Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 11
111. Pendaftaran aku janji
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu aku janji yang diberikan di bawah Bab ini hendaklah hanya sah dan boleh dikuatkuasakan setelah didaftarkan.
Seseorang boleh mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Suruhanjaya untuk mendapatkan pendaftaran sesuatu aku janji oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan sesuatu aku janji jika
Suruhanjaya berpuas hati bahawa aku janji itu—
selaras dengan matlamat Akta ini;
selaras dengan mana-mana surat cara yang dibuat di bawah
Akta ini;
selaras dengan mana-mana peruntukan yang berkaitan dalam Akta ini; dan
akan habis tempoh dalam masa tiga tahun dari tarikh permohonan untuk mendaftarkan aku janji itu.
Komunikasi dan Multimedia 79
Walau apa pun subseksyen (3), Suruhanjaya hendaklah mendaftarkan sesuatu aku janji jika aku janji itu—
semata-semata menerima pakai terma dan syarat contoh daripada suatu kod industri sukarela berdaftar; dan
akan habis tempoh dalam tempoh tiga tahun dari tarikh permohonan untuk mendaftarkan aku janji itu.
Suruhanjaya hendaklah sama ada mendaftarkan atau enggan mendaftarkan mana-mana aku janji lain dan hendaklah memberitahu orang yang memberikan aku janji itu mengenai keputusannya secara bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan aku janji itu.
Suruhanjaya hendaklah memberikan sebab kerana enggan mendaftarkan sesuatu aku janji.
Jika Suruhanjaya tidak mendaftarkan dan tidak pula enggan untuk mendaftarkan suatu aku janji dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan permohonan itu, Suruhanjaya disifatkan telah enggan mendaftarkan aku janji itu melainkan jika orang yang memberikan aku janji itu diberitahu mengenai pendaftaran itu selepas tempoh itu.
Suatu aku janji yang diberikan di bawah Bab ini hendaklah hanya berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan dalam aku janji itu.
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI