Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian V · Bangunan
Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian V · Bangunan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika suatu perintah untuk meruntuhkan suatu bangunan telah dibuat, pemunya bangunan itu hendaklah dalam tempoh yang disebutkan dalam perintah itu, meruntuhkan dan menghapuskan bangunan itu dan, jika perintah meruntuhkan bangunan itu mengarahkan sedemikian maka pemunya hendaklah memusnahkan bahan bangunan itu setakat mana yang disebutkan dalam perintah itu.
Jika pemunya itu tidak mematuhi perintah itu, pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa tempatan untuk maksud itu hendaklah bertindak meruntuhkan dan menghapuskan bangunan itu dan, jika perlu, memusnahkan bahan-bahannya, dan boleh menuntut kos bagi kerja itu daripada pemunya itu.
Seksyen 101 hendaklah dipakai bagi apa-apa jumlah wang yang boleh dituntut daripada pemunya di bawah seksyen ini.
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII