Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Lesen
30. Pemberian lesen individu
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri hendaklah mengambil kira dengan sewajarnya syor Suruhanjaya yang diberikan di bawah seksyen 29 sebelum membuat keputusan.
Komunikasi dan Multimedia 43
Menteri boleh, bertindak atas syor Suruhanjaya, melalui notis bertulis—
memberikan suatu lesen individu mengikut peruntukan
Bahagian ini; dan
mengisytiharkan bahawa sesuatu lesen individu yang diberikan di bawah Bahagian ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat khas atau tambahan.
Jika Menteri memberikan suatu lesen individu di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemohon melalui notis bertulis—
bahawa lesen individu itu telah diberikan; dan
mengenai apa-apa syarat khas atau tambahan, yang telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah seksyen 13.
Walau apa pun subseksyen (2), syarat-syarat standard lesen yang berkaitan yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah disifatkan telah dimasukkan dalam semua lesen individu.
Lesen individu yang diberikan di bawah subseksyen (2)
adalah tertakluk kepada apa-apa kelulusan lain pihak berkuasa yang berkaitan, termasuklah Pihak Berkuasa Negeri, bagi peletakan, pembinaan atau penyenggaraan mana-mana kemudahan rangkaian di atas, melalui, di bawah, atau merentangi mana-mana tanah.
Jika Menteri enggan memberikan suatu lesen individu kepada seseorang pemohon, Menteri hendaklah memberi pemohon itu suatu notis bertulis yang memaklumkannya—
bahawa permohonan itu telah ditolak; dan
sebab-sebab bagi penolakan itu.
Bagi maksud seksyen ini, Menteri hendaklah memaklumkan pemohon itu melalui notis bertulis mengenai keputusannya, secepat yang dapat dilaksanakan, selepas membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan itu.
Jika Menteri tidak memberikan dan tidak pula enggan memberikan, suatu lesen individu dalam masa tiga puluh hari dari penerimaan syor Suruhanjaya, Menteri adalah disifatkan,
44
Undang-Undang Malaysia
pada akhir tempoh itu, telah enggan memberikan lesen individu itu melainkan jika pemohon menerima suatu notis bertulis yang meluluskan permohonan bagi suatu lesen individu selepas tempoh itu.
Suatu fi kelulusan, yang hendaklah diputuskan oleh Menteri, hendaklah dibayar apabila permohonan itu diluluskan.
Bahagian V
Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI