Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Melainkan jika dilesen, tiada seorang pun boleh mengeluar atau melepaskan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam udara dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai mengeluar atau melepaskan buangan-buangan ke dalam udara jika—
dia meletakkan apa-apa benda di suatu tempat di mana benda itu boleh dilepaskan ke dalam udara;
dia menyebab atau membenar dilepaskan bau-bau yang, oleh sebab keadaan, kepekatan, isi padu atau takatnya, adalah mencela atau mengganggu;
36
Undang-Undang Malaysia
dia membakar apa-apa buangan tred, proses atau perindustrian; atau
dia menggunakan apa-apa kelengkapan membakar bahan api yang tidak dilengkapi dengan sesuatu alat atau kelengkapan kawalan yang dikehendaki dipasang pada kelengkapan itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua
Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.
Bahagian V
Bahagian VI