Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 7
Communications and Multimedia Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 7
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Setelah menerima pemberitahuan mengenai pertikaian yang dirujuk dalam seksyen 83, Suruhanjaya hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan bermesyuarat untuk membuat keputusan tentang pertikaian itu.
Suruhanjaya hendaklah terikat di bawah subseksyen (1)
untuk bermesyuarat bagi membuat keputusan tentang sesuatu pertikaian jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
suatu persetujuan tidak akan dicapai, atau tidak akan dicapai dalam tempoh masa yang munasabah;
pemberitahuan mengenai pertikaian itu tidak ringan, remeh atau menyusahkan; dan
penyelesaian pertikaian itu akan menggalakkan pencapaian matlamat Akta ini.
Tertakluk kepada matlamat Akta ini dan apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Bab ini,
Suruhanjaya boleh menyelesaikan pertikaian itu dengan terma dan syarat sebagaimana yang disifatkannya patut.
Bahagian VI
Bab
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX
Bahagian XI