Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran

23. Sekatan mengenai pencemaran bunyi bising

(1)

Melainkan jika dilesen, tiada seorang pun boleh mengeluar atau menyebab atau membenar dikeluarkan apa-apa bunyi bising yang lebih kuat bahana, keamatan atau kualitinya dengan melanggar syarat-syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua

Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.

Kualiti Alam Sekeliling 37

Report

Bahagian V

Rayuan dan Lembaga Rayuan

Bahagian VI

Pelbagai