan di bawah subseksyen (4), oleh Menteri.

(4)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau menurut kuasa subseksyen (2), boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri melalui suatu perintah, dan apa-apa perintah itu boleh mengandungi segala perintah, arahan atau peruntukan yang bersifat berdampingan, bersampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Menteri.

(1)

Jika Bank menjadi tak berupaya untuk menunaikan kesemua atau mana-mana obligasinya, atau menggantung bayaran kepada apa-apa takat, maka harta-harta Bank di Malaysia hendaklah tersedia ada untuk menunaikan semua liabiliti Bank berkenaan dengan deposit-deposit di Malaysia dengan diberi kedahuluan daripada semua liabiliti lain Bank di Malaysia.

(2)

Dalam memutuskan jumlah liabiliti Bank kepada seseorang di-bawah subseksyen (1), tiada perkiraan boleh diambil berkenaan dengan sesuatu deposit jika ia telah dibuat dengan Bank, atau yang diterima oleh Bank, berlanggaran dengan Akta ini selepas tarikh yang ditetapkan, atau jika ia telah selainnya dibuat atau diterima dengan menyalahi undangundang sama ada sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan.

(3)

Dalam memutuskan jumlah liabiliti Bank kepada seseorang di bawah subseksyen (1), maka hendaklah dipotong apa-apa hak tolakan yang telah wujud sebelum sahaja peruntukan-peruntukan subseksyen (1) menjadi terpakai baginya.

(4)

Peruntukan-peruntukan seksyen ini hendaklah mempunyai kuatkuasa walau apa pun apa-apa jua yang tak konsisten dengannya atau berlawanan dengannya dalam manamana undang-undang bertulis selain daripada Akta ini, atau dalam mana-mana hukum undang-undang.

Bahagian X

PENYIASATAN, PENGGELEDAHAN ATAU PEMERIKSAAN DAN PENYITAAN

(1)

Bagi maksud-maksud Bahagian ini, Menteri boleh melantik mana-mana orang sebagai seorang pegawai penyiasat.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas yang diberikan kepada pegawai penyiasat di bawah Akta ini.

(3)

Seseorang pegawai penyiasat hendaklah menjadi tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri atau manamana pegawai lain sebagaimana yang diberikuasa oleh Menteri untuk bertindak bagi pihaknya, dan mana-mana pegawai penyiasat atau pegawai-pegawai penyiasat lain yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, dan hendaklah menjalankan kuasa-kuasanya, melaksanakan fungsifungsinya, dan menunaikan tugas-tugasnya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi apa-apa arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan yang Menteri, atau seseorang pegawai yang diberikuasa untuk bertindak bagi pihaknya, atau seseorang pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi, boleh menentukan secara lisan atau secara bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.

(4)

Menteri, atau mana-mana pegawai yang diberikuasa oleh Menteri untuk bertindak bagi pihaknya, hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas seseorang pegawai penyiasat.

(5)

Seseorang pegawai penyiasat yang menjalankan apaapa pemeriksaan ke atas mana-mana orang di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar kepada orang yang sedang diperiksa.

(1)

Jika didapati oleh Majistret, daripada maklumat bertulis yang dibuat atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—

(a)

mana-mana premis telah digunakan atau sedang hendak digunakan bagi; atau

(b)

terdapat di dalam mana-mana premis keterangan yang diperlukan bagi membuktikan, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberikuasa pegawai penyiasat untuk, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan—

(aa) memasuki mana-mana premis dan di situ menggeledah, menyita dan menahan apa-apa harta, buku atau dokumen lain;

(bb) memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian;

(cc)

mengambil milik, dan memindahkan dari premis, apa-apa harta, buku atau dokumen lain yang disita dan ditahan sedemikian;

(dd)

memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu untuk mempermudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa harta, buku atau dokumen lain yang dijumpai pada orang itu;

(ee) memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apaapa artikel, bejana atau bekas; atau

(ff) memberhentikan,menahan atau menggeledah manama kenderaan.

(2)

Seseorang pegawai penyiasat boleh jika perlu untuk berbuat demikian—

(a)

memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu dan masuk ke dalamnya;

(b)

dengan kekerasan masuk ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya;

(c)

mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pengalihan yang dia mempunyai kuasa untuk melakukannya; atau

(d)

menahan semua atau mana-mana orang yang didapatinya dalam mana-mana premis, atau di dalam mana-mana kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis atau kenderaan itu telah digeledah.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), jika seseorang pegawai penyiasat mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa disebabkan kelengahan mendapatkan waran geledah maka—

(c)

buku, buku minit, daftar, dokumen, bahan, atau apa-apa benda lain yang dicari mungkin dialihkan atau diganggu; atau

(d)

keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan, dia boleh menjalankan, dalam dan berkenaan dengan premis itu, segala kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) secara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberikuasa berbuat demikian melalui waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Suatu senarai segala barang yang disita dalam menjalankan penggeledahan di bawah seksyen ini dan premis di mana barang tersebut masing-masingnya dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai penyiasat yang menjalankan penggeledahan itu dan ditandatangani olehnya.

(5)

Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), atau seseorang bagi pihaknya, hendaklah pada tiap-tiap ketika dibenarkan hadir semasa penggeledahan itu, dan suatu salinan senarai yang disediakan dan ditandatangani di bawah seksyen ini hendaklah diserahkan kepada penghuni atau orang itu atas permintaannya.

(6)

Seseorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—

(a)

pada penutupan penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripadanya; atau

(b)

dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada mana-mana pegawai Bank yang diberikuasa oleh Meniteri untuk bertindak bagi pihaknya bagi maksud ini, atau mana-mana pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, pada bila-bila masa sebelum penutupan penyiasatan, melepaskan mana-mana harta, buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau dialih olehnya atau mana-mana pegawai penyiasat lain, kepada mana-mana orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak di sisi undang-undang terhadap harta, buku atau dokumen lain itu jika dia berpuas hati bahawa ia tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(7)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai yang menyebabkan apa-apa pelepasan mana-mana harta, buku atau dokumen lain di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan pelepasan sedemikian dengan menyatakan dalamnya secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan sedemikian.

(8)

Jika pegawai penyiasat tidak dapat menentukan orang yang berhak di sisi undang-undang terhadap harta, buku atau dokumen lain itu atau jika terdapat lebih daripada satu pihak menuntut terhadap harta, buku atau dokumen lain itu, pegawai penyiasat hendaklah melaporkan perkara itu kepada Majistret yang hendaklah kemudiannya memperlakukan harta, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 413(2), (3) dan (4), dan seksyen 414, 415 dan 416 Kanun Prosedur Jenayah.

(1)

Seseorang pegawai penyiasat boleh memeriksa manamana orang yang pada dirinya pegawai penyiasat itu mempunyai sebab untuk percaya ada apa-apa harta, buku atau dokumen lain, atau artikel lain, yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan ke atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, dan bagi maksud pemeriksaan itu boleh menahan orang itu selama apa-apa tempoh yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan itu, yang tidaklah boleh, dalam mana-mana hal, melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran seorang Majistret, dan boleh memindahkan orang itu dalam jagaan ke mana-mana tempat yang perlu untuk mempermudahkan pemeriksaan itu.

(2)

Seseorang pegawai penyiasat yang melakukan pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa harta, buku atau dokumen lain, atau artikel, yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.

(3)

Tiada seorang orang perempuan pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 59 kecuali oleh seorang perempuan lain.

(1)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

enggan memberikan mana-mana pegawai penyiasat yang menjalankan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 59 atau 60, akses ke mana-mana premis atau bahagian premis itu, atau enggan membenarkan dirinya diperiksa;

(b)

menyerang, menggalang, menghalang atau melengah-lengahkan pegawai penyiasat itu masuk sedangkan dia berhak masuk;

(c)

tidak mematuhi apa-apa tuntutan yang sah daripada mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan tugas-tugasnya di bawah seksyen 59 atau 60;

(d)

enggan memberikan kepada seseorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang berkuasa diberikan olehnya;

(e)

tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seseorang pegawai penyiasat, apa-apa harta, buku, dokumen lain, atau artikel yang berhubungan dengannya pegawai penyiasat ada alasan-alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini;

(f)

menyelamatkan atau berusaha menyelamatkan apa-apa benda yang telah disita dengan wajar;

(g)

memberi kepada seorang pegawai penyiasat dengan mengatakan sebagai benar maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab bagi mempercayai adalah palsu; atau

(h)

sebelum atau selepas apa-apa penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk mengelakkannya daripada disita, atau didapatkannya.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Jika seseorang pegawai penyiasat menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik, apa-apa buku atau dokumen lain dalam menjalankan apa-apa kuasa di bawah Bahagian ini, dan buku atau dokumen lain itu atau apa-apa bahagiannya adalah dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, maka pegawai penyiasat itu boleh secara lisan atau secara bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas buku atau dokumen lain itu, supaya memberi kepada pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan akan buku atau dokumen lain itu dalam apa-apa tempoh yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, adalah munasabah memandangkan betapa panjangnya buku atau dokumen lain itu, atau hal keadaan lain yang berhubungan dengannya.

(2)

Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya memberi suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukannya suatu terjemahan yang tepat, atau dengan disedarinya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak tepat.

(3)

Jika orang yang dikehendaki memberi suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukannya orang yang disyaki telah melakukan kesalahan yang sedang disiasat, maka Menteri hendaklah membayar kepadanya fee yang munasabah bagi terjemahan itu.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Jika seseorang pegawai penyiasat mengesyaki manamana orang telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, maka dia boleh, jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksudmaksud penyiasatan ke atas kesalahan itu—

(a)

memerintahkan mana-mana orang secara lisan atau secara bertulis supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan oleh pegawai penyiasat itu berhubungan dengan apa-apa perkara yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu;

(b)

memerintahkan mana-mana orang secara lisan atau secara bertulis supaya mengemukakan di hadapan pegawai penyiasat itu buku-buku, dokumen-dokumen lain, harta, artikel-artikel, atau bendabenda yang boleh, pada pendapat pegawai penyiasat itu, membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu; atau

(c)

melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang supaya memberi suatu pernyataan bertulis yang dibuat atas sumpah atau ikrar yang menerangkan dalamnya segala maklumat sedemikian yang mungkin dikehendaki di bawah notis itu, yang merupakan maklumat yang, pada pendapat pegawai penyiasat itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan ke atas kesalahan itu.

(2)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (1)(b), atau suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(c), telah diberikan hendaklah mematuhi termaterma perintah atau notis bertulis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, khususnya—

(a)

seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah hadir mengikut terma-terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai penyiasat sehinggalah pemeriksaan itu selesai, dan hendaklah di sepanjang pemeriksaan tersebut mendedahkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya dia sedang diperiksa, sama ada apa-apa soalan dikemukakan kepadanya ataupun tidak mengenainya itu, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang yang dia tahu dan percaya, dan tidaklah boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan yang soalan itu mungkin menunjukkan dia atau suami atau isterinya, adalah bersalah;

(b)

seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) tidaklah boleh menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan, mengubahpinda, memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia, atau mengurusniagakan, membelanjakan, atau melupuskan, apa-apa buku, dokumen lain, harta, artikel, atau benda yang ditentukan dalam perintah itu, atau mengubahpinda atau merosakkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen lain yang tersebut atau menyebabkannya supaya dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukannya; dan

(c)

seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataannya yang dibuat atas sumpah atau ikrar, memberi dan mendedahkan dengan benar semua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada di dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya, dan tidaklah boleh gagal memberi atau mendedahkan maklumat itu atas alasan yang maklumat itu mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya adalah bersalah.

(3)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah atau notis diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis atau perintah tersebut dan peruntukan-peruntukan subseksyen (2) yang berhubungan dengannya, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada diperbuat sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, atau apa-apa sumpah, akujanji atau kehendak menyimpan rahsia, yang berlawanan, atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang berlawanan.

(4)

Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa harta, buku, dokumen lain, artikel, atau benda, menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang pertama disebutkan itu, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahannya atau yang sebagai ejen atau pekerjanya, orang yang pertama disebut itu mungkin bertindak, tidaklah boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa dakwaan kerana apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa apa-apa perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.

(5)

Seseorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menahan selama apa-apa jangka masa yang difikirkannya perlu, apa-apa harta, buku, dokumen lain, artikel atau benda yang dikemukakan di hadapannya semasa berjalannya sesuatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), atau memeriksa orang yang sedang diperiksa olehnya di bawah perenggan (1)(a), atau yang mengemukakan apa-apa benda kepadanya di bawah perenggan (1)(b), bagi maksud memastikan sama ada apa-apa benda yang relevan dengan penyiasatan itu yang ada pada diri orang itu disembunyikan, atau selainnya.

(6)

Sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah dijadikan dalam bentuk tulisan oleh pegawai penyiasat dan hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang yang sedang diperiksa, dan jika orang tersebut enggan menandatangani rekod itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya dengan menyatakan hal keengganan tersebut dan sebab-sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

(7)

Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa-apa harta, buku, dokumen lain, artikel atau benda yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya semasa berjalannya sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) atau di bawah sesuatu pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau hukum undang-undang yang berlawanan, menjadi bolehterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di mana-mana mahkamah—

(a)

bagi, atau berhubungan dengan, sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

bagi, atau berhubungan dengan, apa-apa perkara lain di bawah Akta ini; atau

(c)

bagi, atau berhubungan dengan, apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah diperiksa, atau yang mengemukakan harta, buku, dokumen lain, artikel atau benda, atau yang membuat pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar itu, atau terhadap mana-mana orang lain.

(8)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa-kuasa penyiasatan lain yang diberikan kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, kuasa-kuasa tersebut boleh dijalankan olehnya terhadap—

(i)

yang adalah sekutu perniagaan yang lalu atau sekarang;

(ii)

yang adalah atau pernah menjadi seorang saudara-mara;

(iii)

yang telah atau pernah membuat deposit dengan, atau yang adalah atau pernah menjadi seorang pemiutang;

(iv)

yang sedang atau telah bersangkut-paut dengan pengawalan atau pengurusan, keseluruhan atau sebahagian hal-ehwal; atau

(v)

yang mempunyai atau pernah mempunyai sesuatu kepentingan dalam syer, atau selainnya mempunyai atau pernah mempunyai sesuatu kepentingan dalam harta, orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

mana-mana sekutu perniagaan atau saudara-mara kepada orang yang disebut dalam perenggan (a); atau

(c)

mana-mana badan diperbadankan atau tak diperbadankan yang baginya mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a) ialah seorang pengarah atau pegawai atau, jika badan tersebut adalah suatu perbadanan, mempunyai suatu kepentingan dalam syer perbadanan itu.

Menteri boleh atas inisiatifnya sendiri, atau atas permintaan seseorang pegawai awam—

(a)

membekalkan kepada pegawai polis atau manamana pegawai awam lain satu salinan apa-apa buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 59 atau 60, atau apa-apa rekod pemeriksaan di bawah perenggan 63(1)(a), atau apa-apa pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat di bawah perenggan 63(1)(c), atau apa-apa buku atau dokumen lain yang dikemukakan di bawah perenggan 63(1)(b), atau selainnya semasa berjalannya apa-apa pemeriksaan di bawah perenggan 63(1)(a), atau di bawah apa-apa pernyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan 63(1)(c), dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan salinan bagi rekod, pernyataan, buku atau dokumen lain itu sebagaimana yang perlu atau suaimanfaat berhubungan dengan penjalanan kuasa-kuasanya, pelaksanaan fungsi-fungsinya, atau penunaian tugastugasnya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau

(b)

membenarkan seseorang pegawai polis atau manamana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa harta, buku, dokumen lain, artikel atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, dan pegawai polis atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang diperolehi dengan cara akses atau pemeriksaan sebagaimana yang perlu atau suaimanfaat berhubungan dengan penjalanan kuasakuasanya, pelaksanaan fungsi-fungsinya, atau penunaian tugas-tugasnya, berkenaan dengan manamana orang.

Seseorang pegawai penyiasat hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan, dan sebagai seorang pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Prosedur Jenayah, atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditetapkan oleh Menteri.

Bank Simpanan Nasional Berhad

Bahagian XI

MAKLUMAT DAN KERAHSIAAN

Tanpa menjejaskan kuasa-kuasa penyelidikan, pemeriksaan, penyiasatan atau siasatan yang diberi kepada Menteri atau kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan Menteri supaya menyiasat secara khusus hal-ehwal manamana pelanggan individu Bank.

(1)

Tiada pengarah atau pegawai Bank atau mana-mana ejen yang dilantik oleh Bank untuk mengusahakan manamana bahagian perniagaannya, sama ada sepanjang tempoh jawatannya, atau sepanjang tempoh pekerjaannya, atau selepas itu, dan tiada seorang pun yang kerana apa-apa jua sebab mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat, atau apa-apa dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal-ehwal atau, khususnya, akaun, mana-mana pelanggan tertentu Bank, boleh memberi, mengemukakan, menyiarkan, atau selainnya mendedahkan, kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal-ehwal atau akaun pelanggan tersebut.

(2)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa maklumat atau dokumen yang pada masa pendedahan itu tersedia ada, atau telahpun tersedia ada, menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain daripada Bank, atau bagi apa-apa maklumat yang berada dalam bentuk ringkasan atau kumpulan maklumat yang diterangkan mengikut apa-apa cara yang daripadanya itu tidak dapat memastikan maklumat yang berhubungan dengan Bank atau mana-mana pelanggan tertentu Bank.

(3)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara mendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada manamana orang lain.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Peruntukan-peruntukan seksyen 68 tidaklah terpakai bagi pendedahan apa-apa maklumat atau dokumen—

(a)

kepada Menteri atau kepada mana-mana pegawai Kerajaan atau kepada mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 88, jika pendedahan itu adalah bagi maksud menjalankan kuasa-kuasa, melaksanakan fungsi-fungsi atau menunaikan tugas-tugas Menteri, atau pegawai Kerajaan itu atau orang yang dilantik di bawah seksyen 88; atau

(b)

kepada mana-mana orang yang memberi perkhidmatan profesional kepada Menteri berhubungan dengan apa-apa perkara undang-undang, perakaunan, penilaian, atau apa-apa perkara lain yang memerlukan pengetahuan profesional, di mana dia dibenarkan secara bertulis oleh Menteri untuk mendapatkan maklumat daripada Bank bagi maksud perkhidmatannya kepada Menteri.

(1)

Peruntukan-peruntukan seksyen 68 tidaklah terpakai bagi pendedahan apa-apa maklumat atau dokumen—

(a)

yang pelanggan, atau wakil dirinya, telah memberi kebenaran secara bertulis untuk didedahkan;

(b)

dalam hal di mana pelanggan diisytiharkan bankrap, atau, jika pelanggan itu suatu perbadanan, perbadanan itu sedang atau telah digulung, di Malaysia atau di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia;

(c)

jika maklumat itu dikehendaki oleh pihak dalam suatu transaksi komersil secara bona fide, atau dalam suatu transaksi komersil prospektif secara bona fide, yang pelanggan itu juga menjadi satu pihak, untuk mentaksirkan kelayakan kredit pelanggan yang berhubungan dengan transaksi tersebut, dengan syarat bahawa maklumat yang dikehendaki itu adalah bersifat am dan tidak membolehkan butir-butir terperinci mengenai akaun atau hal-ehwal pelanggan itu dipastikan;

(d)

bagi maksud mana-mana prosiding jenayah atau berkenaan dengan apa-apa prosiding civil—

(i)

antara Bank dengan pelanggannya atau penjamin pelanggan yang berhubungan dengan transaksi pelanggan dengan Bank; atau

(ii)

antara Bank dengan dua pihak atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan mengenai wang dalam akaun pelanggan di mana Bank bertujuan mendapatkan relief dengan cara interplider;

(e)

jika Bank telah disampaikan dengan suatu perintah garnisan yang menahan wang dalam akaun pelanggan;

(f)

kepada ejen yang dilantik oleh Bank dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Menteri;

(g)

jika pendedahan sedemikian dikehendaki atau dibenarkan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini;

(h)

jika pendedahan sedemikian dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan untuk dibuat kepada seorang pegawai polis yang menyiasat apa-apa kesalahan di bawah undang-undang itu dan pendedahan sedemikian kepada pegawai polis itu adalah, bagaimanapun, terhad kepada akaun dan hal-ehwal orang yang disyaki melakukan kesalahan itu; atau

(i)

jika pendedahan sedemikian dibenarkan secara bertulis oleh Menteri.

(2)

Dalam apa-apa prosiding civil di bawah perenggan (1)(b) atau (1)(d) di mana apa-apa maklumat atau dokumen mungkin didedahkan berhubungan dengan akaun seseorang pelanggan, prosiding itu bolehlah, jika mahkamah, atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak dalam prosiding itu, memerintahkan sedemikian, diadakan secara tertutup dan, dalam hal yang sedemikian, maklumat atau dokumen itu hendaklah menjadi rahsia di antara mahkamah dengan pihakpihak dalam prosiding itu, dan tiada pihak itu boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada manamana orang lain.

