Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Lesen
41. Kesan penggantungan, pembatalan, penyerahan atau habis tempoh lesen individu
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen individu di bawah seksyen 37, atau penyerahan sesuatu lesen individu di bawah seksyen 35, telah berkuat kuasa, atau jika lesen individu itu telah habis tempoh, pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta berhenti memberikan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan yang berkaitan dengannya lesen individu itu diberikan.
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, atas syor
Suruhanjaya, memberi kuasa kepada pemegang lesen itu secara bertulis untuk meneruskan pemberian mana-mana kemudahan atau perkhidmatan selama tempoh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam pemberian kuasa itu bagi maksud penggulungan hal ehwal pemegang lesen itu.
Walau apa pun subseksyen (1), pemegang lesen yang lesen individunya telah habis tempoh adalah berhak untuk terus memberikan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan seolah-olah lesen individunya belum habis tempoh apabila bukti dikemukakan kepada Suruhanjaya bahawa pemegang lesen itu telah memohon pembaharuan lesen individu itu mengikut seksyen 34 dan permohonan itu sedang menanti penentuan oleh Menteri.
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bahagian V
Kuasa dan Tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bahagian VI
Pengawalseliaan Ekonomi
Bab
Bab 7 Bahagian V.
Bahagian VII
Pengawalseliaan Teknik
Bahagian VIII
Pelindungan Pengguna
Bahagian IX
Pengawalseliaan Sosial
Bahagian X
Bahagian XI