Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran

31. Kuasa menghendaki pemunya atau penduduk memasang, mengendali, membaiki, dsb

(1)

Jika mana-mana benda yang berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan sedang atau mungkin akan dikeluarkan, dilepaskan atau diletakkan daripada mana-mana kenderaan, kapal atau premis, tanpa mengira sama ada kenderaan, kapal atau premis itu adalah yang ditetapkan di bawah seksyen 18 atau selainnya, atau daripada mana-mana pesawat udara, Ketua Pengarah boleh dengan notis secara bertulis menghendaki pemunya atau penduduk kenderaan, kapal atau premis, atau pesawat udara itu, untuk—

(a)

memasang dan mengendalikan apa-apa kelengkapan kawalan atau kelengkapan kawalan tambahan;

(b)

membaiki, mengubah atau mengganti apa-apa kelengkapan atau kelengkapan kawalan;

(c)

mendirikan atau meninggikan lagi apa-apa cerobong;

(d)

mengukur, mengambil sampel, menganalisa, merekod dan melaporkan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar, buangan, pengaliran atau keluaran yang mengandungi pencemar;

(e)

menjalankan suatu kajian ke atas apa-apa risiko alam sekeliling;

Kualiti Alam Sekeliling 45

(f)

memasang, menyenggara dan mengendalikan suatu program pengawasan atas perbelanjaan pemunya atau penduduk; atau

(g)

mengambil apa-apa langkah untuk mengurangkan, meringankan, menyuraikan, menghilangkan, membasmi, membinasa atau melupuskan pencemaran, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Walau apa pun apa-apa peruntukan lain yang berlawanan,

Ketua Pengarah boleh melalui notis mengarahkan pemunya atau penduduk mana-mana kenderaan, kapal, atau premis, atau pesawat udara untuk mengeluarkan, melepaskan atau meletakkan benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan pada waktu siang yang ditentukannya dan boleh secara amnya mengarahkan cara yang baginya pemunya atau penduduk itu hendaklah menjalankan tred, industri atau proses atau mengendalikan apa-apa kelengkapan, loji perindustrian atau kelengkapan kawalan di dalamnya.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas penyampaian notis yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (2)

kepadanya.

Report

Bahagian V

Rayuan dan Lembaga Rayuan

Bahagian VI

Pelbagai