Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VIII · Organisasi Pengawalseliaan Sendiri
323. Pengiktirafan organisasi pengawalseliaan sendiri
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, dengan persetujuan Menteri, jika difikirkannya sesuai demi kepentingan awam atau bagi melindungi pelabur melalui notis yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan seseorang itu sebagai suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang
Suruhanjaya fikirkan patut, jika ia berpuas hati bahawa—
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
526 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
orang itu dalam menunaikan obligasinya di bawah seksyen 324
tidak akan bertindak berlawanan dengan kepentingan awam dan khususnya kepentingan pelabur;
orang itu hendaklah dapat mengambil tindakan yang sesuai terhadap anggotanya dan mana-mana orang yang baginya kaedah-kaedah terpakai;
orang itu mempunyai sumber kewangan, tenaga kerja dan sumber lain yang mencukupi untuk menjalankan fungsinya;
orang itu layak dan sesuai dan memenuhi kriteria atau piawaian yang disebut dalam seksyen 64, atau apa-apa kaedah-kaedah bursa saham atau bursa derivatif, mengikut mana-mana yang berkenaan;
orang itu diuruskan oleh pegawai yang layak dan sesuai dan yang memenuhi kriteria atau piawaian yang disebut dalam seksyen 65, atau mana-mana kaedah-kaedah bursa saham atau bursa derivatif , mengikut mana-mana yang berkenaan;
orang itu mempunyai kakitangan yang cekap untuk menjalankan fungsinya; dan
kaedah-kaedah orang itu mempunyai peruntukan yang memuaskan—
untuk menggalakkan pelindungan pelabur;
untuk menggalakkan pemerlakuan adil terhadap anggotanya dan mana-mana orang yang memohon keanggotaan;
untuk tidak memasukkan seseorang yang tidak layak dan sesuai daripada menjadi anggotanya atau dilantik sebagai ketua eksekutif, pengarah atau pegawainya;
untuk menggalakkan pengawalseliaan dan pengawasan yang sewajarnya ke atas anggotanya;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 527
untuk menggalakkan piawaian perlakuan yang bersesuaian ke atas anggotanya;
untuk menguruskan apa-apa percanggahan kepentingan yang mungkin timbul antara kepentingannya dengan kepentingan yang disebut dalam subseksyen 324(1);
untuk memastikan bahawa terdapat pewakilan keanggotaan yang adil dalam badan pentadbirannya;
untuk memastikan bahawa anggota dan pegawainya mematuhi dengan sewajarnya undang-undang sekuriti, peraturan-peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dan jika berkaitan, kaedah-kaedah bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat;
untuk menghalang penggunaan apa-apa maklumat oleh anggota atau pegawainya yang boleh mengakibatkan anggota atau pegawai itu membuat keuntungan yang tidak adil;
bagi pemecatan, penggantungan, pendisiplinan atau penghukuman seseorang anggota sekiranya seseorang anggota melanggar undang-undang sekuriti, peraturan-peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dan jika berkaitan, kaedah-kaedah bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat; dan
untuk membenarkan anggota yang terkilan merayu terhadap apa-apa keputusan organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf.
Suruhanjaya boleh, dalam mengisytiharkan seseorang sebagai suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, menghendaki
528 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
orang itu untuk menyediakan apa-apa maklumat kepada Suruhanjaya sebagaimana yang dianggap perlu oleh Suruhanjaya.
Seseorang yang—
dengan niat untuk menipu, membuat atau memberikan; atau
dengan diketahui memberi kuasa atau membenarkan dibuat atau diberikan, apa-apa pernyataan atau laporan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan maklumat yang dikemukakan kepada Suruhanjaya yang disebut dalam subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.