Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran

27. Melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia dilarang

(1)

Tiada seorang pun boleh, melainkan jika dia telah diberi lesen, melepaskan atau menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke dalam perairan Malaysia dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Rayuan dan Lembaga Rayuan

Bahagian VI

Pelbagai