Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024

Bahagian VIII · Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

328. Penarikan balik pengiktirafan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, dengan persetujuan Menteri, menarik balik pengiktirafan yang diberikan di bawah subseksyen 323(1) jika—

(a)

organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu telah tidak memulakan operasi dalam masa enam bulan dari tarikh yang disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen 323(1);

(b)

Suruhanjaya tidak berpuas hati bahawa organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu menjalankan atau menunaikan fungsi atau kewajipannya di bawah kaedah-kaedahnya atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya menurut seksyen 377;

(c)

organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu telah melanggar apa-apa terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 323(1);

(d)

organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sekuriti atau apa-apa garis panduan yang dikeluarkan menurut seksyen 377 atau telah tidak mematuhi apa-apa arahan

Suruhanjaya dan jika berkaitan, kaedah-kaedah bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan diluluskan atau depositori pusat;

(e)

organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan;

(f)

suatu hutang penghakiman terhadap organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu tidak dijelaskan sepenuhnya atau sebahagiannya;

(g)

seorang penerima, seorang penerima dan pengurus, atau seorang yang setaraf dengannya telah dilantik, berhubung dengan mana-mana harta organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu;

534 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(h)

organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu—

(i)

atas kehendaknya sendiri telah memohon kepada

Suruhanjaya untuk memberhentikan operasi sebagai suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf; atau

(ii)

telah ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai telah terhenti beroperasi sebagai suatu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf;

(i)

apa-apa maklumat yang diberikan bagi maksud seksyen 323

adalah palsu atau mengelirukan dalam butir-butir material;

atau

(j)

organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu telah melanggar apa-apa arahan Suruhanjaya yang dikeluarkan di bawah seksyen 327.

(2)

Suatu pengiktirafan yang diberikan di bawah subseksyen 323(1)

tidak boleh ditarik balik melainkan jika Suruhanjaya telah memberitahu organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu tentang niat dan alasan bagi tindakan Suruhanjaya, dan memberi organisasi pengawalseliaan sendiri yang diiktiraf itu peluang untuk membuat representasi kepada Suruhanjaya.

Report

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules