/akn/my/act/act/1999/594

*AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1999
Sections
41
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 is Malaysia Act, cited as Act 594 1999, currently marked in force and first recorded in 1999.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan pelancongan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [22 Jun 2000, P.U. (B) 198/2000] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

* CATATAN—Akta ini terhenti pemakaiannya bagi Semenanjung Malaysia mulai 31 Januari 2011

berbangkit daripada pembuatan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] dan Akta

Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]—lihat seksyen 4 Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan

(Pindaan) 2010 [Akta A1374].

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

“bas persiaran” ertinya bas yang digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong dan sebagai balasan bagi suatu bayaran yang tiada peringkat tambang;

“kenderaan” ertinya sesuatu struktur bermotor yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;

“kenderaan dibenarkan”, berhubungan dengan sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini, ertinya kenderaan yang dinyatakan dalam lesen dan yang dibenarkan untuk digunakan di bawah lesen itu;

“kenderaan motor” ertinya apa-apa jenis kenderaan, yang digerakkan oleh jentera yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya dapat digunakan di atas jalan dan termasuklah rumah bermotor yang ditarik;

“kenderaan pelancongan” ertinya sesuatu bas persiaran atau kereta sewa dan pandu;

“kereta sewa dan pandu” ertinya sesuatu kenderaan motor yang disewakan bagi maksud dipandu oleh penyewa atau penamanya sama ada seorang pelancong atau bukan pelancong, dan digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong atau pelancong-pelancong;

“Ketua Pegawai Polis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Polis 1967 [Akta 344] dan termasuklah mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pegawai Polis untuk menjalankan kuasa-kuasa yang terletak hak pada seorang Ketua

Pegawai Polis oleh Akta ini;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah bagi Pengangkutan Jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pengangkutan Jalan 1987

[Akta 333] dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan

Timbalan Pengarah;

“Ketua Setiausaha” ertinya Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 9

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan termasuklah lesen jangka pendek yang dikeluarkan di bawah seksyen 9;

“Menteri”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 40 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482];

“pegawai pengangkutan jalan” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi pegawai pengangkutan jalan di bawah seksyen 3

Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“pegawai polis” termasuklah seorang pegawai polis tambahan, pegawai polis simpanan sukarela atau pegawai polis bantuan yang dilantik di bawah Akta Polis 1967;

“pelancong” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Industri Pelancongan 1992;

“pemandu” ertinya orang yang sedang memandu sesuatu kenderaan motor;

“pemunya”, berhubungan dengan sesuatu kenderaan motor yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah Akta Pengangkutan

Jalan 1987, ertinya pemunya berdaftar kenderaan itu;

“pemunya berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya sesuatu kenderaan motor di bawah Akta Pengangkutan

Jalan 1987;

“pengusahaan pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Industri Pelancongan 1992;

“perniagaan kenderaan pelancongan”

ertinya perniagaan mengendalikan atau menyewakan kenderaan pelancongan;

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Pelancongan yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Industri Pelancongan 1992;

“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Syarikat 1965 [Akta 125].

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

Seksyen 3

Pewakilan kuasa Pesuruhjaya

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana kuasa atau fungsi diwakilkan kepada mana-mana pegawai awam di bawah subseksyen (1), apa-apa sebutan mengenai “Pesuruhjaya” dalam Akta ini hendaklah termasuk sebutan mengenai pegawai awam itu.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN

Suggest a correction

Kenderaan pelancongan hendaklah dilesenkan

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan hendaklah, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu terus dilakukan.

Permohonan bagi lesen

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan dan Pesuruhjaya boleh, secara lisan atau bertulis pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu diputuskan, menghendaki pemohon supaya memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 11

sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi lesen itu.

Suggest a correction

(3)

Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan pemohon untuk membuat permohonan baru.

Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;

Suggest a correction

(b)

memberikan lesen daripada kelas yang berlainan atau dengan muatan penumpang yang hendak dibawa yang berlainan daripada yang dinyatakan dalam permohonan itu; atau

Suggest a correction

(2)

Seseorang boleh memegang dua lesen atau lebih, sama ada daripada kelas yang sama atau kelas yang berlainan.

Pembatalan atau penggantungan lesen

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau mana-mana syarat lesen telah tidak dipatuhi;

Suggest a correction

(b)

pemberian lesen telah didorongi oleh nyataan palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

Suggest a correction

(c)

kenderaan pelancongan itu telah digunakan atau dicadang hendak digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau maksud asal yang baginya lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud; atau

Suggest a correction

(d)

pengusahaan pelancongan yang menjalankan atau yang mengendalikan perniagaan kenderaan pelancongan itu telah berhenti daripada menjalankan atau mengendalikan apa-apa perniagaan pelancongan atas pembatalan atau penggantungan atau kegagalan untuk memperbaharui lesennya bagi pengusahaan pelancongan di bawah Akta

Industri Pelancongan 1992.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pesuruhjaya tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen atas alasan pelanggaran yang disebut dalam perenggan (a) atau (c) melainkan jika dia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang mahu dibuatnya, bahawa lesen itu patut dibatalkan atau digantung kerana kerapnya berlaku pelanggaran, atau pelanggaran itu dilakukan dengan sengaja, atau oleh sebab bahaya kepada orang awam akibat daripada pelanggaran itu.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), pelanggaran mana-mana syarat yang disebut dalam seksyen 11 hendaklah disifatkan sebagai pelanggaran yang mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu lesen telah dibatalkan atau digantung, lesen itu tidak akan mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan atau semasa tempoh penggantungan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Tempoh lesen

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila sesuatu lesen diberikan, Pesuruhjaya hendaklah menyatakan tarikh yang lesen itu akan berkuat kuasa dan tarikh habis tempoh lesen itu, dan tarikh-tarikh itu hendaklah dimasukkan ke dalam lesen itu apabila lesen itu dikeluarkan.

Suggest a correction

(3)

Jika pada tarikh habis tempoh lesen, selain lesen jangka pendek yang diberikan di bawah seksyen 9, prosiding di hadapan

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 13

Pesuruhjaya tentang permohonan pemegang lesen bagi pembaharuan lesen di bawah seksyen 12 masih belum selesai, lesen itu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga permohonan itu dibereskan tetapi sementara itu tanpa menjejaskan penjalanan kuasa penggantungan atau pembatalan yang diberikan oleh Akta ini.

Lesen jangka pendek

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lesen jangka pendek terhenti berkuat kuasa dari tarikh

Pesuruhjaya memberikan keputusannya atas permohonan itu dan tidak sekali-kali boleh berkuat kuasa lebih daripada enam bulan.

Syarat-syarat yang boleh dilampirkan kepada lesen

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam hal sesuatu kenderaan dibenarkan yang merupakan suatu bas persiaran, jadual perjalanan bas persiaran itu dan senarai penumpang dengan nombor kad pengenalan atau pasport mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang akan dibawa di dalam bas itu, dan kedua-duanya boleh diperiksa;

Suggest a correction

(c)

kehendak bahawa hanya pemegang lesen atau orang yang berkelayakan sahaja boleh memandu atau mengendalikan kenderaan dibenarkan;

Suggest a correction

(d)

kehendak bahawa peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan pelakuan pemandu kenderaan pelancong, dipatuhi;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

Suggest a correction

(e)

kehendak bahawa pemegang lesen mestilah menyimpan dan menunjukkan akaun, dokumen dan rekod tertentu apabila diminta untuk pemeriksaan dan penentusahan.

Suggest a correction

(2)

Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa menurut budi bicaranya, menambah, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dilampirkan kepada sesuatu lesen di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen, atau mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan pelancongan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini, yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dilampirkan kepada lesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Syarat-syarat berkanun lesen

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

bahawa kenderaan pelancongan itu disenggarakan dalam keadaan baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

Suggest a correction

(b)

bahawa apa-apa peruntukan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan had kelajuan dan berat kenderaan, dengan muatan dan tanpa muatan, dipatuhi berhubungan dengan kenderaan pelancongan.

Suggest a correction

(2)

Pemegang lesen, atau mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah

Akta ini, yang tidak mematuhi mana-mana syarat di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 15

Permohonan bagi pembaharuan lesen

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga puluh hari, tetapi tidak lebih daripada enam puluh hari, sebelum tarikh habis tempoh lesen dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(3)

Fi yang ditetapkan hendaklah kena dibayar apabila permohonan itu diluluskan.

Suggest a correction

(4)

Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen dikemukakan, pemegang lesen hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen mengembalikan lesen itu kepada Pesuruhjaya.

Permohonan bagi pengubahan

Suggest a correction

Seksyen 13

Apabila pemegang lesen memohon pengubahan syarat-syarat lesen, Pesuruhjaya boleh—

Open as pageSuggest a correction

(a)

meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;

Suggest a correction

(c)

memerintahkan apa-apa pengubahan mana-mana syarat selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

Perlindungan kepentingan awam

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Melainkan jika diperuntukkan selainnya secara nyata, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan memberi pemegang lesen apa-apa hak untuk meneruskan apa-apa faedah yang timbul daripada peruntukan-peruntukan Akta ini, atau daripada apa-apa lesen yang diberikan atau yang disifatkan diberikan atau daripada apa-apa syarat yang dikenakan pada mana-mana lesen itu.

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(a)

keengganan Pesuruhjaya untuk melesenkan mana-mana kenderaan pelancongan di bawah perenggan 6(1)(c)

atau untuk membaharui mana-mana lesen sedemikian di bawah seksyen 12;

Suggest a correction

(b)

apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pesuruhjaya; atau

Suggest a correction

(c)

pembatalan atau penggantungan mana-mana lesen di bawah seksyen 7, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis keengganan atau pembatalan atau penggantungan itu disampaikan kepada orang itu.

Suggest a correction

(2)

Keputusan

Menteri mengenai sesuatu rayuan adalah muktamad.

Kesahan lesen dilanjutkan dalam rayuan yang berjaya

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 8, jika Menteri membenarkan sepenuhnya sesuatu rayuan terhadap pembatalan lesen di bawah Akta ini, kesahan lesen itu hendaklah dilanjutkan selama suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang lesen itu tidak mempunyai kuat kuasa dan tempoh lanjutan itu hendaklah dimasukkan ke dalam lesen.

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 17

Seksyen 17

Larangan terhadap permohonan yang serupa apabila permohonan terdahulu masih dalam rayuan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sekiranya mana-mana lesen diberikan, sama ada hasil daripada rayuan atau permohonan yang kemudian itu, atau kedua-duanya, lesen yang diberikan sedemikian hendaklah terbatal dan tidak mempunyai kuat kuasa.

Penyerahan balik lesen

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang tidak menyerahkan balik lesennya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

KESALAHAN DAN PENALTI

Suggest a correction

Larangan terhadap penggunaan kenderaan pelancongan yang tidak berlesen

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan berhubungan dengan lesen yang digantung

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Pemegang lesen yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan sebagai kenderaan pelancongan semasa lesen berkenaan dengan kenderaan itu digantung di bawah seksyen 7 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 21

Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah didedahkan oleh pemohon

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa lesen lain yang dikeluarkan kepadanya di bawah

Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;

Suggest a correction

(b)

apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemohon dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan untuk membawa pelancong untuk sewa atau upah di dalam Malaysia;

Suggest a correction

(c)

apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh orang lain dalam perniagaan pemohon dan dalam hal pemohon yang merupakan suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana pemohon yang tidak mendedahkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau membekalkan apa-Pelesenan Kenderaan Pelancongan 19

apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Maklumat yang diminta oleh Pesuruhjaya daripada pemegang lesen

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa perjanjian atau perkiraan yang menyentuh dalam apa-apa hal material penyediaan kemudahan untuk membawa pelancong untuk sewa atau upah yang akan dibuat oleh pemegang lesen dengan mana-mana orang lain yang akan menyediakan kemudahan-kemudahan sedemikian, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

Suggest a correction

(b)

apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemegang lesen dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan untuk membawa pelancong untuk sewa atau upah di dalam Malaysia;

Suggest a correction

(c)

apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaan pemegang lesen, dan dalam hal pemegang yang merupakan suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang enggan atau tidak membekalkan, dalam masa yang ditetapkan, apa-apa maklumat yang dikehendaki dibekalkan olehnya di bawah subseksyen (1) atau membekalkan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

Pengubahan kenderaan dibenarkan

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pindah hakmilik lesen dilarang

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kecuali dengan persetujuan Pesuruhjaya terlebih dahulu, pemegang lesen tidak boleh melantik seseorang ejen atau wakil bagi maksud menjalankan mana-mana hak yang diberikan kepada pemegang lesen dan tidak boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana ejen atau wakil sedemikian menjalankan mana-mana hak sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Pemegang sesuatu lesen yang berupa untuk memindahkan hakmilik atau menyerah hak lesen atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan sesuatu kenderaan dibenarkan atau mengadakan perkhidmatan yang dibenarkan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(4)

Pesuruhjaya boleh membenarkan pindah hakmilik lesen jika sesuatu syarikat yang merupakan pemegang lesen dilikuidasikan atau seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen atau jika kerana apa-apa sebab

Pesuruhjaya berpuas hati bahawa tidak adil jika tidak dilakukan sedemikian.

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 21

Rekod dan penyata

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menjadi kewajipan pemegang lesen itu untuk menyimpan apa-apa rekod berhubungan dengan penggunaan kenderaan dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Pesuruhjaya atau Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis, menghendaki pemegang lesen supaya mengemukakan apa-apa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen-dokumen yang lain, pada bila-bila masa dan tempat, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan supaya memberi Pesuruhjaya, Ketua Pengarah, pegawai diberi kuasa atau pegawai pengangkutan jalan kemudahan-kemudahan yang munasabah bagi meneliti dan memeriksa rekod, akaun, penyata kewangan dan statistik atau dokumen-dokumen yang lain itu dan memuaskan hatinya tentang kesempurnaan dan ketepatannya.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pernyataan palsu

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(a)

bagi maksud mendapatkan di bawah Akta ini pemberian apa-apa jenis atau perihalan lesen bagi dirinya atau mana-mana orang lain atau mana-mana lesen sedemikian, atau bagi maksud menghalang pemberian atau pengubahan mana-mana lesen sedemikian atau mendapatkan pengenaan apa-apa syarat atau sekatan berhubungan dengan mana-mana lesen sedemikian, membuat apa-apa pernyataan atau perisytiharan yang pada pengetahuannya adalah palsu atau

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;

Suggest a correction

(b)

memberikan apa-apa butir berhubungan dengan sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah Akta ini yang pada pengetahuannya adalah palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material;

Suggest a correction

(c)

membuat apa-apa catatan dalam rekod, daftar atau dokumen yang lain yang dikehendaki dikeluarkan, disimpankan, disenggarakan atau diberikan di bawah Akta ini yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Dalam apa-apa pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis adalah palsu atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, butir, penyata, akaun, dokumen atau pernyataan bertulis itu adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam apa-apa hal material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau menyediakannya.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang—

(a)

memalsukan, mengubah, mengganggu, merosakkan, mencacatkan atau menggunakan, atau meminjamkan kepada atau membenar untuk digunakan oleh mana-mana orang lain, apa-apa tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini supaya dibawa di atas atau dipamerkan pada kenderaan pelancongan atau pada lesen;

Suggest a correction

(b)

membuat atau mempunyai dalam miliknya apa-apa tanda, plat atau dokumen yang hampir-hampir menyerupai apa-apa tanda, plat atau dokumen sedemikian dengan tujuan untuk memperdaya;

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 23

Suggest a correction

(c)

mengubah apa-apa catatan yang dibuat dalam sesuatu daftar, lesen atau dokumen lain yang dikeluarkan atau disimpan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambah, atau apa-apa tiruan bagi sesuatu lesen, tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya dibawa di atas atau dipamerkan pada sesuatu kenderaan pelancongan;

Suggest a correction

(e)

mempamerkan pada mana-mana kenderaan motor apa-apa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang melambangkan kenderaan pelancongan yang bukan kepunyaan kenderaan motor itu;

Suggest a correction

(f)

menyediakan atau menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan rekod-rekod palsu yang tidak dikehendaki disenggarakan di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(g)

memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod-rekod yang dikehendaki diberikan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Walau apa pun perenggan (3)(d), seseorang tidak boleh didapati bersalah atas suatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa dia telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk menganggap bahawa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen itu telah diubah, diganggu, dirosakkan, dicacatkan atau ditambah, atau bahawa lesen, tanda, plat atau dokumen itu ialah lesen, tanda, plat atau dokumen tiruan.

Suggest a correction

(5)

Jika mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu dokumen yang dibawa di dalam sesuatu kenderaan pelancongan atau apa-apa lesen atau rekod atau dokumen lain yang dikemukakan kepadanya oleh pemandu atau orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kenderaan pelancongan menurut Akta ini, ialah dokumen yang berhubungan dengannya suatu kesalahan

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

telah dilakukan di bawah seksyen ini, pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu boleh menyita dokumen, lesen atau rekod itu.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” termasuklah lencana dan

“menyita” termasuklah “menanggalkan daripada kenderaan itu”.

Liabiliti pemunya berdaftar dan orang lain

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan di bawah Akta ini oleh mana-mana pertubuhan perbadanan merupakan pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpama yang lain pertubuhan perbadanan itu, atau berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya secara nyata, apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pengkhidmat, ejen atau pekongsi pemunya sesuatu kenderaan pelancongan hendaklah, bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, disifatkan sebagai perbuatan atau peninggalan pemunya, melainkan jika dia memuaskan hati mahkamah bahawa dia telah mengambil segala langkah dan pencegahan yang munasabah untuk mencegah perbuatan atau peninggalan itu.

Suggest a correction

(4)

Sekiranya apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh mana-mana pengkhidmat, ejen atau pekongsi pemunya sesuatu kenderaan pelancongan boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika dilakukan oleh pemunya, pengkhidmat, ejen atau pekongsi itu juga melakukan kesalahan itu.

Kuasa polis dalam penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 28

Tiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini boleh menjalankan apa-apa atau segala kuasa khas yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes-kes boleh tangkap

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 25

yang diberikan kepada pegawai polis itu di bawah Bab XIII Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593] dan seksyen 112 hingga 114 Kanun itu hendaklah terpakai bagi pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa dalam perjalanan penyiasatan itu.

Seksyen 29

Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh seseorang pegawai pengangkutan jalan supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi permintaan itu atau menyatakan sebagai benar apa-apa maklumat yang diketahuinya atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(3)

Apabila apa-apa maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai pengangkutan jalan dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah boleh menjadi pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan, atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau tipuan.

Pemulaan pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Seksyen 31

Bidang kuasa membicarakan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, suatu Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa membicarakan apa-apa kesalahan di bawah

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

Akta ini dan boleh menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian.

Seksyen 32

Peruntukan tentang keterangan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini perlu dibuktikan bahawa mana-mana orang ialah, atau bukan, pemegang sesuatu lesen, suatu perakuan yang berupa ditandatangani oleh Pesuruhjaya dan menentusahkan bahawa seseorang itu ialah atau bukan, pemegang lesen, boleh diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta yang ditentusahkan dalam perakuan itu, tanpa bukti mengenai tandatangan Pesuruhjaya bagi perakuan itu.

Anggapan

Suggest a correction

Seksyen 33

Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini, setakat yang perlu untuk membuktikan kesalahan yang dipertuduhkan, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan selainnya—

(a)

bahawa apa-apa pembawaan pelancong di dalam sesuatu kenderaan pelancongan adalah untuk sewa atau upah;

Suggest a correction

(b)

bahawa pelancong yang dibawa di dalam sesuatu kenderaan pelancongan dibawa sebagai balasan bagi satu bayaran atau bayaran yang berasingan yang dibuat oleh mereka;

Suggest a correction

(c)

bahawa sesuatu kenderaan bukanlah suatu kenderaan dibenarkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

bahawa seseorang bukanlah pemegang sesuatu lesen berkenaan dengan sesuatu kenderaan pelancongan;

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 27

Suggest a correction

(e)

bahawa seseorang bukanlah pemegang sesuatu lesen yang membenarkannya untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan tertentu;

Suggest a correction

(f)

bahawa seseorang bukanlah pemegang sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9;

Suggest a correction

(g)

bahawa seseorang ialah pemunya sesuatu kenderaan pelancongan; atau

Suggest a correction

(h)

bahawa seseorang ialah pemegang sesuatu lesen.

Penyampaian pemberitahuan atau dokumen

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika sesuatu pemberitahuan atau dokumen disampaikan melalui pos berdaftar bayar dahulu, pemberitahuan atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang berikutan dengan hari yang pemberitahuan atau dokumen itu sepatutnya diterima dalam perjalanan biasa pos, jika pemberitahuan atau dokumen itu dialamatkan—

(a)

dalam hal sesuatu syarikat yang diperbadankan di

Malaysia, kepada pejabat berdaftar syarikat itu;

Suggest a correction

(b)

dalam hal sesuatu syarikat yang diperbadankan di luar

Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian proses di bawah Akta

Syarikat 1965, di alamat yang difailkan dengan Pendaftar

Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana jua letaknya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika orang yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah peruntukan Akta ini diberitahu hakikat bahawa terdapat suatu surat berdaftar yang sedang menunggu untuk dipungut olehnya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh yang dia diberitahu.

Kuasa untuk mengkompaun

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(a)

Ketua Pegawai Polis atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang diberi kuasa dengan khusus secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi polis;

Suggest a correction

(b)

Ketua

Pengarah atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa dengan khusus secara bertulis dengan nama atau jawatan bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah; atau

Suggest a correction

(c)

Pesuruhjaya Pelancongan atau mana-mana pegawai diberi kuasa.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

Suggest a correction

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan oleh pegawai yang membuat tawaran itu atau mana-mana pegawai yang disebut dalam perenggan yang sama dalam subseksyen (1) sebagaimana pegawai itu, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(4)

Apabila sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat.

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 29

Pegawai-pegawai yang tidak memakai pakaian seragam hendaklah mengemukakan kad pengenalan

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk enggan mematuhi apa-apa kehendak, permintaan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan yang tidak berpakaian seragam jika pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan dokumen pengenalannya apabila diminta oleh orang itu.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika mana-mana kenderaan motor telah disita di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai pengangkutan jalan atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, menurut budi bicaranya, mengembalikan buat sementara kenderaan itu kepada pemunya kenderaan itu, apabila jaminan yang memuaskan hati pegawai itu diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepadanya apabila dituntut.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

Suggest a correction

(3)

Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana kenderaan motor yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenai pelucuthakan atau pelepasan itu telah diadakan.

Suggest a correction

(4)

Sesuatu perintah bagi pelucuthakan sesuatu kenderaan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan sedemikian.

Suggest a correction

(5)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan motor yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan terlebih dahulu.

Pentaksahan kontrak

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa kontrak untuk membawa seseorang pelancong dalam sesuatu kenderaan pelancongan adalah tidak sah setakat yang kontrak itu berupa menyangkal atau mengehadkan liabiliti mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang mungkin sebaliknya dibuat secara sah terhadap orang itu berkenaan dengan kematian atau kecederaan badan kepada pelancong semasa dibawa di dalam, memasuki atau turun daripada kenderaan itu, atau berupa mengenakan apa-apa syarat berkenaan dengan penguatkuasaan apa-apa liabiliti sedemikian.

Seksyen 39

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(a)

penetapan dokumen-dokumen dan maklumat yang hendaklah menyertai apa-apa permohonan bagi sesuatu lesen;

Suggest a correction

(b)

tatacara bagi permohonan dan penentuan persoalan-persoalan berkaitan dengan pemberian, pengubahan,

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 31

penyerahan, penggantungan dan pembatalan lesen dan syarat-syarat yang dikenakan pada lesen, dan berkaitan dengan rayuan;

Suggest a correction

(c)

pemberian lesen dan pengeluaran salinan lesen dalam hal lesen yang hilang atau musnah;

Suggest a correction

(d)

kesalahan yang boleh dikompaun dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan itu;

Suggest a correction

(e)

fi yang kena dibayar, cara pembayaran dan orang yang kena membayar fi, pengecualian mana-mana orang atau golongan orang atau kelas syarikat daripada pembayaran fi sedemikian, atau pengurangan fi sedemikian;

Suggest a correction

(f)

jagaan lesen, pengemukaan, pengembalian, penyerahan balik dan pembatalan lesen atas penamatan, penggantungan, pembatalan atau pengubahan syarat-syarat lesen dan jagaan, pengemukaan, pengembalian dan penghapusan dokumen;

Suggest a correction

(g)

bentuk daftar dan rekod-rekod lain yang akan disimpan dan disenggarakan oleh

Pesuruhjaya, peruntukan bagi pembukaan, penyenggaraan dan penutupan daftar dan rekod-rekod lain itu, peruntukan bagi pemeriksaan dan pengambilan cabutan daripada daftar atau rekod dan pembekalan salinan daftar atau rekod dan fi yang kena dibayar bagi pemeriksaan, cabutan dan salinan sedemikian masing-masing;

Suggest a correction

(h)

pemberitahuan kepada Ketua Pengarah atau Pesuruhjaya mengenai kenderaan pelancongan yang telah terhenti daripada digunakan di bawah suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(i)

rekod-rekod yang hendaklah disimpan oleh pemegang lesen dan pemandu kenderaan dibenarkan dan penyata-penyata yang hendaklah dibuat;

Suggest a correction

(j)

menetapkan penalti (yang tidak melebihi penalti yang dinyatakan oleh seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 594

1987) bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(k)

cara yang mengikutnya kenderaan pelancongan akan dikenal pasti sebagai kenderaan dibenarkan, sama ada melalui plat, tanda dan selainnya, dan memperuntukkan perkataan, huruf, nombor, warna atau tanda pengenalan yang berbeza untuk dilekatkan atau tidak dilekatkan pada kenderaan dibenarkan;

Suggest a correction

(l)

jagaan selamat atau pelupusan apa-apa harta yang dengan tidak sengaja ditinggalkan di dalam sesuatu kenderaan pelancongan dan penetapan bayaran yang dibuat berkenaan dengan jagaan sedemikian.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berlainan berkenaan dengan kelas atau perihalan kenderaan dibenarkan yang berlainan dan berkenaan dengan kelas dan perihalan kenderaan dibenarkan yang sama dalam hal keadaan yang berlainan.

Peralihan dan kecualian

Suggest a correction

Seksyen 40

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa lesen, permit atau dokumen lain yang berkenaan dengan sesuatu kenderaan pelancongan, atau apa-apa pengurangan fi atau apa-apa pengecualian yang dikeluarkan atau diberikan di bawah

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan berkuat kuasa sebaik sebelum mula berkuat kuasa Akta ini, hendaklah, setakat yang pengeluaran atau pemberiannya itu tidak tak selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga habis tempoh, atau diubah, dipinda, digantung atau dibatalkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu permohonan bagi pemberian sesuatu lesen berkenaan dengan kenderaan pelancongan telah dibuat sebelum tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini dan masih belum selesai sebaik sebelum tarikh itu, permohonan itu hendaklah diputuskan dan diteruskan di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 oleh

Pelesenan Kenderaan Pelancongan 33

Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta itu tertakluk kepada apa-apa ubah suaian terhadap permohonan yang dibuat itu untuk menyelaraskannya dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, dan tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga itu berkenaan dengan penerusan prosiding atas permohonan sedemikian.

Suggest a correction

(4)

Jika apa-apa rayuan berkenaan dengan keputusan yang dibuat di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

masih belum selesai sebelum apa-apa hak untuk merayu berkenaan dengan keputusan itu terakru, prosiding berkenaan dengan rayuan itu atau berkenaan dengan apa-apa rayuan di bawah hak untuk merayu yang terakru, boleh diteruskan atau dimulakan di bawah Akta itu, seolah-olah Akta ini telah tidak diperbuat.

Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan tambahan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kuasa Menteri di bawah subseksyen (1) tidak boleh dijalankan selepas tempoh tiga tahun dari mula berkuatkuasanya Akta ini.

34

Akta 594

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A1374

Akta Pelesenan Kenderaan

31-01-2011

Pelancongan (Pindaan) 2010

35

Akta 594

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1

Akta A1374

31-01-2011

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999?
*AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 is Malaysia Act, cited as Act 594 1999, currently marked in force and first recorded in 1999.
Is AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 still in force?
Yes — AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 is currently in force.
When did AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 take effect?
AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 was first recorded in 1999.
How many sections does AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 have?
AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 contains 41 sections.
Where can I read the official version of AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999?
The official text of AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PELESENAN KENDERAAN PELANCONGAN 1999 (No. 594)