Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
33. Section 33
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika beberapa orang dilesen di bawah Akta ini untuk mengeluar, melepas atau meletakkan benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan-buangan ke dalam segmen atau unsur alam sekeliling yang sama dan Ketua Pengarah berpendapat bahawa setiap seorang daripada orang-orang itu adalah mematuhi syarat-syarat lesennya tetapi walaupun demikian kesan kolektif bagi kesemua buangan itu mungkin menyebabkan bertambah buruknya keadaan dalam segmen atau unsur alam sekeliling itu hingga menyentuh kesihatan, kebajikan atau keselamatan manusia atau hingga mengancam kehidupan mana-mana binatang, burung, hidupan liar, ikan atau lain-lain hidupan dalam air, Ketua Pengarah boleh, dengan notis yang disampaikan kepada setiap seorang pemegang lesen itu, menghendaki setiap seorang daripada mereka memberhentikan pengeluaran, pelepasan atau peletakan itu mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Mana-mana orang yang melanggar notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas penyampaian notis yang dinyatakan dalam subseksyen (1) kepadanya.
48
Undang-Undang Malaysia
Bahagian V
Rayuan dan Lembaga Rayuan
Bahagian VI