(3)

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mahkamah, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau fotograf mana-mana pihak dalam prosiding sivil itu seperti yang disebut dalam subseksyen (2), atau apa-apa maklumat yang mungkin membawa kepada pengenalpastian pihak-pihak dalam prosiding itu, sama ada semasa berlangsungnya prosiding itu atau pada bila-bila masa selepas prosiding itu telah tamat.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (2) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menghadkan apa-apa kuasa yang diberi kepada Mahkamah Tinggi atau seseorang hakim Mahkamah Tinggi oleh Akta (Keterangan) Buku Banker 1949 atau melarang pematuhan kepada sesuatu perintah yang dibuat di bawah Akta itu.

Bahagian XII

KESALAHAN-KESALAHAN

(1)

Tiada seorang pun boleh, dengan niat untuk memperdaya—

(a)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu;

(b)

meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan ditinggalkan daripada dibuat, apaapa catatan; atau

(c)

mengubahpinda, membuat cabutan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan diubahpinda, dibuat cabutan, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan, dalam apa-apa buku atau rekod, atau dalam apa-apa laporan, helaian kertas, penyata atau apa-apa dokumen lain, yang berhubungan dengan perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, harta, aset, liabiliti atau akaun, Bank.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(1)

Tanpa menjejaskan subseksyen 10(2), 17(11), 25(2), 32(3), 33(3), 34(2), 35(9), 36(5), 37(5), 38(2), 40(4), 42(2), 43(3), 47(3), 48(2), 49(6) dan 90(6), jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh Bank, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank adalah melakukan kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut "prinsipal" dalam subseksyen ini) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran di bawah Akta ini, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiaptiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pengkhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pengkhidmat ejen itu:

Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pengkhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pengkhidmat ejen itu dalam menjalankan kerjanya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Adalah menjadi pembelaan bagi mana-mana orang yang dipertuduh dengan kesalahan disebabkan oleh menjadi orang yang bertanggungjawab bagi Bank untuk membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankan, memandang kepada jenis fungsifungsinya dalam jawatan yang dipegang itu dan kepada segala hal keadaan.

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, jika seseorang dipertuduh atas lebih daripada satu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dipertuduhkan dengan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi seberapa banyak kesalahan yang dilakukan dalam jarak masa tidak kira apa jua pun tempohnya.

(1)

Menteri boleh, dalam hal di mana difikirkannya layak dan patut untuk berbuat demikian dan tertakluk kepada keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya terlebih dahulu, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu dengan membayar kepada Menteri dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan dalam tawaran itu yang tidaklah boleh melebih lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum (termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan) yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Apa-apa wang yang dibayar kepada Menteri menurut peruntukan-peruntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(3)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau apa-apa perlanjutan masa yang boleh diberikan oleh Menteri, pendakwaan kerana kesalahan itu boleh dimulakan pada bilabila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), maka tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaunkan kesalahan itu telah dibuat.

Tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tanpa sanksi bertulis Pendakwa Raya.

Tiap-tiap kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu kesalahan boleh tangkap, dan seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada pangkat Inspektor, atau seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen 58(1), boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki olehnya telah melakukan atau adalah melakukan apa-apa kesalahan tersebut.

Seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen 58(1) yang membuat penangkapan di bawah seksyen 78 hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang berhampiran atau, jika tidak ada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang berhampiran, dan, selepas itu, orang yang ditangkap sedemikian hendaklah diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undangundang yang berhubungan dengan prosedur jenayah yang sedang berkuatkuasa seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.

(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

(b)

membuat apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau

(c)

bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah-istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berikutan dengan komplot itu, adalah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2)

Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengandungi sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan tertentu Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubungan dengan kesalahan di bawah peruntukan tertentu itu.

Mana-mana orang yang melanggar—

(b)

apa-apa penentuan atau kehendak yang dibuat, atau apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk atau notis yang diberi, atau apa-apa had, terma, syarat atau sekatan yang dikenakan, atau apa-apa perkara lain dilakukan, pada menjalankan manamana kuasa yang diberi di bawah, menurut, atau menurut kuasa, mana-mana peruntukan Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan di bawah peruntukan tersebut, dan jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata bagi kesalahan itu dalam Akta ini, boleh apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan dalam hal kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, dihukum denda harian yang tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan.

