Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian IX · Dana Pembangunan Pasaran Modal
334. Section 334
Feedback & supportObjektif yang baginya wang Dana boleh digunakan adalah seperti yang berikut:
penggalakan pasaran modal di dalam Malaysia supaya menjadi suatu pasaran yang cekap, inovatif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa;
pembangunan dan peningkatan kemahiran dan kepakaran yang dikehendaki oleh pasaran modal di Malaysia;
538 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
pembangunan pengawalseliaan sendiri oleh persatuan profesional dan badan pasaran dalam industri sekuriti dan derivatif; dan
pembangunan dan sokongan kajian berkualiti tinggi dan program pembangunan dan projek yang berhubungan dengan pasaran modal di Malaysia.
Dana hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
membuat pembayaran yang dikehendaki dibuat oleh Dana selaras dengan objektifnya;
membayar apa-apa belanja yang dilakukan dengan sah oleh
Dana termasuk fi dan kos, dan saraan bagi orang yang digajikan atau diambil kerja oleh Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan atau ganjaran;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Lembaga, bagi maksud kuasanya dan menjalankan kewajipannya; dan
secara amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini dan yang berkaitan dengan pentadbiran Dana.
Menteri boleh meluluskan pembayaran daripada Dana bagi apa-apa kos, belanja atau pembayaran lain bagi maksud selain maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (2) yang selaras dengan objektif
Dana.
Keanggotaan Lembaga