Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran

25. Sekatan mengenai pencemaran perairan daratan

(1)

Melainkan jika dilesen, tiada seorang pun boleh mengeluar, melepas atau meletakkan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan ke dalam mana-mana perairan daratan dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1) seseorang hendaklah disifatkan sebagai mengeluar, melepas atau meletakkan buangan-buangan ke dalam perairan daratan jika—

(a)

dia meletakkan apa-apa buangan di dalam atau di atas mana-mana perairan atau di sesuatu tempat di mana buangan itu boleh masuk ke dalam mana-mana perairan;

(b)

dia meletakkan apa-apa buangan dalam sesuatu keadaan di mana buangan itu jatuh, turun, mengalir, sejat, dihanyutkan, ditiup atau meresap atau mungkin jatuh, turun, mengalir, sejat atau dihanyutkan, ditiup atau meresap ke dalam mana-mana perairan, atau dengan diketahuinya atau oleh sebab kecuaiannya, sama ada secara langsung atau secara tak langsung, menyebab atau membenarkan apa-apa buangan diletakkan dalam sesuatu keadaan seperti itu; atau

(c)

dia menyebabkan suhu perairan yang menerimanya itu naik atau turun sebanyak lebih daripada had yang ditetapkan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit.

Report

Bahagian V

Rayuan dan Lembaga Rayuan

Bahagian VI

Pelbagai