Bahagian XIII

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM

(1)

Jika, bagi maksud menjalankan mana-mana kuasanya, melaksanakan mana-mana fungsinya, atau menunaikan mana-mana tugasnya, di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, Menteri berkehendakkan apa-apa maklumat daripada Bank atau daripada mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan Bank, mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan Bank atau perbadanan tersebut, maka Bank atau perbadanan tersebut, hendaklah mengemukakan maklumat tersebut kepada Menteri.

(2)

Jika maklumat yang didapatkan oleh Menteri di bawah subseksyen (1) adalah berhubungan dengan akaun atau halehwal mana-mana pelanggan Bank atau perbadanan yang membekalkan maklumat, maka maklumat itu hendaklah menjadi rahsia di antara Menteri dengan Bank atau perbadanan yang membekalkannya, kecuali jika ia hendak digunakan bagi maksud mendakwa mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh dibuat atau dibawa, dimulakan, atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—

(c)

mana-mana pegawai atau pekerja mana-mana Kerajaan tersebut, sama ada secara peribadi atau atas sifat rasminya; atau

(d)

mana-mana orang yang bertindak menurut undang-undang bagi pihak mana-mana Kerajaan tersebut, atau bagi pihak Menteri, atau bagi pihak manamana pegawai atau pekerja tersebut, sama ada secara peribadi atau atas sifatnya sebagai seseorang yang bertindak bagi pihak yang sedemikian, bagi atau oleh kerana, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau pada melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan akan, Akta ini, atau apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk, notis atau apa-apa benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa perbuatan tersebut atau pernyataan tersebut telah dilakukan atau dibuat, atau ditinggal daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini—

(a)

mana-mana anggota pentadbiran Kerajaan atau sesuatu Kerajaan Negeri hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Kerajaan itu masing-masing; dan

(b)

mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Kerajaan.

(3)

Dalam subseksyen (2) "anggota pentadbiran" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.

(1)

Jika Menteri berpendapat bahawa apa-apa pernyataan yang dibuat dalam sesuatu iklan yang diterbitkan oleh Bank adalah palsu, memperdayakan, menyinggung perasaan atau mengelirukan, Menteri boleh melalui notis secara bertulis mengarahkan Bank supaya melakukan kesemua atau manamana daripada yang berikut:

(b)

mengubahsuaikan iklan itu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

(c)

memberhentikan pengeluaran apa-apa iklan yang, pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya, adalah ulangan iklan itu;

(d)

mengambil segala langkah yang praktik untuk menarik balik iklan itu daripada tiap-tiap dan segala penerbitan atau penayangannya; atau

(e)

menyiarkan suatu pernyataan mengikut cara yang serupa dengan iklan yang diterbitkan terdahulu untuk menarik balik atau mengubahsuaikan iklan sedemikian.

(2)

Menteri boleh membatalkan atau meminda apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melalui suatu notis secara bertulis kepada Bank.

(3)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(1)

Tiada pengarah, pegawai atau ejen Bank atau manamana orang lain yang menerima apa-apa pembayaran atau saraan atas apa-apa sifat, profesional atau selainnya, daripada Bank, boleh, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, meminta atau menerima, atau mengizinkan atau bersetuju untuk menerima, apa-apa alang, komisen, emolumen, gratuiti, wang, harta, tanda atau benda yang bernilai, atau apa-apa perkhidmatan, kemudahan atau faedah tak ketara lain, sama ada bagi faedah atau kebaikan dirinya sendiri atau bagi faedah atau kebaikan mana-mana orang lain, daripada mana-mana orang selain daripada Bank, bagi mendapatkan atau cuba mendapatkan bagi mana-mana orang—

(b)

pembelian atau pendiskaunan apa-apa draf, wang kertas,cek,bil pertukaran atau obligasi lain oleh Bank;

(c)

kebenaran untuk mengeluarkan terlebih apa-apa akaun dengan Bank; atau

(d)

apa-apa benda lain yang berhubungan dengan perniagaan atau hal-ehwal Bank.

(2)

Peruntukan subseksyen (1) tidaklah dengan apa-apa jua cara mengurangkan, dan hendaklah tanpa menjejaskan, mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan rasuah atau suapan yang menyalahi undang-undang.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(1)

Bank hendaklah berunding dengan Menteri sebelum menjalankan perniagaan bank Islam atau perniagaan kewangan Islam.

(2)

Menteri boleh, dengan perundingan dengan Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 mengeluarkan arahan bertulis kepada Bank mengenai perkara yang berkaitan dengan perniagaan bank Islam atau apa-apa perniagaan kewangan Islam yang lain dan Bank hendaklah mematuhi arahan bertulis itu.

(3)

Bank boleh, dalam menjalankan perniagaan bank Islam atau perniagaan kewangan Islam, meminta nasihat Majlis Penasihat Syariah mengenai pengendalian perniagaannya untuk memastikan bahawa ia tidak melibatkan mana-mana elemen yang tidak dibenarkan oleh agama Islam.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

"perniagaan bank Islam" mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Bank Islam 1983; dan

(b)

"perniagaan kewangan Islam" ertinya apa-apa perniagaan kewangan Islam, yang tujuan dan pengendaliannya, tidak melibatkan elemen yang tidak dibenarkan oleh agama Islam.

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suaimanfaat untuk memberi kesan penuh kepada peruntukan Akta ini, untuk menjalankan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan lebih lanjut, lebih baik atau lebih mudah.

Menteri boleh, sama ada secara am atau dalam manamana hal yang tertentu, melantik mana-mana orang yang bukan seorang pegawai Kerajaan, untuk memberi apa-apa bantuan sebagaimana yang ditentukannya dalam menjalankan kuasa-kuasanya, melaksanakan fungsi-fungsinya, atau menunaikan tugas-tugasnya, di bawah Akta ini.

Pada melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, Bank adalah tertakluk kepada perlindungan seorang jurubank di bawah Akta Bil Pertukaran 1949.

(1)

Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui notis dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan bagi Bank.

(2)

Bank tidaklah boleh menjalankan apa-apa perniagaan dengan orang awam pada mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan bagi Bank di bawah peruntukan subseksyen (1).

(3)

Sesuatu hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan di bawah peruntukan subseksyen (1) tidaklah semestinya menjadi hari kelepasan am dan tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan peruntukan manamana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hari kelepasan am.

(4)

Apa-apa sebutan mengenai hari kelepasan bagi Bank dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah termasuk—

(a)

mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai hari kelepasan di bawah peruntukan subseksyen (1); dan

(b)

mana-mana hari yang adalah hari kelepasan am mengikut pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hari-hari kelepasan am.

(5)

Jika Bank tidak mematuhi subseksyen (1), ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

(6)

Jika Bank melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (5), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah orang yang bertanggungjawab bagi Bank, adalah juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Bank, yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 adalah tertakluk kepada peruntukan Akta itu dan juga kepada peruntukan Akta ini, tetapi jika terdapat apaapa percanggahan atau ketakkonsistenan antara peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta ini dalam pemakaiannya masing-masing bagi Bank, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi.

Pengecualian.

Akta 276.

Akta 372.

Akta Bank Islam 1983 dan seksyen 25,26,27 dan 28 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 tidaklah terpakai bagi Bank selagi Bank dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan.

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, tiada kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh atau dengan Bank Simpanan Nasional sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini tetapi yang pada masa ini melanggar Akta ini adalah terbatal semata-mata oleh sebab pelanggar itu.

(1)

Akta Bank Simpanan Nasional 1974 adalah dimansuhkan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana peraturan yang dibuat di bawah atau mengikut Akta termansuh itu hendaklah setakat yang ia tidak tak konsisten dengan Akta ini, terus berkuatkuasa sehingga dimansuhkan, dibatalkan atau digantikan dengan peraturan-peraturan baru yang dibuat di bawah Akta ini.

Common questions

What is Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa)?
Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) is Malaysia Act, cited as Act 571 1997, currently marked pending and first recorded in 1997.
Is Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) still in force?
Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) is currently marked “Pending”.
When did Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) take effect?
Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) was first recorded in 1997.
How many sections does Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) have?
Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) contains 94 sections.
Where can I read the official version of Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa)?
The official text of Akta Bank Simpanan Nasional Berhad 1997 (Belum Berkuat Kuasa) is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Bank Simpanan Nasional Berhad… (No. 571) | mylaw.my