Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh—
menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu kenderaan atau kapal, atau premis yang akan menyebabkan kenderaan atau kapal, atau premis untuk menjadi pembawa yang ditetapkan atau premis yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
membina di atas mana-mana tanah sesuatu bangunan yang direka bentuk untuk atau digunakan bagi sesuatu maksud yang akan menyebabkan tanah atau bangunan itu menjadi premis ditetapkan, tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
Ketua Pengarah.
34
Undang-Undang Malaysia
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh
Ketua Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.
Bahagian V
Bahagian VI