Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran

30A. Kuasa untuk mengawal penggunaan benda dan keluaran dan menyatakan pelabelan alam sekeliling

(1)

Menteri, selepas berunding dengan Majlis, boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

menetapkan apa-apa benda sebagai benda berbahaya kepada alam sekeliling yang menghendaki benda itu dikurangkan, dikitar, didapatkan atau dikawal mengikut cara yang dinyatakan dalam perintah itu; dan

(b)

menetapkan apa-apa keluaran sebagai keluaran yang ditetapkan untuk jualan dan bahawa keluaran itu hendaklah mengandungi peratusan minimum benda-benda yang dikitar dan mempunyai kenyataan yang sesuai tentang juzuk dikitar, kaedah pengilangan dan pelupusannya.

(2)

Mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menyatakan kaedah-kaedah tentang penggunaan, reka bentuk dan pemakaian label yang berkaitan dengan penjualan benda atau keluaran yang diperakukan sebagai tidak memudaratkan alam sekeliling.

(3)

Mana-mana orang yang tidak atau enggan mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menyatakan kaedah-kaedah mengenai skim deposit dan rebat

Report

Bahagian V

Rayuan dan Lembaga Rayuan

Bahagian VI

Pelbagai