Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian VIII · Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

324. Kewajipan organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf

Feedback & support
(1)

Sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf hendaklah memastikan bahawa dalam menjalankan apa-apa kuasanya atau menjalankan mana-mana fungsinya, kuasa atau fungsi itu hendaklah dijalankan demi kepentingan awam dengan mengambil kira secara khusus keperluan untuk melindungi pelabur.

(2)

Sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya jika ia menyedari tentang—

(a)

apa-apa perkara yang menjejaskan atau yang berkemungkinan menjejaskan kepentingan pelabur; dan

(b)

apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti oleh anggotanya.

(3)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2), apabila sesuatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf memecat, atau menggantung mana-mana anggotanya, atau selainnya mendisiplinkan mana-mana

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 529

anggotanya, ia hendaklah, dalam masa tujuh hari, memberi

Suruhanjaya secara bertulis butir-butir yang berikut:

(a)

nama anggota itu;

(b)

sebab bagi dan jenis tindakan yang diambil;

(c)

amaun denda;

(d)

tempoh penggantungan, jika ada; dan

(e)

apa-apa tindakan disiplin lain yang diambil.

(4)

Suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf tidak boleh membuat keputusan di bawah kaedah-kaedahnya yang menjejaskan hak seseorang melainkan jika organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu telah memberi orang yang terjejas itu suatu peluang untuk membuat representasi kepada organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf mengenai perkara itu.

(5)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (4), jika organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf menganggap bahawa apa-apa kelengahan dalam membuat keputusan adalah berkemungkinan menjejaskan kepentingan awam atau perlu untuk melindungi pelabur, organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf boleh membuat keputusan tanpa memberi peluang untuk didengar.

Report

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules