Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VIII · Organisasi Pengawalseliaan Sendiri
331. Pemberian bantuan kepada Suruhanjaya
Feedback & supportSuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf hendaklah memberikan apa-apa bantuan kepada Suruhanjaya, atau kepada seseorang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa
Suruhanjaya, sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki oleh
Suruhanjaya atau orang itu termasuk memberikan apa-apa penyata, dan pemberian apa-apa maklumat yang berhubungan dengan operasi organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu atau apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau orang itu bagi pentadbiran sepatutnya undang-undang sekuriti.
Seseorang yang enggan atau tidak, tanpa alasan yang sah, membantu Suruhanjaya atau seseorang yang bertindak bagi pihak, atau yang diberi kuasa oleh, Suruhanjaya, mengikut subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.