Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VIII · Organisasi Pengawalseliaan Sendiri
330. Section 330
Feedback & supportPeruntukan Subpenggal 6 Penggal 4 Bahagian III hendaklah terpakai bagi pelantikan, pemecatan dan peletakan jawatan seorang juruaudit dan juruaudit akaun suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf.
Dalam masa tiga bulan selepas berakhir setiap tahun kewangan, suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu laporan setakat yang ia telah mematuhi terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 323(1), kehendak yang dikenakan ke atasnya di bawah
Bahagian ini dan kaedah-kaedahnya atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya menurut seksyen 377.
Suruhanjaya hendaklah dengan segera menghantar suatu salinan laporan yang disebut di bawah subseksyen (2) kepada Menteri.
Apabila diterima laporan di bawah subseksyen (2),
Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa jika difikirkan perlu untuk berbuat demikian—
menjalankan suatu audit ke atas organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu;
melantik mana-mana orang berkecuali untuk membantu
Suruhanjaya dalam sesuatu audit; dan
mengenakan kos bagi menjalankan audit itu ke atas organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu.
Suruhanjaya hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengemukakan kepada Menteri suatu salinan laporan audit yang dijalankan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (4).
536 Undang-Undang Malaysia AKTA 671