Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VIII · Organisasi Pengawalseliaan Sendiri
327. Kuasa untuk mengeluarkan arahan ke atas organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf
Feedback & supportJika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
percanggahan berlaku atau boleh berlaku antara kepentingan suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf atau anggotanya dengan kepentingan untuk pelaksanaan yang sepatutnya fungsi atau kewajipan yang diberikan oleh Akta ini, kaedah-kaedahnya atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya menurut seksyen 377;
apa-apa percanggahan kepentingan telah berlaku atau telah wujud dalam hal keadaan yang memungkinkan
532 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
percanggahan kepentingan itu akan berterusan atau berulang; atau
organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu telah tidak menjalankan fungsinya atau menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen 324(1) atau kaedah-kaedahnya atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya menurut seksyen 377,
Suruhanjaya boleh menyampaikan suatu notis bertulis kepada organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu yang menyatakan sebab bagi menyokong alasan bagi notis itu dan mengarahkan organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu dengan segera mengambil apa-apa langkah yang dinyatakan dalam notis itu, termasuk langkah berhubung dengan mana-mana hal ehwal, urusan atau hartanya bagi maksud menguruskan percanggahan kepentingan itu atau perkara yang boleh menimbulkan percanggahan kepentingan itu dan penjalanan fungsinya dan penunaian kewajipannya dengan memuaskan.
Suatu notis yang disampaikan di bawah subseksyen (1)
hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta.
Suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf yang telah disampaikan suatu notis di bawah subseksyen (1) tidak boleh tanpa sebab yang munasabah, tidak mematuhi notis itu.
Suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf yang telah disampaikan suatu notis di bawah subseksyen (1) boleh merayu terhadap notis itu kepada Suruhanjaya tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh penyampaian notis itu atau mana-mana tempoh yang lebih lama, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya dalam notis itu, tetapi notis itu hendaklah mula berkuat kuasa dengan serta-merta walaupun rayuan telah atau boleh dibuat di bawah subseksyen ini.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan apa-apa arahan lain kepada suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf jika difikirkan perlu oleh
Suruhanjaya demi kepentingan awam atau bagi melindungi pelabur.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 533