Skip to content
In forceUpdated to 7 Jul 2024Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

37A. Kuasa penyiasatan

(1)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini.

(2)

Dalam mana-mana hal yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah yang menjalankan penyiasatan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Report