Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Ketua Pengarah boleh menghendaki pemunya atau penduduk mana-mana kenderaan, kapal atau premis, tanpa mengira sama ada kenderaan, kapal atau premis itu adalah yang ditetapkan di bawah seksyen 18 atau selainnya, untuk menjalankan suatu audit alam sekeliling dan mengemukakan suatu laporan audit mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Bagi maksud menjalankan audit alam sekeliling dan mengemukakan laporan mengenainya—
Ketua Pengarah boleh melantik orang yang layak; atau
Ketua Pengarah boleh meminta pemunya atau penghuni untuk melantik orang yang layak daripada kalangan orang yang layak yang disenaraikan di bawah subseksyen (3).
Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah hendaklah menyenggara suatu senarai kakitangan yang berkelayakan yang akan menjalankan apa-apa audit alam sekeliling dan mengemukakan laporannya.
Bahagian V
Bahagian VI