Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran

31A. Perintah larangan, dsb

(1)

Menteri, selepas berunding dengan Majlis, boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menyatakan hal keadaan yang

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah larangan kepada pemunya atau penduduk mana-mana loji perindustrian atau proses perindustrian untuk mencegah pengendaliannya yang berterusan dan pelepasan benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau

46

Undang-Undang Malaysia buangan sama ada secara mutlak atau bersyarat, atau bagi apa-apa tempoh yang diarahkannya, atau sehingga kehendak pemulihan yang diarahkannya telah dipatuhi.

(2)

Menteri, dalam hal keadaan yang dia menganggap bahawa alam sekeliling, kesihatan awam atau keselamatan awam adalah atau berkemungkinan terancam dengan serius, boleh mengarahkan

Ketua Pengarah—

(a)

mengeluarkan suatu perintah yang menghendaki seseorang itu untuk memberhentikan segala perbuatan yang mengakibatkan pelepasan benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan; dan

(b)

menyebabkan dan menjadikan apa-apa jentera, kelengkapan, loji atau proses orang itu tak boleh beroperasi.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar perintah larangan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit.

Report

Bahagian V

Rayuan dan Lembaga Rayuan

Bahagian VI

Pelbagai