Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 11
116. Penguatkuasaan aku janji
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada subseksyen (2), Suruhanjaya atau seseorang boleh memohon kepada mahkamah bagi penguatkuasaan suatu aku janji berdaftar terhadap orang yang memberikan aku janji itu jika sesuatu aku janji tidak dipatuhi.
Jika suatu jumlah wang kena dibayar oleh mana-mana orang, atau jika apa-apa jua, selain pembayaran wang, dikehendaki supaya dilakukan atau tidak dilakukan oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 112, dan arahan itu tidak dipatuhi oleh orang yang kepadanya arahan itu diberikan, maka arahan itu hendaklah, bagi segala maksud boleh dikuatkuasakan seolah-olah arahan itu merupakan suatu penghakiman Mahkamah Tinggi, mengikut kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai atau mengikut cara yang disifatkan oleh Mahkamah adil atau suai manfaat dengan syarat suatu perakuan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pengadu itu yang memberikan kebenaran untuk meneruskan tindakan di
Mahkamah bagi penguatkuasaan suatu aku janji berdaftar kecuali dalam hal suatu injunksi.
Komunikasi dan Multimedia 81
Tiada perakuan dikehendaki jika suatu tindakan diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini.
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI