Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 · Updated to 7 Jul 2024 · Bahagian IV · Larangan dan Kawalan Mengenai Pencemaran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiap-tiap permohonan untuk menjalankan apa-apa kerja, bangunan, binaan atau perubahan yang dinyatakan dalam seksyen 19
hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah dan hendaklah disertai dengan—
pelan-pelan dan penentuan-penentuan bagi kerja, bangunan, binaan atau perubahan yang dicadangkan itu bersama dengan butir-butir mengenai kelengkapan kawalan, jika ada, yang hendak dipasang;
suatu pelan susun atur menunjukkan tapak bina bagi kerja, bangunan, binaan atau perubahan yang dicadangkan itu yang akan dilaksanakan berhubungan dengan kawasan-kawasan di sekelilingnya;
butir-butir mengenai tred, perindustrian atau proses yang dicadang hendak dijalankan dalam premis itu;
perihal juzuk-juzuk dan ciri-ciri buangan; dan
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah, dan pemohon hendaklah membayar bayaran yang ditetapkan.
Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan itu sama ada tertakluk pada syarat-syarat atau dengan tidak bersyarat dan boleh
Kualiti Alam Sekeliling 35
menghendaki pemegang lesen itu mengadakan dan menanggung kos bagi kelengkapan kawalan dan kos bagi sesuatu program pengawasan yang memuaskan:
Dengan syarat bahawa tiada sesuatu permohonan boleh diluluskan melainkan jika pemohon telah mendapat kelulusan rancangan daripada pihak berkuasa perancang yang layak.
Bahagian V
Bahagian VI