Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VIII · Organisasi Pengawalseliaan Sendiri
325. Kaedah-kaedah organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf
Feedback & supportApa-apa kaedah yang dicadangkan atau apa-apa pindaan yang dicadangkan kepada kaedah-kaedah yang sedia ada sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika ia telah diluluskan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (3).
530 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Jika sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf bercadang untuk membuat apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedahnya, organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya—
teks pindaan yang dicadangkan; dan
suatu penjelasan maksud bagi pindaan yang dicadangkan.
Suruhanjaya hendaklah, dalam masa enam minggu selepas penerimaan apa-apa pindaan yang dicadangkan di bawah subseksyen (2), memberikan notis secara bertulis kepada organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu bahawa ia meluluskan atau tidak meluluskan pindaan yang dicadangkan atau mana-mana bahagian pindaan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, mengisytiharkan apa-apa kelas kaedah-kaedah sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf sebagai suatu kelas kaedah-kaedah yang pindaannya tidak menghendaki kelulusan
Suruhanjaya di bawah subseksyen (3), dan dengan demikian itu, apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedah sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf yang tergolong dalam kelas itu hendaklah, tertakluk pada subseksyen (5) dan (6), berkuat kuasa walaupun ia tidak diluluskan sedemikian di bawah subseksyen (3).
Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedah sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf yang dibuat di bawah subseksyen (4) tidak termasuk dalam kelas kaedah-kaedah yang diisytiharkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen itu sebagai tidak menghendaki kelulusannya, Suruhanjaya boleh, selepas berunding dengan organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu, menghendaki organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu mengemukakan pindaan itu untuk kelulusannya di bawah subseksyen (3).
Walau apa pun peruntukan seksyen ini, Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf, melalui notis bertulis
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 531
menghendaki organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu meminda atau menambah apa-apa kaedah-kaedahnya mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
Sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf yang melanggar subseksyen (2) atau melanggar suatu kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (5) atau suatu notis bertulis yang dibuat di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan.