Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran

32. Pemunya atau penduduk hendaklah menyenggara dan mengendalikan kelengkapan

(1)

Pemunya atau penduduk mana-mana kenderaan, kapal atau premis, tanpa mengira sama ada kenderaan, kapal atau premis itu adalah yang ditetapkan di bawah seksyen 18 atau selainnya, atau pesawat udara hendaklah menyenggara apa-apa kelengkapan atau kelengkapan kawalan yang dipasang pada kenderaan, kapal atau premis itu, atau pesawat udara itu dalam keadaan yang baik dan hendaklah mengendalikan kelengkapan itu atau kelengkapan kawalan itu dengan cara yang patut dan cekap.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang

Kualiti Alam Sekeliling 47

daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua

Pengarah menghendakinya mengambil tindakan sebagaimana yang dinyatakan dalamnya itu.

Kuasa bagi melarang atau mengawal orang-orang yang dilesen daripada melepaskan dsb. buangan-buangan dalam hal-hal tertentu

Report

Bahagian V

Rayuan dan Lembaga Rayuan

Bahagian VI

Pelbagai